Saturday, March 25, 2017

Bertukar ke Maxis akhirnya!

March 25, 2017 2 Comments
Akhirnya terpaksa juga aku untuk bertukar plan telco dari Digi kepada Maxis! Setelah berbelas tahun, mulai dari Tingkatan 5 aku setia dengan Digi. Lama juga kan? Setianya aku, tapi kini aku beralih kepada Maxis pula. 



Penyebab utama aku bertukar pastinya disebabkan liputan kawasan. Kalau dulu, liputan Digi dikawasan yang aku duduki, belajar ok. Semasa di Tawau dulu pun, liputan Digi mantopppppp bak hang!

Itu yang sampai langgan pakej internet 40G. Layan movie sampai lebam. Perjalanan 3 jam KL - Tanjung Piai pun takde hal. Jakun terus asyik tengok mobie online. Banyak data katanya. Turun je van terus mabuk perjalanan, kahhhhhhh :p

Tapi bila kembali ke semenanjung, balik Beranang. The line jadi teruk sangat. Dalam rumah langsung x dapat coverage internet. Rugi bayar untuk pakej 40g tapi x gunakan sepenuhnya :(

Bila kat rumah x dapat melayari internet, mood nak blogging pun menjunam ke laut dalam. Rasanya sampai kedalaman Jurang Mariana kut

Sebelum ini pernah cuba u-mobile. 

Tak jalan T_T

Celcom

Sikit je baik dari coverage Digi T_T

Broadband Celcom yg aku bawa dari Tawau pun sama. Bayar bulan-bulan, tapi tak dapat internet pun. Kalau dapat pun alahai. Lumba dengan siput pun, siput menang. Tambah buat semangat nak tukar telco bila buat report. Katanya si kuning ni memang banyak tumpu area bandar je. Haish.

Dekat Jelebu nun elok je coverage. Kat Beranang tak elok pulak? Nasib badan.

Nampak gaya, terpaksa aku akhiri pakatan sulit Digi ini. Pakatan Maxis lebih memikat (walau plan yang ditawarkan kurang berbaloi berbanding telco kuning dan purple) di Beranang.

Sebagai pengguna, buat pilihan telco ikut kekuatan coverage telco di kawasan korang. Kalau plan internet 100g, tapi kat rumah atau office coverage teruk. Buat stress je, macam aku. Meroyan bayar mahal tapi nak surf facebook pun x boleh. Kesian. Kahhh.

Jadi, ape nak kata sebenarnya?

Welcome to Meksis dan. (Hamboiiii) Ini posting pertama dengan Meksis. Hihi. Mintak-mintak kekal lah mood nak merepek lagi dalam blog lepas ni, ekeke.

Sis happy lettew dapat hadiah dari PR

p/s: Antara penyebab lain lagi sebab ada Fattah Amin dalam iklan Meksis. Kihkihkih :D


Follow Us @soratemplates

Followers

Google+