SweetMuslimah.com

Friday, October 28, 2016

Short Trip Tanjung Piai | Balik Dah Kita!

Hari terakhir kat JB dah pun. Last day (cerita semalamnya tu ada kat SINI dan SINI. Bacalah kalau rajin, hiks :D) sebenarnya adalah new day untuk bekerja, ahaks. Datang sini pun sebab keje sebenarnya, selingan je berjalan tu semua :D. Ok, jom sambung Trip Tanjung Piai kita!

Pagi Isnin tu sarapan dekat area Bandar baru Uda jugak. Restoran Makanan Laut Remaja. Orang sini dah biasa panggil Remaja je. Aku tanya nak sarapan kat mana?

"sarapan kat Remaja lah"

Hamboi ko. Dipermainkan dan diperkotak-katikkan rasanya bila dengar jawapan tu. Rupanya betul Restoran Remaja. Memang lepas habis makan bertukar jadi remaja ke hapa? Haha :p

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Habis sarapan baru gerak. Destinasi sebenar ke Kolej Komuniti Tanjung Piai. Sebelum gerak tu sempat kelebet kereta Bezza merah tu. Aah kan, tonggek nau bumper dia.

Memang aku rasa yang sexy bumper je boleh naik. Yang tak sexy? 
.
Pandai-pandailah sexykan, kahhhhh.

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Settle keje semua baru ada chance nak lepak tepi laut.
Cantik sangat, untung sangat ada kolej kat tepi laut ni. Inspirasi untuk belajar. Agak-agak ko rasa stress, boleh pandang laut dulu. 

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Haaaaa, kan dah cakap laut ni boleh bagi inspirasi.
Masa kitorang keluar ni ada a group of student, English class rasanya tengah buat aktiviti kat luar ni. Ye lah, sometimes duduk terkurung dalam bilik je buat suffocate student. Aku rasa approach pensyarah untuk bawa keluar student belajar macam ni sangat membantu.

After all, dah memang kolej dia tepi laut kan? Rugilah tak guna.
Tapi kalau kolej ko tengah bandar macam kolej aku takkan nak kena cari laut juga semata-mata nak tiru depa ni kan? Pepandailah adaptasi gunakan infrastruktur yang ada. 

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Sempat buat shooting fefeling ditiup bayu laut tu. Kehkehkeh.

PUTU BAMBU JURIAH AYER HITAM

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Petang on the way balik singgah Ayer Hitam nak beli Putu Bambu Juriah. Aku ni takdelah makan putu bambu pun, saja je beli mana tahu orang kat rumah aku makan putu bambu. Lagipun kawan aku kata sedap, hm. Aku pantang dengar makanan sedap ni, rugi tak beli. Pantang katanya kan....

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Terbeli jugak 2 bungkus! 

Short Trip Tanjung Piai | Putu Bambu Juriah, Restoran Makanan Laut Remaja, Tempat menarik di JB

Ingat tak spek yang aku tempah kat JPO tapi mintak diorang pos ke Optical88 Sunway?Dapat dah hari Isnin hari tu. Hehe. Percaya tak harga spek ni baru RM118?

Percayalahhhhhh.......

Baca selengkapnya

Wednesday, October 26, 2016

Tuesday, October 25, 2016

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat | Sambung cerita Trip Tanjung Piai hari tu. Cerita sebelum ni boleh baca di SINI.

 . Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Belum sampai JB lagi sebenarnya gambar ni. Tapi setiap kali singgah RnR, suka betul bergambar Rombongan Cik Kiah ni, hehe :D. Masa berhenti di RnR Ayer Keroh ni, baru perasan RNR Ayer Keroh dah siap renovate. Toilet jadi besar gila. Luas siap boleh buat guling-guling. 

Motif nak guling-guling dalam toilet? Kahhhhhhh.

Tangga pun cantik style Melaka bunga-bunga tu. Surau pun lagi selesa. Cuma kedai tak 100% dibuka. So limited choices. Tunggu sebulan dua lagi penuh la kut.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Kalau siang tu kitorang makan beriyani ayam, malam tu of course nak makan SEAFOOD! Biasa di JB, kalau nak makan seafood selain dekat area Danga Bay, paling famous di Senibong.

Perkampungan Senibong ni memang tepi pantai. Cantik view malam sebab nampak Singapore. Memang serius nampak dekat dah Singapore ni sebab asyik menambak laut je kerjanya. Malam cantik sikit sebab nampak lampu-lampu bergerlipan tu semua. Tapi kalau siang ko nampaklah kren-kren tu semua. Heh!

Kitorang booking siap-siap nak makan apa untuk berapa orang. Senang. Haha. Sampai-sampai je duduk makanan terus sampai. Heaven! Buat orang yang tengah kelaparan! :D

Oh ye. Kami makan di Selera Senibong Seafood.

SELERA SENIBONG SEAFOOD

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Kalau nak pilih-pilih seafood semua ada kat bahagian luar sebelum masuk kat restoren. Harga dah letak siap-siap kut-kut korang nak tawar-menawar.

Aku tak tengok pun harga ikan semua ni. Kan dah tempah siap-siap pakej makan.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Tadaaaaaa. Sampai dah apa yang kitorang order. Let me recall, apa yang kitorang order. Hm..

Tomyam seafood
Ikan siakap sweet sour
Sotong goreng tepung
Udang dry butter
Ketam blackpaper
Kepah masak pedas
Kailan ikan masin
Pencuci mulut
Air 2 jag

Semua order ni dibuat untuk 2 group

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Sotong goreng tepung

Tepung salut sotong ni tak tebal. Just nice. Sedap makan. Tak cicah sos pun sedap dah. Cuma nak komplen. Tak cukuppppp! Hehehe, sedap sangat makan. Ratah je sebelum nasi sampai. Tau-tau dah tinggal sikit.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Ketam blackpaper

Pun sedap hingga menjilat jari! Hahaha.
Kitorang request pengetip tu, terus bahagia mengetip sepit-sepit ketam tu. Kuah blackpaper tu manis. Mungkin ada yang tak berapa suka sangat manis tu. Tapi pada selera aku, sedap dah. Ini licin.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Ikan siakap sweet sour

Ikan rangup dan besar cukup untuk 5 orang makan. Aku yang menghabiskan ikan ni sehingga ke tulang terakhir, kehkeh. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Kepah masak pedas

Yang ni aku makan sikit je. Kuah dia tak kena dengan selera aku sebab manis jugak. Lagipun isi dia lepas masak kecut aih. Harap cengkerang je besar! 

Tapi ada kawan aku yang suka gila masakan ni. Siap dah bincang macam mana cara masak kepah, nak beli kepah bila balik KL nak masak kat rumah. Hehe.  

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Kailan ikan masin

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Udang dry butter

Sedap!
Udang besar!
Udang fresh!

Sarang telur tu mahbelous! Aku dulu-dulu pernah nak buat udang dry butter ni. Tapi sarang telur asyik tak jadi macam kat atas ni. Ce share sikit macam mana nak buat supaya sarang telur tu jadi macam kat atas tu. 

Cuma yang kureng best sikit, sepatutnya dalam pakej tu ada seklai dessert. Tak sure dessert apa. So lepas habis makan, ada pulak orang hantar jelly kelapa. Serius ingat jelly kelapa tu dessert yang termasuk dalam pakej kami. Sedap telan sampai habis. Rupanya..

Jelly kelapa tu bukan dalam pakej! Haha. Padanlah muka makan tak tanya betul-betul. Dessert kami yang sebenarnya adalah tembikai!. Cuma pandailah strategi kedai tu hantar tembikai lambat, hantar jelly kelapa cepat. Dah termakan kan, haruslah bayar. Balik tu baru dapat tembikai siap bungkus sebab lambat hantar T_T

Pengajarannya adalah, sebelum makan tanya dulu even ko ambik pakej. Hehehe. 

Dah kenyang baru nak meneroka night life di JB. Aku pun konon-konon mengingati kenangan lama lah berjalan kat sini. Ceh. Padahal dulu 4 tahun duduk JB keluar night life ni pun sebab ikut pakcik aku makan je. Kahhhhhh. Mengingati kenangan lama konon! :D

Tapi rupanya dah ada banyak benda baru. Salah satunya ada dah Skrin Angkasa (Sky Screen) yang terletak di Jalan Ibrahim Sultan berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

SKRIN ANGKASA (SKY SCREEN)

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Macam biasa, banyak kereta. Tapi banyak je kereta berhenti tepi jalan. Semuanya sebab......

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Inilah! Nak bergambar bawah Sky Screen ni, hehehe. 

Kitorang pun berhenti sekejap semata-mata nak ambik gambar bawah ni. Gigih tunggu bawah ni semata-mata nak tunggu Bendera Johor keluar. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Sekeliling Sky Screen ni ada banyak lampu cantik-cantik. Ala-ala I-City. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Dah dapat! Yey.

Aku ada je selfia bawah bendera ni. Tapi outcome dia tak cantik. Sobsob. Nak letak dalam blog buat bahan kena kecam je! Haha. Lagipun nampak sangat pipi simpan pau dorayaki 3 keping dalam gambar tu. Jadi abaikan. Malas aku nak masukkan.

PASAR KARAT JB

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Pasar Karat JB dibuka setiap hari waktu malam sahaja sehingga jam 2 atau 3 pagi. Sebelum ni aku suka pergi sini sebab aku boleh jumpa benda-benda rare atau klasik. Dulu aku pernah jumpa orang jual typewriter lama, telefon lama yang bila nak dail nombor kena pusing-pusing tu. Banyak lagilah.

Tapi this time aku pergi dah rasa Pasar Karat ni macam downtown biasa je. Hmmm. Yang klasik-klasik tu pegi mana? Ke ada masa-masa tertentu je diorang ada?

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Datang sini mestilah nak makan Aiskrim Kelapa!

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Sebiji kelapa RM 7.

Ni dia aiskrim kelapa!

SEDAPPPPPPnya!
SEDAPPPPPPnya!
SEDAPPPPPPnya!

Request banyak oat bawah tu, kelapa lagi. Dan estra jagung manis! Peh. Nak makan lagi! :(
Makan sambil jalan keliling Pasar Karat ni, habis jugak 1 bekas. Rasa balik tu nak beli lagi 1 round. Tapi tadi dah mentekedarah seafood. Kenyang gila kut. Tapi aiskrim ni memang sedap.

Teringat sampai hari ni. Nak makan pegi sana jauh sangat. Tertengok macam ada aiskrim kelapa kat Sangkaya. Sedap tak korang? Kalau sedap nak pegi try makan. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Nak balik jumpa auntie ni jual belon sambil berjalan. Sambil berjalan tu boleh pula tiba-tiba dia acu hujung belon tu kat hidung kita.

"Nak beli tak?"

Hahahaha. Comel sangat auntie ni. Terkejut orang tak tahu nak marah ke nak ketawa, ekekekeke :D

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Harimau lari dari rumah pegi CIMB?

Habis dah aktiviti hari pertama ni. Disebabkan sewaan van kami tamat pukul 10 malam, jadi tak boleh nak berjimba sangat malam-malam ni. nak ronda tempat jauh sangat pun tak boleh. Tak cukup masa. Tapi untuk trip sehari macam ni, rasanya ok dah :)

Esoknya mula dah hari untuk bekerja. Jom balik homestay dulu. Esok kita cerita lain pulak. 
Bye!  :)

Baca selengkapnya

Wednesday, October 19, 2016

Kurang Kolestrol, Lebih Sihat dan Berseri Dengan Jus Qalbi Al-Ehsan

Hi. Baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba sendiri Jus Qalbi Al Ehsan yang pada aku sangat bagus untuk diamalkan dan sangat sesuai untuk yang ingin menurunkan paras kolestrol dalam badan. Juga bonus untuk yang ingin melansingkan badan secara semulajadi. 

JUS QALBI AL EHSAN

Jus Qalbi Al-Ehsan , Khasiat Jus Qalbi Al Ehsan, Kesan Jus Qalbi Al Ehsan, Harga Jus Qalbi Al Ehsan, Kurang kolestrol dalam darah dengan Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan didatangkan dalam kemasan botol kaca yang sesuai dipegang dalam tangan. Mempunyai 2 variasi 250 ml dan 500 ml. Harga sebotol Jus Qalbi Al Ehsan adalah:

250ml: RM79(SM) / RM89(SS)
500ml: RM149(SM) / RM159(SS)

Jus Qalbi Al Ehsan diformulasi daripada 5 bahan semulajadi terpilih, iaitu:
- Bawang putih
- Halia
- Lemon
- Cuka epal
- Madu asli

Apa yang kita makan akan menyumbang kepada tahap kesihatan kita dan pemakanan yang tak terkawal mungkin boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Dan kita semua tahu banyak penyakit berpunca dari saluran darah yang tersumbat terutamanya di saluran darah ke jantung. 

Ish. Merbahaya sungguh sekiranya lemak-lemak yang tersumbat di saluran darah tersebut tidak dibersihkan. Selain meningkatnya kolestrol dalam badan, kadar terjadinya serangan jantung akan meningkat.

Dengan Jus Qalbi yang terdiri daripada gandingan 5 bahan semulajadi ini InsyaAllah dapat menghakis plak lemak yang terbentuk dalam salur darah dan dapat menurunkan kandungan kolestrol dalam tubuh badan. So tak perlu lagi lepas ni nak telan bawang putih sebijik, halia sebijik. Semua tersebut dah ada dalam Jus Qalbi Al Ehsan. Tinggal GONCANG dan MINUM :)

Jus Qalbi Al-Ehsan , Khasiat Jus Qalbi Al Ehsan, Kesan Jus Qalbi Al Ehsan, Harga Jus Qalbi Al Ehsan, Kurang kolestrol dalam darah dengan Jus Qalbi Al Ehsan

Selain itu, antara kebaikan Jus Qalbi Al Ehsan:
- Tanpa bahan pengawet tiruan
- Mampu membaikpulih dan meransang peredaran darah
- Mengurangkan risiko berkaitan komplikasi jantung, strok, sakit dada, darah tingi dan kebas badan
- Mencantikkan kulit (sebab kaya dengan Vitamin C)
- Baik untuk sistem imunisasi dan sistem penghadaman
- Agen pelansingan badan semulajadi

Jus Qalbi Al-Ehsan , Khasiat Jus Qalbi Al Ehsan, Kesan Jus Qalbi Al Ehsan, Harga Jus Qalbi Al Ehsan, Kurang kolestrol dalam darah dengan Jus Qalbi Al Ehsan

KESAN JUS QALBI AL EHSAN

Sejak dapat Jus Qalbi, aku tak pernah skip makan 2 sudu setiap pagi. Sebab nak tengok keberkesanan Jus Qalbi ni juga, aku minta abah minum sekali sama-sama dengan aku. Baru dapat tengok feedback yang berbeza dari target usia dan body condition yang berbeza kan?

Pada aku, Jus Qalbi Al Ehsan ni bila minum setiap pagi sebelum sarapan memang akan membuatkan perut ko lawas sepanjang hari! Haha. Serius sebab sejak aku minum ni, pagi lepas sarapan membuang, tengahari pun sama. Lancar weh. :D. Yang sellau bermasalah jerawat ni selalunya disebabkan masalah sembelit kan? Toksin terkumpul dalam badan tak dikeluarkan. Memang sengsaralah jerawat tu menonjolkan diri.

Bila aku kerap membuang ni, aku nampak jerawat makin cepat kering dan kurang keluar. Sukaaaaa sangat. Makin berserilah lepas ni, hehe :D. Dan yang aku perasan jugak badan lebih ringan dan rasa lebih bertenaga. Bangun pagi senang je, dah tak ada rasa kurang tidur walaupun tidur agak lewat.

Dan target aku mintak abah minum Jus Qalbi sebab abah ada masalah darah tinggi. The result tak nampak sangat sebab masih baru dan biasanya benda-benda maca ni kita kena amalkan berterusan baru nampak hasil dia. So, insyaAllah aku mintak abah telan Jus Qalbi ni sampai habis dulu baru aku bagitahu, kihkih.

Masa mula-mula minum Jus Qalbi ni rasa dia perghhh, memang menyengat. Bau pun menyengat ala-ala jeruk tu. Ini disebabkan kehadiran bawang putih dalam jus ni. Tapi telan je. Terkebil-kebil mata aku nak telan nak hadam apa rasa dia. Mungkin ada yang kurang senang dengan rasa dan bau dari bawang putih dan halia ni, takpe masa nak telan tu tutup hidung. Boleh punya :)

Tapi rupanya minum Jus Qalbi masa sejuk lagi sedap. Masukkan dalam peti sejuk, bila nak minum tu baru keluarkan. InsyaAllah rasa Jus Qalbi lagi ok dan kurang rasa bawang putih tu. Kalau korang tak boleh telan juga raw gitu even dah sejuk, apa kata campurkan Jus Qalbi Al Ehsan ke dalam minuman, contohnya air sunquick korang. Masukkan 2 sudu gitu. 

Yang penting kena minum Jus Qalbi. Memang solution untuk aku yang tak suka telan bawang putih gitu, tapi nak kan khasiat bawang putih dan lemon dan halia dan madu yang bagus untuk keluarkan angin dan lancarkan penghadaman.

Jus Qalbi Al-Ehsan , Khasiat Jus Qalbi Al Ehsan, Kesan Jus Qalbi Al Ehsan, Harga Jus Qalbi Al Ehsan, Kurang kolestrol dalam darah dengan Jus Qalbi Al Ehsan

Cara pengambilan:
Goncang dulu, gunakan sudu plastik. Then minum 1 sudu sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Maklumat lanjut boleh ke:

Alamat: ALGAE PARK SDN. BHD.
No. 80A, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13,
40100 Shah Alam Selangor
Tel: 03-55114366
Faks: 03-55111366

Baca selengkapnya

Thursday, October 13, 2016

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO)

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO) | Apa yang best ada di Tanjung Piai ni? Kebetulan ada kerja minggu lepas kat situ, terkeluar soalan ni. Kawan-kawan aku dah eksaited nak pegi, siap buat itinerary okay! Haha. Sekejap je pergi tapi sebab ramai yang ikut dah macam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel pulak! Kahhhhhhh :D

Hari Ahad tu bertolak ke Tanjung Piai dalam pukul 10 pagi gitu. Seingat aku sebelum ni aku berulang-alik Beranang - Skudai tu dalam 3 jam je. Kali ni nak pegi Tanjung Piai 5 jam weh! Kebas kaki pinggang semua. Tapi apa risau. Biobax kan ada. Sembur-sembur je, hilang lenguh tu semua. Bau pun wangi..

Sempat ko buat iklan, haha :D. Kitorang sewa homestay di Bandar Baru Uda. Adam Homestay JB. Quite nice homestay ni sebab semua dia provide. I loike.

ADAM HOMESTAY JB

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Adam Homestay yang kitorang sewa ni ada 3 bilik 2 bilik air. Sesuai sangat datang dengan family. Kitorang duduk kat rumah ni dalam 5 orang. Bilik pink ni, aku duduk sorangggg. weehuuuuu. :D

2 keping gambar ni je yang aku ingat nak snap. Yang lain tak ingat. So aku share gambar dari blog Adam Homestay untuk korang. Yang lainnya dalam gambar kat bawah ni, hanyalah corak cadar. Kebetulan masa kami datang tu, SEMUA cadar dia warna PINK! Dinding pun cat pink. Sesuai sangat dengan gigirl yang datang tu, hehe.

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru
sumber: Blog Adam Homestay

Bilik
Ada 3 bilik semuanya. Master bedroom ada attached bilik air sendiri. Bilik kedua dan ketiga kena share bilik air. Tapi semua bilik katil Queen, lengkap dengan almari baju. Bilik kedua tu je takde almari. Tapi ada rak penyangkut baju kat gambar kedua. Dalam bilik air disediakan juga shampoo dan shower foam. Aku dah angkut sekali travel pack shower foam sendiri, so tak pakai sangat tuan rumah punya.

Dapur
Kat dapur ada peti ais, mesin basuh dan juga penapis air siap. Nak air panas pun ada siap pakej dengan kuali non stick ko, haha. Rajin nak masak silakan masak semua, ekekeke :D. Masa masuk dapur tu aku nampak banyak maggi, biskut, apollo segala. Dalam peti ais ada air kotak! Peh. Best weh.

Tapi rupanya kena bayar! Kahkahkah. Nasib aku tak telan malam tu semua air kotak Ice Lemon Tea 5 kotak! Entah cemana tak nampak senarai harga air depan pintu peti ais tu? Hawau betul.

Aircond
Semua bilik disediakan aircond. Centralized aircond. Patutlah masa dapat kunci tu pelik awatnya ko bagi sekali replika kunci macam hotel tu? Rupanya untuk buat cucuk tempat aircond. Hebat jugak homestay dah ada macam tu. 

Kemudahan Lain
Tuan rumah sediakan juga iron with ironing board, TV yang dilengkap Hypp TV dan paling best. Ada Wifi! Puas hati lenjan Wifi dia, hehe. Tuan rumah letak password Wifi kat kunci dan kat modem Wifi tu. Jangan buat-buat tak nampak pulak! :D. Hypp TV tu, memang banyak cerita hantu ke? Semalam aku duduk situ, 3 movie hantu aku tengok. Ke saja je TV ni bagi movie hantu kat kitorang? Kahhhhhhhhh :D

Harga Homestay
Mengikut kepada blog Adam Homestay, harga untuk homestay kat JB macam yang aku duduk ni RM250 untuk weekends dan RM200 untuk weekdays. Apa-apa pun, boleh rujuk blog dan fb Adam Homestay. 

Oh ya, selain di Bandar Baru Uda JB, Adam Homestay juga ada beberapa cawangan lain seperti di Johor Bahru, Skudai, Nusajaya, Bukit Indah, Sungai Petani Kedah, Kuantan Pahang dan Kota Kinabalu Sabah.

Adam Homestay
fb: https://www.facebook.com/adamstay/
Whatsapp: 018-7751456

PONDOK M.S BERIYANI BANDAR BARU UDA JB

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Lepas check in, letak barang semua dan solat, kami keluar cari makan untuk lunch. Quite late lunch pukul 3 petang. Sebelum keluar tu, kebetulan pula keluar rancangan Makan-Makan JB. Dalam rancangan tu ada jugak review restoran ni, Pondok M.S Beriyani. 

Pondok M.S Beriyani pulak dekat gila dengan homestay. Pucuk dicita ulam mendatang, terus datang sini. Semua lapar sampai dah sampai tahap menggigil.

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Kecik je restoran Pondok M.S Beriyani ni. Tapi simple je guna meja kayu panjang macam kat kantin sekolah, hehe. Apa ada hal, yang penting nak makan kan? 

Kebetulan masa datang tu, kambing daging semua dah habis. Jadi semua orang order beriyani ayam. Mula-mula sampai kuah dhal tu je, next baru sampai nasi dengan ayam tersembunyi tu. 

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Ada sorang kawan aku ni tengah buat Atkins, nasik-nasik ni semua a big NO! Dia order ayam beriyani je. Kesian agaknya dia tak makan nasi, adik kedai ni bagi pulak kuah kambing as a compliment sebab tak makan nasik. Haha. Macam-macam. Hentamlah. Makan je.

1 set Nasi Beriyani Ayam RM11.00. Pada aku padan harga dengan kuantiti makanan tu. Banyak dan kenyang gila.

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Yang pasti, beriyani ayam Pondok M.S Beriyani ni memang SEDAP! Tengok, sampai aku bold dan tukar kaler biru tuuu, haha. Ayam besar, lembut and juicy. Nasi banyak jugak portion dia, tapi sebab lapar sangat habis sepinggan! Kehkehkeh. Itu yang bahaya sebenarnya bila kita skip makan. Jadi macam ni lah kan. Lapar dan makan banyak. 

Not good sayang.

Tapi beriyani ayam ni sedap. Hm. 

PONDOK M.S BERIYANI
Alamat: 52, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
No. Phone: 012-7702004

JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Lepas habis makan, kenyang macam nak tertidur betul rasa dia. Tapi itinerary lepas makan ni rugi kalau tidoq, hehe. Kita nak ke Johor Premium Outlet (JPO)! Huhayyy. First time sampai dekat sini haruslah macam gelabah ayam sikit kan? Haha. Gelabah sebab depa bagi masa 2 jam je nak berjimba, ronda-ronda sambil window shopping dalam ni. Cuba terus terang bagitahu. Tak cukup masa kan girls? 

Pergi masa weekends. Ramai orang sebenarnya sebab parking penuh dengan kereta. Tapi apehal gambar yang aku ambik ni sunyi sepi je? 

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Masuk Chocolat 5D Studio. Tapi tak membeli pun. Harga lebih kurang macam kat luar je. Sebelah Chocolat 5D Studio ada outlet perfume. Lupa dah nama dia. Tapi memang wangi gila kedai ni. Sebatu nak sampai bau wangi perfuma aku dah bau dulu. Sempat jugak merembat 1 botol kecik 15ml Bulgari. 

3 botol x 15ml Bulgari baru RM135. Kongsi 3 orang, aku bayar RM45 je. Bolehlah nak berjimat punya pasal :D

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Datang jauh-jauh dari KL masuk JPO ko masuk jugak kedai spek! Haha.

Kebetulan datang masa ni, most kedai dalam JPO tengah buat sale. Timberland 50%, Michael Kors pun lebih kurang macam tu. Kawan aku beli wedges Michael Kors sebab ada diskaun 70%. Tak pikir apa dah, terus zassssss. 

Tapi aku beli spek je, sebab kebetulan tengah murah. Ada yang tanya aku buat ape nak beli spek banyak-banyak? Jawapan dia sebab aku nak letak kat banyak tempat. 1 kat opis, 1 kat rumah. 1 dalam kereta. Takdelah asyik menggagau carik spek. Senang hidup aku. Pandai x? :D

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Penampakan makhluk di bawah cermin...

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Ambik juga 1 spek. Total harga lens dan frame termasuk penghantaran ke Sunway hanyalah RM118. Haruslah aku ambik. Lepas tu kami mintak hantar ke cawangan di Sunway sebab tak sempat nak tunggu spek baru siap.

Salesgirl dia bagus. Layan je kerenah kami 3 orang. Start dari periksa mata guna mesin, tak puas hati masuk pula dalam bilik pemeriksaan mata. Syukurrrr masuk buat pemeriksaan mata. Baru tahu rabun aku dah naik. Dah 3.5 weh. Hadoiii. Tapi bila periksa guna mesin tu lagi dahsyat. Dia bagi bacaan 4.75. Menangis gua tengok tinggi nau rabun tuu. Mau aku pakai spek mata tebal! Kehkeh.

Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO), Tempat Menarik di Johor Bahru, Tempat Menarik di Tanjung Piai, Tempat Makan Menarik di Johor Bahru

Kat mana beli spek murah tu?

Optical 88 cawangan JPO ler. Next time tak sure ada lagi promo tu. Korang kelebet sendiri ah kat situ.

Next itinerary selepas JPO adalah makan malam. Dah sampai JB, agak-agak kat mana kitorang nak makan? Hint dia .....seafood! Dapat agak tak? Hihi. Takpe. Next entry aku sambung lagi. 

Bye!

Baca selengkapnya

Followers

Google+