-Lifestyle-Food-Travel-

Bertukar ke Maxis akhirnya!

Akhirnya terpaksa juga aku untuk bertukar plan telco dari Digi kepada Maxis! Setelah berbelas tahun, mulai dari Tingkatan 5 aku setia dengan Digi. Lama juga kan? Setianya aku, tapi kini aku beralih kepada Maxis pula. 



Penyebab utama aku bertukar pastinya disebabkan liputan kawasan. Kalau dulu, liputan Digi dikawasan yang aku duduki, belajar ok. Semasa di Tawau dulu pun, liputan Digi mantopppppp bak hang!

Itu yang sampai langgan pakej internet 40G. Layan movie sampai lebam. Perjalanan 3 jam KL - Tanjung Piai pun takde hal. Jakun terus asyik tengok mobie online. Banyak data katanya. Turun je van terus mabuk perjalanan, kahhhhhhh :p

Tapi bila kembali ke semenanjung, balik Beranang. The line jadi teruk sangat. Dalam rumah langsung x dapat coverage internet. Rugi bayar untuk pakej 40g tapi x gunakan sepenuhnya :(

Bila kat rumah x dapat melayari internet, mood nak blogging pun menjunam ke laut dalam. Rasanya sampai kedalaman Jurang Mariana kut

Sebelum ini pernah cuba u-mobile. 

Tak jalan T_T

Celcom

Sikit je baik dari coverage Digi T_T

Broadband Celcom yg aku bawa dari Tawau pun sama. Bayar bulan-bulan, tapi tak dapat internet pun. Kalau dapat pun alahai. Lumba dengan siput pun, siput menang. Tambah buat semangat nak tukar telco bila buat report. Katanya si kuning ni memang banyak tumpu area bandar je. Haish.

Dekat Jelebu nun elok je coverage. Kat Beranang tak elok pulak? Nasib badan.

Nampak gaya, terpaksa aku akhiri pakatan sulit Digi ini. Pakatan Maxis lebih memikat (walau plan yang ditawarkan kurang berbaloi berbanding telco kuning dan purple) di Beranang.

Sebagai pengguna, buat pilihan telco ikut kekuatan coverage telco di kawasan korang. Kalau plan internet 100g, tapi kat rumah atau office coverage teruk. Buat stress je, macam aku. Meroyan bayar mahal tapi nak surf facebook pun x boleh. Kesian. Kahhh.

Jadi, ape nak kata sebenarnya?

Welcome to Meksis dan. (Hamboiiii) Ini posting pertama dengan Meksis. Hihi. Mintak-mintak kekal lah mood nak merepek lagi dalam blog lepas ni, ekeke.

Sis happy lettew dapat hadiah dari PR

p/s: Antara penyebab lain lagi sebab ada Fattah Amin dalam iklan Meksis. Kihkihkih :D


24 comments:

  1. Ikutkan x suka meksis tapi dngan meksis akak rasa seksis..eh...hahaha..sebenarnya line opis lain meksis...so kena la guna

    ReplyDelete
  2. Kadang2 ni telco tengok tempat juga.. Tiap kali saya pindah tempat tinggal mesti kena tukar2 telco.

    Sebab tiap tempat tak semua baek linenya.. Maxis, Digi dan celcom tiga2 dah saya guna :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now boleh masukkan umobile & tune talk dlm list :)

      Delete
  3. saya sekarang guna selcom ..sebelum ini guna you mobile

    ternyata selcom lebih luas liputannnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celcom memang liputan paling meluas. Tp sadly kat Beranang belum lg

      Delete
  4. eh terbalik plak, ak drpd maxis ke digi..haha

    ReplyDelete
  5. Sudah lama meninggalkan maxis, dan semua telco juga sudah dicuba. Sekarang try Umobile pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakej Umobile ok jugak. Tp coverage tu kureng kat area rumah

      Delete
  6. Mula2 guna maxis tp skrang guna digi sebab beli fon dengan line digi

    ReplyDelete
  7. Setakat ni akak memang setia dengan DIGI je..Pelanggan tetap DIGI gitu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun sama sebelum ni. Berbelas tahun rasanya

      Delete
  8. Selamat bertukar ke maxis...i masih setia dengan u mobile hehe

    ReplyDelete
  9. Sy masih dengan celcom...maxis sini line tak ok...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Masalah line ni mmg x blh nk buat apa kan. Guna je mana2 telco, yg penting line ada, hehe

      Delete
  10. Amboi yang last tu sebab ada cik tah ye. Hihi U mobile tak jalan langsung huhu sabar jek la. Skrg msih setia dengan cik meksis ke kak sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msih lg eventho pakej internet dia x best compares other telco

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)