SweetMuslimah.com

Friday, April 29, 2016

Samyang Spicy Ramen

Sebelum balik cuti hari tu, singgah Pasar Ikan Tawau (ada entry sebelum ni, cer klik link tu) sekejap nak cari ikan rare (Haha kemain) nak bawak balik. Dah selalu sangat bawak balik udang, sotong, ikan kerapu bagai. Nak cari yang lain pula. Lagipun dengar-dengar kata ikan mahai ye sekarang? Uuuuuhh, nak buat cane. Ada masa harga dia turun naik. 

Ni pun pegi pasar, harga so-so lah. Nak dapat harga macam dulu? Ikan kembong 3 kilo RM10? Tak dapek den nak nolong ! 



Selpiaq dulu dipagi hari. Haha. 
Husband Kak Aini sempat mengata aku debab kuat selfie. Kuangjaq !

Lepas selfie, sementara nak tunggu Kak Aini, scroll Facebook. Nampak ramai nau yang up Cabaran Spicy Chicken Ramen tu. Eh, ada pertandingan ke hape ni?


Harga buah import (epal, orange, anggur) kat Pasar Sayur mahai sikit. Biasa aku borong dekat Giant je. Tapi buahan tempatan murahhhh gila. I loike :)

Pasar Ikan Tawau menawarkan harga Ikan yang murah

Pasar Ikan belakang nun. Tepi laut depan jeti kapal penumpang nak ke seberang.

Pasar Ikan Tawau menawarkan harga Ikan yang murah

Pasar Ikan Tawau menawarkan harga Ikan yang murah

Jom masuk.
Sebelum tu sinsing dulu kain. Toksah rajin sangat bagi kain mop lantai pasar. Ekekeke :D

Pasar Ikan Tawau menawarkan harga Ikan yang murah

Ikan arut RM15/kg. Okay, ikan ni ah yang rare sangat konon nak bawak balik. Haha.
Ikan jenahak RM20/kg

Pasar Ikan Tawau menawarkan harga Ikan yang murah

Ikan Yu RM3/kg. Buat masak ape ye ikan ni?
Aku pelik awat sirip dia semua lesap? Rupanya dah jual awal-awal. Mostly Chinese yang beli sirip ni nak buat Sup Sirip Ikan Yu. Harga jangan memain uols. RM100++/kg. 
Gila mahai T_T

Habis madu sepah dibuang sirip ikan dijual murah. :D

Baru je lepas scroll Facebook tadi, masuk Giant dah jumpa pulak Megi - Megi @ Ramyun Korea ni. Peh, kagum sekejap. Laju juga Ramen Samyang ni sampai Tawau. Selalu benda-benda macam ni lambat je sampai sini. Benda-benda hipster macam air gelas besaq, air bungkus plastik hipster bagai tu lambat gak masuk sini. Eh, baru perasan yang Food Truck pon takde lagi kat sini. Tapi Ramen Samyang dah sampai. Bagus. Senang aku nak kelebet. Haha. Tak payah tunggu balik Semenanjung baru nak kelebet. 

Aku suspek tukang order ni kuat main Facebook. Tu yang dia tau ada Cabaran Pedas Ramen Samyang. Kut lah. Suspek je. Kekekeke :D. 

Sebelum ni aku tengok kat Facebook, banyak betul yang pertikai tang halal haram Ramen Samyang ni. Ada version packaging gitu lah halal, packaging gitu lah haram. Ada gambar ayam halal, takde gambar ayam haram. Ayam Chow Kit haram. Eh. Haha. 

Pernah jugak tengok video sape entah yang buat Cabaran Samyang Spicy Chicken Ramen ni. Nampak macam pedas gila. Eh korang, betul ke pedas? Aku tengok orang yang makan tu sampai merah-merah muka. Siap kata tobat tak makan dah. Ye ke? Selain Samyang tu, banyak lagi Ramen jenama lain. Not sure halal or not, aku kelebet tak nampak sign halal. Tapi dia duduk di rak dengan kawan-kawan dia yang biasa tu (Maggi and etc). Ada banyak jenis rupanya.

Samyang Spicy Ramen

Samyang Spicy Ramen

Siap ambik gambar lagi nak google Ingredients. Haha.
Tapi yang pasti, harga 1 pack mahai. RM16++ / pack. Fuh. Tabah gak korang makan makanan mahal.


Baca selengkapnya

Friday, April 22, 2016

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Jarang aku nak share tempat-tempat makan yang best di area Beranang ni. Pekan kecik, tapi tang masakan peh. Best ! Salah satunya yang selalu buat punggung terloncat naik bila ajak makan tengahari adalah di Medan Selera Peladang Beranang. Atau selalu juga kami panggil PKNS Beranang. Best sebab apa Medan Selera Peladang Beranang ni? Kerana disini terdapat BANYAK pilihan lauk masakan kampung yang MURAH dan SEDAP !

Baru-baru ni sebelum balik Tawau sempat juga singgah lagi makan tengahari dengan mak dan Epa. Lauk tengahari dah ada seawal jam 11 pagi lagi. Amboi awal betul. 


MEDAN SELERA PELADANG BERANANG

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Lokasi Medan Selera Peladang Beranang ni berada betul-betul selepas lampu isyarat Semenyih Parkland. Sebelah pejabat Peladang Beranang berhadapan jalanraya besar. Lokasi Medan Selera ni juga berada berdekatan dengan kilang-kilang. Tu yang selalu penuh dengan orang kilang dan penduduk sekitar. Kalau lambat memang seat penuh dan orang beratur nak beli bungkus pun ramai. So, jangan lambat.

Rasanya sejak aku pindah sini 11 tahun lepas, Medan Selera ni dah wujud. Makcik yang jual tu pun sama je. Rasanya lah, haha.

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masa mula-mula dulu gerai yang beroperasi di Medan Selera ni ada 3 je. Baru-baru ni datang dah bertambah lagi 2 gerai Lempeng Sarapan Pagi yang bersambung ke tengahari dan juga Gerai Ikan Bakar. Meriah betul. Tak lupa ada Gerai ABC dan Cendol yang murah gila. Harga Cendol Jagung / Kacang RM2.00 je sebungkus? ABC RM3.00 sebungkus. 

Dah, jum kita terjah gerai jual lauk campur masakan kampung. Ada 3 gerai, kali ni pilih yang sebelah Gerai ABC. Gerai lain pun sedap juga. Dont worry. Kalau korang datang, jangan sampai rambang mata nak makan di gerai mana. :D

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Hari tu, antara lauk yang ada adalah:-
- Ikan keli sambal
- Ikan keli masak lemak cili api
- Asam pedas ikan ada 3 jenis
- Ikan patin masak lemak cili api
- Sambal ayam
- Lemak pucuk ubi
- Lemak nangka muda
- Cendawan kembang 
- Sambal ikan tamban dengan buah brimbang
- Bergedil daging
- Kari daging
- Kari ayam
- Kari Ikan

Adoi, banyak lagi. Tak ingat dah. Gerai sebelah pun banyak pilihan. Yang selalu aku suka beli siput sedut lemak cili api atau telur itik lemak cili api. Feveret !

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

Panjang lagi meja lauk. Tak sempat nak snap. Gulai ikan patin tempoyak pun ada hari tu. Peminat Ikan Patin jangan lupa singgah sini. Harga murah dan rasa ikan fresh. 

Masakan Kampung Sedap & Murah di Medan Selera Peladang Beranang

My plate.
Hari tu, total makan untuk 3 orang campur air adalah RM23.00. Pinggan aku lauk macam ni, pinggan Epa pun lebih kurang sama. Pinggan mak penuh sayur, haha. Bagi aku, harga memang murah dan memang puas hati makan.

Kalau ada yang terlajak sampai Beranang, boleh singgah makan tengahari disini. Mana - mana gerai dalam Medan Selera Peladang Beranang, harga lebih kurang je. Memang banyak pilihan. Yang penting jangan sampai rambang mata pilih lauk. :D

CARA NAK KE MEDAN SELERA PELADANG BERANANG




Baca selengkapnya

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.

Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka.

Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda

 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.

 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat
Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:

Facebook Page : IZ Hijabist
Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Baca selengkapnya

Thursday, April 21, 2016

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Selalu orang buat lasagna guna kepingan instant lasagna tu kan? Sebab tu nama dia lasagna. Tapi hari tu balik, kakak teringin nak makan lasagna lagi. Kalau dekat luar lasagna mahai gila. Dah lah secoet je. Rugi. So mintak adik yang rajin buat tu tolong masak homemade beef lasagna, tapi resepi adik aku ni kira resepi suka hati dia je. Tukar instant lasagna tu dengan roti. Menangis chef tengok resepi campak-campak adik aku. Hahaha. 

Cemana rasa dia?

Of course lah sedap uols. Dan yang paling penting, beef lasagna ni simple dan minimal kos. Beef lasagna bajet lah katakan, ekekeke :D

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Homemade beef lasagna cara bajet. 
Tapi puas hati dapat 1 loyang besar! 
Lemak pun bergumpal besar loyang dalam perut tu nanti, kahkahkah.

RESEPI HOMEMADE BEEF LASAGNA GUNA ROTI

Bahan-bahan:-
Lapisan roti ganti instant lasagna
1 buku roti 
1 kotak kecil susu segar. Aku guna yang Marigold HL
Telur 1 biji

Inti daging 
Cendawan butang dalam tin (Aku guna Ayam Brand) *potong nipis
Daging kisar Ramly
Chicken Frankfurter 
1 labu bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum (potong dadu)
1 biji lobak merah (potong dadu)
1 botol sos pasta (Tak kisah Prego atau Kimball. Aku guna Kimball)
1 bungkus Cheddar cheese yang slice (12 slice)

Cara Masak:-
1) Panaskan oven pada suhu 160 darjah selama 15 minit. Biarkan.
2) Masak inti daging tu macam nak buat kuah spagetti. Kira 2-in-1 lah resepi korang ni. Agak-agak malas nak tunggu oven, makan terus dengan spagetti pon boleh, hihi.
3) Nak masak inti daging:-
    - Tumis bawang putih & bawang merah sampai naik bau
    - Masukkan cili kisar sikit kalau nak pedas. Tak letak pun tak pe. Optional.
    - Masukkan daging kisar 1 bungkus. Goreng sampai daging masak.
    - Lepas tu, masukkan 1 botol Pasta Sauce. Kacau rata dalam 5 minit gitu.
    - Masukkan capsicum, lobak merah & chicken frankfurter aka chicken hotdog. 
    - Masukkan cendawan.
    - Agak-agak capsicum dengan lobak dah layu, perasakan dengan garam secukup rasa.
    - Kalau dalam dapur korang ada italian herbs ke, boleh letak dalam inti daging tadi.
    - Dah siap, tutup api.
4) Sediakan loyang.
5) Isi 1st layer inti daging tu. Kira sebagai base dia. Tapi jangan isi sampai habis pulak. Haha.
6) Letak cheese slice tu menutupi inti daging.
7) Letak roti menutupi cheese tadi. Sebelum tu, roti tu rendam dulu dalam 1/2 kotak susu yang dicampur dengan 1 biji telur. 
8) Ulang langkah tadi. Daging > Cheese > Roti. Sampai habis.
9) Lapisan atas sekali letak balance cheese slice tutup daging tu. 
10) Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit.

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Dapat 1 loyang besar ! Puas hati lunch makan lasagna, haha. 
Potong masa panas-panas baru keluar dari oven, peh. Berasap. Pehtu makan dengan sos, alamak. Lupa dah yang ada jugak lauk lunch. Kenyang makan sampai petang :D

Resepi Homemade Beef Lasagna Guna Roti

Sebelum ni pernah buat guna instant lasagna tu, tapi rasanya lagi suka yang guna roti ni. Cara dia pun sama je. Bajet sebab guna cheese slice je, dan tak ada sos putih tu. Tapi rasa dia sedap je. Dah lepas craving nak makan lasagna kat luar.

Okay. Bajet ke tidak lasagna aku ni? Ekekeke :D

Baca selengkapnya

Wednesday, April 20, 2016

Wet World Air Panas Pedas Resort | Berbaloi-Baloi

Wet World Air Panas Pedas Resort | Lepas habis Interview dekat Putrajaya, saja je call kakak nak jakikan dia yang kita cuti lama. Haha. Kemahen lagi nak bagi orang stress kerja bagitahu kita guling-guling siap kat rumah tak buat pape. Sekali kakak kata dia pun nak cuti Jumaat tu, nak balik rumah. Nak bawa 2 anak dara dia jalan-jalan. 

Fikir-fikir, cari tempat yang dekat dengan rumah, tapi sesuai untuk budak kecik dan affordable dengan condition poket tengah bulan ni. Almaklumlah, tengah bulan poket dah start rabak sikit, tehehehe. So, solution dia kita pergi Wet World Air Panas Pedas Resort je. Dekat dengan rumah kakak dan lagi best berendam dalam air keadaan El-Nino panas gontang ni.

WET WORLD AIR PANAS PEDAS RESORT

Ini kiranya first time datang sini. Even kakak yang rumah dia area Senawang ni pun tak pernah tahu pun kewujudan wet world ni. Haha. Kebetulan ter'tahu' sebab ada sekali tu lalu jalan lama ni nak ke Melaka tidoq Homestay Kontena D' Alai Kontena Houz tu. Lalu depan ni, siap kakak kata "Eh, ada Wet World kat sini?". Padahal jarak rumah dia dari sini 20 minit je kut perjalanan. Ekekekeke. So, jum bawa anak dara 2 orang tu berendam dalam air. Yeyyyyyy..

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Air Panas Pedas ini telah dibuka kepada pengunjung bermula tahun 1999 lagi. Dah lama, tapi kebersihan dan kemudahan yang disediakan masih dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijadikan sebagai antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.

Masa kami datang ni hari Jumaat. Mungkin disebabkan faktor hari bekerja, sunyi je tempat ni. Tapi kakak kata hari minggu ramai orang. Tapi yang selesanya, tempat parking kereta besar dan luas. Datang dengan family senang je nanti.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Air Panas Pedas Resort dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 1.00 petang hingga 6.30 petang. Kalau hari minggu dan hari cuti, buka awal sikit bermula 10.00 pagi hingga 6.30 petang. 

Bayaran masuk untuk pemegang myKad adalah RM15.00 seorang dewasa dan RM12.00 untuk kanak-kanak melebihi 85cm. Nak tahu lebih ke tak 85cm tu, depa siap ada board pengukur tinggi tu lagi. Oleh sebab Khayra nampak macam tinggi, kenalah pergi ukur. Nasib tak sampai 85cm lagi. Jimat duit nenek belanja tiket masuk. TQ nenek, hehe.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Anak dara no. 2 mood baik nak mandi kolam. Tersengih-sengih je sepanjang jalan.

Ada banyak carousel tapi tak hidup pun. Rasanya carousel best main malam-malam sebab baru nampak lampu dia kelip-kelip cantik. Tapi nak main waktu malam celah mana pulak. Waktu operasi pun sampai 6.30 petang je.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Ada 3 kolam besar yang lengkap ada gelongsor semua tu. Kiranya macam playground tapi dalam air. Keliling kolam tu semua ada macam Terusan Suez tu. Haha. Hah, yang tu bukan untuk mandi berenang rasanya sebab aku nampak ada bot pelampung besar boleh sewa kalau rasa nak berkayuh fefeling sungai kat situ. Sewa tak sure sebab tak tanya pun.

Masa nak balik tu, Sarah siap terjulur kepala ingat nak terjun main air lagi dari atas jambatan ni. Haish budak kecik ni.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Kolam Spring Valley ni kami tak masuk pun. Celup-celup kaki nak rasa kut-kut ayaq panaih ka. Tak dak panas pun. Sama je suhu dia macam air biasa. Spring Valley ni air dalam sikit. Sebelah Spring Valley tu sesuai untuk budak kecik. Air paras betis je.

Lepas lalu kolam Spring Valley ni, boleh pergi kolam belah kiri atau belah kanan. Yang belah kanan tu, nampak macam besar kolam dia, siap ada hut yang memancar-mancar air dari atas bumbung. Tak pergi sebab nampak macam ramai orang. Kitorang pergi kolam yang sebelah kiri. 

Wet World Resort Air Panas Pedas

Sebab ada gelongsor ! Yey.
Air kat sini paras-paras peha je. Kira kalau duduk pun okay lah. Yang dewasa tak tenggelam. Memang sesuai Wet World ni aim budak-budak and family dengan adanya gelongsor bagai gini. Haha.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Garang nau muka ko dik !
Nak masuk kolam tu masuk je lah.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Okay mak, Aya masuk mandi dulu ye.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Dah masukkkk !
Sarah ni sebenarnya pantang jumpa air. Suka gila jumpa air nak berendam je keje. Mula-mula masuk kolam tu kemahen asyik panggil mak dia. Aku yang tukang bawak pun dia tolak. Tapi 5 minit je lah panggil mak. Lepas tu dah heboh nak berjalan sendiri dalam kolam. 

Sebab paras air kolam ni agak rendah, berdiri kompem air paras peha je, tu yang aku dengan kakak duduk-duduk. Si Sarah ni tak padan dengan pendek, nak ikut orang duduk konon. Bila dia duduk je, tenggelam terus! Haha. Tu pun nak jek-jek cuba juga duduk lagi.

Tapi Khayra takut air. Means air banyak macam ni. Sebelum ni bawak mandi laut dah terlolong menangis. Bila bawak datang sini pun menangis takut jugak. Pening kepala mak depa cemana nak bagi Khayra ni tak fobia air. 

Wet World Resort Air Panas Pedas

Amboi, eksaitednya awak. Nak berenang ke Aya? =D

Wet World Resort Air Panas Pedas

Ada juga Kolam Reflexologi berdekatan dengan tandas. Tapi tak cuba pun. Malas nak basahkan baju lagi sebab aku tak bawak baju ganti sebenarnya. Suka hati je terjun main air padahal tak bawak baju ganti. Tunggu lah sekejap agak-agak baju dah tak menitik air baru masuk kereta.

Korang dah tahu nak datang tempat macam ni, jangan buat perangai tak bawak baju ganti pulak. Jangan buat hal ye nak basahkan seat kereta. Tapi kalau lupa juga, lapik le seat dengan plastik, macam aku. Hahaha.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Inilah dia Anak Dara No. 1 yang takut air tu.

Dah nak balik, baju pun dah tukar. Bila panggil nak tangkap gambar pandai posing terus. Budak-budak zaman sekarang, laju je bila mengadap kamera. Acik ko jugak yang jadi photographer tak rasmi korang.

Overall, Wet World Air Panas Pedas Resort ni okaylah sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga. Toilet okay, ada disediakan tempat duduk menunggu beserta meja ala-ala berkelah dan ada juga locker untuk tempat penyimpanan barangan. Cuma yang ralat sikit, tak sempat nak explore habis kat sini. Sebenarnya Wet World ni kawasannya lebih luas, kolam sebelah sana ala-ala Sunway Lagoon dan kolam air panas tu pun tak sempat terjah lagi. 

Hm. Tak puas hati ni. Nampak gayanya mungkin akan berulang kembali ke sini nak bawak anak dara ni, especially Khayra supaya tak fobia air lagi. Orang-orang sekitar Pedas dan Senawang, kalau tak tahu kemana nak bawa anak-anak korang beriadah, boleh masukkan Wet World Air Panas Pedas Resort ni dalam list korang ! 

LOKASI WET WORLD AIR PANAS PEDAS RESORT

Nak ke sini mudah saja. Hanya ambil masa 15 minit perjalanan dari susur keluar Highway Lekas Senawang.


Baca selengkapnya

Dah pandai selfie

TQVM untuk yang rajin doa Kak Sha korang pergi interview hari tu. Kelakar je rasa, interview pun nak pumpangpumpang. Tapi alhamdulillah, everything went well. Result tak tahulah macam mana, bila dah balik rasa macam over confident tadi. Rasa poyo je tadi "Ye, saya tak kisah". Kemahen. 

Tapi jangan terlalu berharap, nanti meranaaa. Hahaha. Yang bestnya urusan kerja sekejap je, setengah hari Khamis tu. Cuti balik kampungnya berhari-hari. Merapunya lekluleklu berjam-jam. Nikmat donia, peh. Pedulilah kerja tadi tu. Ekekekeke.

1st EFGathering

Sebelum balik tu, button badge #1stEFGathering Exchange Feed Group (EFG) baru sampai Tawau. Sempatlah nak kelebet button badge sebelum balik. TQ Mommy irrayyan.com hantar badge even kita tak pergi 1st Gathering ni. Ingat jugak dekat kita yang kat seberang laut ni =)

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tiap kali balik, mengadap view inilah. Dah seploh juta kali lalu pun still tak tahu ini kat mana. Haha. Tapi suka ambik gambar kat sini sebab dari atas nampak dari sungai-sungai kecik akhirnya bertemu di muara. Dari muara masuk terus laut. Awan pun nampak cantik. Kadang-kadang kalau boring sangat siap boleh tergelak sorang-sorang tengok bentuk awan. Siap visualize awan ni bentuk bear, bentuk burung lah. Bentuk orang tengah sujud. 

Ini membuktikan kebosanan mampu menjadikan seseorang manusia itu keluar dari kotak pemikiran biasa dan menjadi lebih kreatif. Kehkehkeh. Padahal hari-hari biasa kalau ada orang cakap dekat aku awan tu bentuk luar biasa. Ingat aku nak percaya. Takde de.

Balik tu hari Rabu petang, Khamis pagi interview. Jumaat petang pulak gerak Senawang jemput kakak dengan anak dara dia 2 orang balik rumah. Baru 3 bulan tak jumpa, dah lupa terus makcik dia. Sedih hati kita. Lepas tu bawa anak dara ni mandi dekat Wet World Pedas. Tapi serius. Rasanya dulu Tawau ni panas betul. Rasanya kalau duduk luar sekejap pun dah rasa garing. Tapi sejak-sejak musim El-Nino ni, rasanya panas dia kurang sikit. Banyak kali jugak hujan sebelum balik baru-baru ni. 

Sekali bila balik KL, Ya Allah. Panas kering sungguhlah! Kalah Tawau. Dah terbalik pulak cuaca. Aku keluar airport je dah kena tampar udara panas. Adududududu. Balik rumah, hari tu mandi 3 kali sehari. Kawan aku siap mandi 5 kali. 

Sebab panas gontang gitu tu yang bawak anak dara ni main air. Dalam kereta sementara nak tunggu mak diorang siap, selfie dulu sekejap. Sekali ada yang memerhati. Elok je nak masuk dalam skrin selfie kita. Pandai dah diorang 2 beradik ni selfie rupanya. Laju je tangan nak tekan skrin.

Khayra - Sarah dah pandai selfie
Okay, kakak tekan sini kan?

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Photobomb gambar Cik Ira sebab muka Cik Ira kembang semangkuk.

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tak cukup dalam kereta, sambung dekat rumah pulak. 
Mula-mula Aya sorang-sorang dulu.

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tak acilah Aya sorang je. Kakak pun nak masuk jugak...

Rupanya bukan setakat pandai selfie depan kamera dah sekarang. Handphone mak dia pun dah serupa handphone mainan. Kejap-kejap dekat kakak, kejap-kejap dekat adik. Entah bila mak dia nak pegang handphone pun tak tau. Abah diorang call pun stress. Ni apesal aku call tak dapat-dapat? Hahaha.

Bila anak dara 2 orang ni ada, sekejap je rasa cuti habis. I is rinduuuuuu.



Baca selengkapnya

Tuesday, April 12, 2016

Cara Transfer Duit Dari Akaun Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Baru lepas transfer duit dari akaun Paypal masuk dalam akaun bank. Tak banyak pun transfer, tapi adalah hasil job oversea yang lepas-lepas. Alhamdulillah =)

Untuk pertama kali menggunakan akaun Paypal, mungkin akan alami sedikit kekeliruan. Macam aku lah kan. Tercengang-cengang jugak. Tapi mudah je sebenarnya. Jom. Kita transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank. Nak simpan-simpan sampai berkepuk buat ape? Haha.

TRANSFER DUIT DARI AKAUN PAYPAL KE AKAUN BANK MALAYSIA


1. Mula-mula sekali daftar masuk akaun Paypal.
2. Terus masuk ke bahagian My Account.
3. Untuk perpindahan wang, tekan opsyen WITHDRAW seperti pada kotak merah dibawah.

Transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank Malaysia

Baki wang yang ada dalam Akaun Paypal seperti pada bulatan hijau. Baki dah siap convert dalam Ringgit Malaysia (RM) mengikut kadar tukaran semasa USD ke MYR. Macam hari ini, kadar tukaran 1 USD bersamaan RM 3.77. 

Ada ditulis dibawah Paypal Balance tu.

Pilih Opsyen WITHDRAW

Transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank Malaysia

Keluar bahagian Withdraw Funds.

Boleh pilih nak withdraw dan transfer masuk terus ke dalam akaun bank yang kita set dalam akaun atau transfer masuk ke kad. Untuk kad ni, rasanya Kad Kredit. Not sure sangat. Tapi aku pilih transfer masuk akaun bank je. Senang.

Untuk akaun bank Malaysia memerlukan 2-3 hari bekerja untuk duit clear masuk ke dalam akaun. RM 3.00 dikenakan sebagai service charge jika pengeluaran kurang dari RM400. So, kalau nak jimat RM3.00, kumpul-kumpul sampai lebih RM400 baru withdraw.

Transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank Malaysia

Pilih opsyen Withdraw to your bank account.
Baki semasa wang dalam akaun ditulis seperti pada bulatan hitam tu dalam matawang USD. Minimum withdraw adalah 14 USD. Less than that tak boleh rasanya. Boleh klik perkataan minimum yang ada garisan biru bawah dia tu untuk lebih lanjut.

Masukkan nilai berapa USD yang kita nak withdraw pada kotak yang disediakan. Wang akan dimasukkan ke akaun bank yang kita set masa mula-mula register akaun Paypal. Macam aku, Public Bank.

Tekan Continue.

Siap. Akan ada notification Payment Pending 2-3 hari macam pada gambar pertama tu. Selagi x clear wang tak masuk dalam akaun bank, status tu akan Pending. Wang dah masuk baru hilang status Pending tu.

Notification juga dihantar pada akaun email yang korang register untuk Paypal memaklumkan mengenai Withdraw korang. So, kalau dapat email memaklumkan wang dah clear, dah masuk lettew wang korang. Yey.

Senang je kan? ;)



Baca selengkapnya

Followers

Google+