Nurul Shahira:

Tuesday, February 28, 2017

# Lifestyle

Senheng W-Day | Waranti Tambahan & 1-1 Produk Penggantian Waranti Untuk Ahli PlusOne

Senheng W-Day | Waranti Tambahan & 1-1 Produk Penggantian Waranti Untuk Ahli PlusOne | Hai! Masa baru mula-mula pindah rumah dulu, aku tengah belajar kat uni lagi rasanya. Kami pindah dari Damansara ke Beranang sebab mak aku pindah tempat kerja baru. Ingat lagi dulu perjalanan jauh je rasa dari Damansara ke Beranang tu, kitorang follow belakang lori barang all the way ke Beranang. Ingatkan dah pindah rumah ni, duduk lama lah kut kat rumah tu. Then rupanya pindah lagi, tapi dalam kawasan taman yang sama je sebab mak abah beli rumah baru pulak. Hai lahhhh, merasalah berpindah randah 2,3 kali mengangkut barang-barang rumah dan kain baju :D

Bila dah berpindah randah ni, berkemas barang-barang. Banyak barang elektrik yang kalau tak jaga elok-elok cepat rosak. Biasalah kan barang elektrik memang sensitif. We have to handle with care. Jangan nak main cabut je plug tanpa matikan suis dahulu. Memang nahaslah ko kan sengaja tempah nak beli peti ais baru tiap tahun gamaknya bila buat gitu.

Masa pindah rumah baru ni, mungkin sebab mesin basuh dah lama guna, waranti dah lama habis. Atau masa menghangkut barang tu tak berapa betul. Tiba-tiba mesin basuh rosak. Wuwuwuwuwuwu :( Kesian mak nak kemas rumah, nak basuh kain lagi. Apa yang aku dan adik beradik lain boleh buat untuk tolong mak aku? 

Apa kitorang buat?

Aku dengan kakak aku share duit biasiswa, beli mesin basuh baru jenama Panasonic kat Senheng! Sebab masa tu Senheng je aku tahu and yakin bila nak beli barang elektrik. Hehe. Beli cash, sebab student cemana nak bayar installment, ye tak? Terasa macam jadi kaya kejap beli barang elektrik cash. Kahhhhhhh. Best beli kat Senheng sebab sales advisor dia akan advice kitorang ikut bajet dan keperluan rumah. Dan paling best, jaminan WARANTI. Itu yang paling penting bila fikir nak beli barang elektrik.

SENHENG W-DAY CAMPAIGN

Manfaat Berganda Dengan Senheng W-Day Campaign, Senheng Warranty Day Campaign

Bermula 1 Disember 2016, Senheng telah memperkenalkan W-Day Campaign atau Warranty-Day Campaign yang diadakan pada setiap 1 haribulan pada setiap bulan.

Yang menariknya mengenai Senheng W-Day Campaign ini adalah, pembeli dapat menikmati JAMINAN WARANTI 2 TAHUN TAMBAHAN! untuk peralatan elektrik, rumah dan digital gadjet! Memang syok dan berbaloi-baloi bila datang dan membeli belah di Senheng bila adanya W-Day Campaign ni. Dapat nikmati tempoh warranty yang lebih lama dan semestinya mudah sebabnya terdapat banyak cawangan Senheng di seluruh negara.



Blender canggih tahap masterchef! Suka sangat :)



Kat belakang tu ada Tefal Steam Iron! Harga pun berbaloi-baloi :)

Terfikir nak bagi hadiah perkahwinan untuk kawan-kawan dan saudara mara? Pergi je ke Senheng pada setiap 1 hb setiap bulan untuk rebut W-Day Campaign ni. Boleh dapat tambahan waranti 2 tahun tau!

1-1 PRODUK PENGGANTIAN WARANTI


Haaaaa, termasuk dalam W-Campaign , Senheng memperkenalkan 1-1 Produk Penggantian Waranti khas untuk perkakasan ringan. Alat perkakasan ringan seperti Seterika, Steamer, Shaver dan Food Processor termasuk sekali tak dalam perkakasan ringan dan dapat 1-1 Produk Penggantian Waranti?

Tentulah termasuk juga. Macam mana pula 1-1 Produk Penggantian Waranti ini memberikan kelebihan kepada pelanggan Senheng?

Manfaat Berganda Dengan Senheng W-Day Campaign, Senheng Warranty Day Campaign

Antara item yang termasuk di bawah kategori perkakasan kecil Senheng.

Biasanya apabila kita membeli barangan dapur atau keperluan rumah, waranti yang diberikan untuk setiap peralatan sekejap sahaja kan? Biasanya dalam beberapa bulan sahaja.

Tetapi dengan setiap pembelian perkakasan kecil yang berharga kurang dari RM500, pelanggan Senheng hanya perlu membayar tambahan RM1 untuk menikmati waranti penggantian barangan baru dimana barangan baru akan ditukarganti sekiranya barangan yang dibeli dari Senheng rosak dalam masa 24 bulan waranti yang diberikan.

Sebagai contoh, sekiranya blender yang kita beli rosak (sama ada motor failure atau kerosakan lain) dalam masa 24 bulan dari tarikh pembelian kita boleh berkunjung semula ke Senheng dan mendapat penukaran blender baru. Cuma tambah RM1 untuk waranti ini semasa pembelian tau!

Tapi ingat ya, pelanggan hanya akan dapat menikmati kemudahan 1-1 Produk Penggantian Waranti ini sekiranya membeli belah di Senheng pada W-Day Campaign pada setiap 1 haribulan.


TAMBAHAN 2 TAHUN WARANTI DARI WARANTI SEDIA ADA SECARA PERCUMA

Dari tadi sebut nak bagi JAMINAN WARANTI 2 TAHUN TAMBAHAN kan? Sebab sebenarnya ada promosi yang super duper best yang Senheng tawarkan untuk pembelian peralatan elektrik, peralatan rumah dan gajet digital yang berharga melebihi RM500. Untuk pembelian melebihi RM500, pelanggan Senheng dapat menikmati WARANTI TAMBAHAN selama 2 tahun secara PERCUMA!



Manfaat Berganda Dengan Senheng W-Day Campaign, Senheng Warranty Day Campaign

Dah survey-survey nak beli mesin basuh baru yang lagi besar. Kat rumah tu mesin 12kg tapi masih 2 kali basuh. Disebabkan ahli keluarga makin bertambah, need bigger washing machine. Pssstttttt, kalau pegi Senheng sekarang Senheng tengah buat promosi tau! Ada diskaun dan JAMINAN WARANTI 2 TAHUN TAMBAHAN!



Kak Sha terWow pula dengan peti ais besar gabak ni. Rasanya Kak Sha pun boleh masuk tidoq dalam tu, heee :D. Apabila membeli belah barangan elektrik di Senheng ni, selain dapat nikmati *penghantaran percuma (mengikut terma dan syarat), sekali lagi diulang, ada WARANTI TAMBAHAN tau!


Risau handphone kena baling dengan anak? Jangan risau. Dapatkan handphone baru dari Senheng sebab Senheng bagi WARANTI TAMBAHAN lagi lama dari yang lain :)

Tetapi, tawaran ini TERHAD hanya untuk ahli Senheng PlusOne SAHAJA! Dan untuk menjadi ahli PlusOne, kita hanya perlu membayar RM12 dan selepas itu kita boleh menikmati tawaran dan kempen yang ditawarkan oleh Senheng.

Apa lagi, jom ke Senheng yang berdekatan dengan rumah korang.

Manfaat Berganda Dengan Senheng W-Day Campaign, Senheng Warranty Day Campaign

Maklumat lanjut mengenai Senheng W-Day Campaign, boleh layari:




No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+