Monday, February 13, 2017

# Lifestyle

Air Kelapa Sparkling Blanc Coco Pertama di Dunia Kini di Malaysia

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan di Malaysia | Baru-baru ini Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia, telah dilancarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat pengedaran iaitu Euro-Atlantic Sdn Bhd untuk Thai Coconut Public Company Limited.

Yang menariknya mengenai Blanc Coco kerana ia adalah minuman air kelapa yang unik, menyegarkan dan bermanfaat, ia berasal dari jenis kelapa terbaik  - jenis Nam Hom yang didapati di Wilayah Ratchaburi, Thailand. Kelapa khas ini dipetik secara tradisional daripada pokok-pokok yang hidup dalam keadaan tanah berair masin, mampan dengan suasana lembapan di tengah negeri tersebut.

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan
Blanc Coco, air kelapa sparkling 100% yang pertama di dunia

Kelapa Nam Hon ini memang dikenali sebagai 'Raja Kelapa' dan terkenal sebagai yang terbaik di dunia kerana mengandungi aroma wangi yang mengasyikkan kepada penggemarnya, tidak hairanlah Air Kelapa Sparkling Blanc Coco yang menggunakan kelapa Nam Hon sangat unik dan tidak boleh didapati pada kelapa lain.

Untuk meningkatkan tekstur, air kelapa tulen berperisa wangi ini dijadikan minuman sparkling. Peminat air kelapa pasti sangat bersetuju bahawa Blanc Coco merupakan penawar dahaga yang sempurna dan paling lazat dinikmati begitu sahaja atau pun ketika waktu makan.

Di Malaysia, terdapat 4 perisa Air Kelapa 100% Sparkling Blanc Coco yang diperkenalkan – perisa asli, mangga dan nenas, limau dan juga buah delima.

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan
4 perisa dari produk Air Kelapa Sparkling 100% Blan Coco

Thai Coconut Public Company Limited juga menawarkan produk lain untuk jenama Thai Coco termasuk Minuman Susu Kelapa berperisa asli, durian, coklat, kopi, mangga dan tembikai.

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan
Minuman Susu Kelapa berperisa asli, tembikai, mangga dan strawberri

Selain itu, Jenama Thai Coco ini juga disempurnakan dengan snek Bar Kelapa Panggang dan Cip Kelapa berperisa krim masam & bawang, yogurt dan asli.

Air Kelapa 100% Sparkling Blan Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco serta Snek Thai Coco diedarkan di Malaysia oleh Euro-Atlantic Sdn Bhd, pengimport dan pengedar khusus untuk hasil laut, buah-buahan dan sayur-sayuran khas yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan
Majlis memotong reben merasmikan pelancaran Blanc Coco di Malaysia

Pelancaran Air Kelapa Sparkling Blanc Coco, Minuman Susu Kelapa Thai Coco dan Makanan Ringan

Air Kelapa 100% Sparkling Blanc Coco (275ml) dijual pada harga runcit RM7.50 sebotol manakala Minuman Susu Kelapa Thai Coco (280ml) pada harga RM4 sebotol. Produk-produk ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka di Malaysia dan boleh juga dibeli secara online di platform terpilih.



No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+