Nurul Shahira:

Friday, February 24, 2017

# Lifestyle

MBO Setapak Central REBORN!

MBO Setapak Central REBORN!

MBO CINEMAS MEMPERSEMBAHKAN MBO Cinemas yang kini pengendali pawagam dengan lokasi yang paling pelbagai di Malaysia dengan bangganya mengumumkan secara rasmi pawagam baru diubahsuai di Setapak Central, Kuala Lumpur baru baru ini.

MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
Dengan slogan "Membawa Kecerian Berdekatan Anda" dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, cawangan MBO Cinemas Setapak Central yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
Cawangan MBO Cinemas Setapak Central yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

Pengubahsuaian masa depan MBO akan meneruskan konsep ini untuk membawa pangalaman menonton wayang yang terbaik. Semua dewan akan disediakan dengan kerusi ala kulit hitam, sistem audio  terbaru, projektor laser Barco, serta sistem bunyi Auro 3D menyeluruh disediakan di Dewan 6.

Disamping itu juga, actuator seats turut diperkenalkan di sesetengah outlet MBO Cinemas. Apa yang menariknya mengenai actuator seats ini adalah seat ini akan bergetar sesuai dengan audio movie, ditambah pula dengan all-new Auro 11.1 3D sound system memberikan kesan audio yang lebih menarik. Dengan penambahan actuator seats dan Auro 11.1 3D sound system ini pastinya mmeberikan pengalaman menonton wayang yang tidak dapat dilupakan.

1. Actuator seats: Hall 1, 2 dan 7 di Citta Mall-Ara Damansara, Hall 1 dan 2 di Imago Mall-Kota Kinabalu.

2. Auro 11.1 3D: 1 hall di setiap MBO Spring-Kuching, Imago Mall-Kota Kinabalu, Subang Parade, KL Festival City dan MBO KSL, Johor Bahru.

Pawagam MBO Setapak Central menyediakan kemudahan senang guna untuk golongan orang kurang upaya dengan memberi laluan yang mudah ke dewan tayangan dan bilik air serba baru.

Cafecito merupakan konsep F&B tersendiri MBO Cinemas untuk keselesaan penuh para pengunjung menikmati kopi yang menyegarkan dan kek lazat sebelum tayangan bermula atau menonton treler wayang yang baru.

MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
Cafecito merupakan konsep F&B tersendiri MBO Cinemas untuk keselesaan penuh para pengunjung menikmati kopi yang menyegarkan dan kek lazat sebelum tayangan bermula atau menonton treler wayang yang baru.

Acara pembukaan rasmi MBO Setapak Central Reborn dimeriahkan lagi dengan pelbagai hiburan termasuk tarian jalan (street dance) bertaraf dunia dari Katoon Network, artis terkenal Ayda Jebat dan para hadiran juga berpeluang bersembang dengan DJ selebriti MYFM Jack Lim, Wai Fun dan Emily Poon.

Selain daripada menikmati kemudahan terkini, pengunjung boleh menyertai program kesetiaan pelanggan MBO StarClub tanpa sebarang caj dan menerima mata ganjaran StarPoints untuk menebus tiket wayang percuma, minuman dan barangan premium.

MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
Artis terkenal Ayda Jebat menghiburkan para hadiran
MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
DJ selebriti MYFM (dari kiri):  Emely Poon, Jack Lim dan Wan Wai Fun menghiburkan para hadirin

Pawagam ini ialah satu-satu seumpamanya yang memberi program kesetiaan yang percuma. Ahli MBO StarClub boleh gunakan barisan  keutamaan ahli, memperolehi tiket tayangan percuma sempena bulan harijadi dan juga menonton wayang eksklusif.

MBO juga memberi kemudahan membeli tiket dengan internet “TANPA” bayaran tempahan. Pelanggan juga dapat membeli tiket untuk wayang 2D dan 3D pada harga sama.

MBO Setapak Central REBORN!, MBO Cinemas, www.nurulshahira.com
Dari kiri, Lim Chee Wai – Pengurus Setapak Central, Cheah Chun Wai – Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, dan Tan Wai Chong – Pengarah Kewangan MBO Cinemas

MBO Setapak Central ialah pawagam ketiga diubahsuai dengan konsep yang baru selepas MBO The Spring, Kuching dan KSL CITY, Johor Bahru.  Pelanggan di lokasi lain akan menikmati pengubahsuaian secara beperingkat.

MBO Cinemas juga teruja dengan pembukaan pawagam baru berikut pada tahun 2017 dengan memperkenalkan MBO Starling, Damansara Uptown, Elements Melaka, AEON BIG Farlim Ipoh, Kuantan City Mall dan Atria Shopping Mall, Petaling Jaya.

Apa lagi? Jom ke MBO berdekatan untuk menonton wayang! :blush:

Untuk lebih maklumat dan tawaran menarik, layari www.mbocinemas.com!


No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+