SweetMuslimah.com

Thursday, January 28, 2016

Review & Sinopsis Filem The Boy


Review & Sinopsis Filem The Boy | Semalam baru lepas tengok filem The Boy. Sebelum tu aku ada sempat baca dekat blog lain pasal review cerita ni. Macam seram + terkejut. Dah baca review macam rasa nak tengok jugak. Haha. Tapi takut nak tengok sorang-sorang. Jadi kita angkut sorang akak buat peneman dikala nak peluk lengan dalam wayang, hiks :p

Cerita bermula dengan Greta yang dapat kerja sebagai babysitter kepada anak pasangan Heelshire. Family Heelshire ni kaya gila, rumah pun besar dah serupa mansion, tapi kedudukan rumah tu jauh ke dalam hutan. Tak ada jiran pulak tu. Tapi sebab Greta ni memang sangat-sangat memerlukan duit dan juga sebab nak lari dari boyfriend dia yang kaki pukul, Cole. Tu yang Greta ok je nak kerja dengan pasangan Heelshire.

Masa mula-mula sampai rumah Heelshire tu, Greta pelik juga kenapa rumah besar, tapi tak ada orang. Kata nak babysit budak lelaki kan? Tapi bayang budak lelaki pun tak ada. Kebetulan lepas tu, dia jumpa dengan penghantar bekalan, Malcolm. Malcolm pun bawa Greta tour rumah. Masa ni macam dah nampak yang Malcolm hint-hint nak mengorat Greta tapi kena reject sebab Greta baru break katanya.

Bila jumpa dengan Mr. Heelshire, Greta terkejut sebab rupanya dia kena jaga bukan budak lelaki, tapi patung ! Patung saiz budak kecik. Pelik juga sebab  Mr. dan Mrs. Heelshire ni jaga betul patung tu macam jaga orang. Bercakap-cakap, makan sekali dekat meja makan. Baca buku siap buka muzik kuat-kuat lagi. 

Oleh sebab Mr. dan Mrs. Heelshire ni dah lama tak bercuti, so masa Greta sampai diorang terus decide nak bercuti. Diorang kata Greta dah diterima oleh anak diorang. Diterima sebab Gretani cun kut sebab sebelum ni yang jaga dan datang semuanya tua-tua dan tak se-cun Greta. Confirmlah kena reject kan? Haha. 

Greta yang cun melecun dan muda. Memang confirmlah Brahm ambik yang ni dari yang tua-tua
Sebelum bertolak tu, Mr. Heelshire terangkan ada beberapa kerja dan list yang Greta kena follow untuk jaga 'anak lelaki' diorang, Brahm. Siap pesan dengan Greta,

"Kalau awak baik dengan dia, dia akan baik dengan awak"

Hah, gitu kau. Padahal pesan jaga patung je kut. Lepas tinggal pesan tu, Mr. dan Mrs. Heelshire terus bertolak pergi. Pergi cepat-cepat lepas tu muka sedih gila macam pergi selama-lamanya je. Haha. Aku tengok pun macam rileklah kan. Ko nak pergi bercuti je kut. Seminggu lepas tu kau balik lah tengok anak kau.

Take care of our Brahm, will ya'?
Lepas pasangan Heelshire blah, tinggal Greta dengan Brahm 2 orang je dekat rumah. Dalam beberapa hari juga Greta buat tak tahu dengan Brahm sebab berjimba bersuka ria dengan Malcolm. Main snooker lah, apa lah. 

Ada satu hari tu, Malcolm ajak Greta dating kat luar. Walaupun salah satu arahan untuk Greta mengatakan dia tak boleh tinggalkan Brahm tapi Greta peduli apa. Patung mana boleh report kan? Haha. So, malam tu dia bersiap-siap nak mandi, nak keluar dating.

Sekali baju untuk keluar dating dia hilang, dan Greta pun terperangkap atas loteng. Terlepas peluang nak keluar dating. Masa benda ni jadi, Greta macam dah suspek ada orang lain dalam rumah tu selain dia dan Brahm. Jadi esoknya Greta minta Malcolm periksa keseluruhan rumah. Kalau-kalau ada tingkap terbuka atau orang masuk rumah malam tu. Tapi of courselah mana ada orang lain pun. Permainan ilusi Greta agaknya. Kihkih.

Lepas tu Greta diganggu dengan macam-macam bunyi dan benda-benda pelik sampai takut gila. Menangis-nangis weh kena kacau hantu, sapa tak takut kan? Siap pandai pula hantu tu call guna phone dalam bilik Greta. Wuwuwuwu. Tapi bila hantu tu, aka Brahm sediakan sandwich peanut butter jelly favourite Greta , terus dia ambil keputusan nak jaga Brahm betul-betul. Rasa terharulah dan nak jaga macam anak sendiri sebab Greta ni pernah keguguran gara-gara kena belasah dengan Cole. Tu yang bila dah sayang Brahm, terus Greta jaga macam jaga baby betul. Pukul 7 kejut bangun pagi. Tukar baju, makan sekali dekat meja makan. Bacakan cerita dan buka muzik kuat-kuat. Dah serupa jaga orang betul gaya dia. 

Satu malam tu lepas tidurkan dan bagi good night kiss dekat Brahm, Greta dengan Malcolm ni konon nak buat projeklah. Tengah-tengah nak buat tu, Brahm buat hal. Tertunda terus projek diorang. Haha. Masa tu Greta dah percaya yang kononnya Brahm ni ada trapped soul dalam dia dan boleh berjalan sendiri. So dia nak tunjuk dekat Malcolm pasal Brahm. Magic bila Brahm yang sepatutnya ada dalam bilik boleh hilang macam tu je dalam masa 5 saat.

Brahm boleh hilang poof gitu je. Horror tak?
Malcolm ajak Greta keluar dari rumah tu, tapi Greta tak nak. Dia percaya yang Brahm tak akan apa-apa kan dia. Lagipun dah jatuh sayang dengan Brahm. Tapi the next day, Cole datang. Entah macam mana Cole boleh terus masuk rumah tu dan terserempaklah dengan Greta yang tengah dukung Brahm. 

Cole minta maaf dan nak bawa Greta balik. Greta ni dah lah takut dengan sejarah Cole yang violance ni. Kebetulan lagi malam tu Malcolm datang sebab nak tengok Greta. So berjumpalah diorang 3 orang. Greta-Malcolm-Cole. Malcolm ni sangguplah pulak tidur dalam kereta dekat luar rumah sebab nak jaga Greta kut-kut malam tu Cole menggila pukul Greta. Sejuk kut tidur dalam kereta. Haish. Cinta betul agaknya T_T

Malam tu Greta tidur dengan Brahm sebab katanya malam last dengan Brahm. Greta kata dia tak akan tinggalkan Brahm tapi minta tolong 1 benda dengan Brahm. Alih-alih malam tu Cole menjerit nak pukul Greta sebab tiba-tiba ada tulisan darah atas dinding "Get Lost". Cole marah nak belasah Greta tapi Greta kata Brahm yang buat. Masa ni Malcolm dah masuk dalam rumah nak bertumbuk dengan Cole.

Seriusly, Brahm yang buat? Brahm kan patung?

Cole tak percaya dan dia ambil Brahm lepas tu terus hentak Brahm sampai pecah berderai. Terus dinding macam ada orang ketuk gaya mengamuk bergegar-gegar rumah. Semua orang dah takut gila. Sekali Brahm penuh bulu dada berjambang yang sebenar keluar dari balik dinding belasah Cole. Matiklah Cole sebab Brahm marah gila dengan dia pecahkan patung tu.

Rupa-rupanya Brahm penuh bulu dada yang sebenar hidup lagi. Tak mati pun dalam kebakaran 20 tahun dulu. Dia sembunyi dari orang sebab muka dia cacat dan ganas gila Brahm orang ni. Pakai singlet pun nampak penuh bulu dada jambang semua. Tak tahulah kenapa mak pak si Brahm ni tak buat plastic surgery untuk Brahm ni. Kayanya bukan main, rumah besar gila. Teknologi pembedahan plastik dah lama kut femes. 

Berbalik dengan cerita tadi. Greta dengan Malcolm ni pun lari nak selamatkan diri. Masa tu diorang terjumpa laluan-laluan rahsia antara belakang dinding tempat Brahm lalu-lalang. Siap jumpa dress Greta yang hilang masa malam nak dating tu Brahm sorokkan dalam tempat tinggal dia. Masa tu baru terjumpa surat yang dihantar Mr. dan Mrs. Heelshire yang kata Greta ditinggalkan untuk Brahm. Diorang dah bunuh diri dengan lemaskan diri dalam tasik. Terkejut besar Greta dengan isi surat tu. Patut ah si Brahm ni jadi psiko gila. Dia ingat yang Greta ni pasangan dia.

Bila dah terperangkap tak sempat nak lari, Malcolm kena belasah dengan Brahm. Greta pula sempat lari keluar. Sampai pintu gate luar tu, Greta tak sampai hati nak tinggalkan Malcolm. Nanti mati kena bunuh pulak Malcolm tu. So dia patah balik ke rumah. Masuk dalam rumah, Greta jumpa skru driver ke besi apa entah dalam laci. Masa tu kebetulan terjumpa Brahm penuh bulu dada tu. Nak distract attention Brahm ni, Greta terus ajak Brahm tidur macam masa Greta tidurkan patung dia. Siap selimutkan Brahm ni macam biasa.

Brahm penuh bulu dada minta good night kiss macam patung ni dapat
Tapi si Brahm ni mengada-ngada nak kiss. Good night kiss. Bila tak bagi dia tak lepaskan pula tangan si Greta ni. Jadi nak tak nak Greta pun bagi lah good night kiss. Tapi bila dah kiss sikit, Brahm penuh bulu dada ni terus naik syahwat kut nak rogol si Greta ni. Tau lah greta ni cun melecun muda bergetah. Apa lagi, terus Greta tikam Brahm dengan besi yang dia sembunyikan dekat belakang seluar dia. 

Dah kena cekik, Greta tikam lagi sekali. Baru Brahm pengsan
Tikam sekali tak ada effect, tikam 2 kali baru si Brahm ni tumbang. Lepas tu Greta terus selamatkan Malcolm dan bawa Malcolm keluar dari rumah tu.

Cerita ni tamat dengan Greta dan Malcolm selamat (even injured), tapi rasanya ada sambungan lagi tu. Kut-kutlah ada The Boy 2. Kita tunggulah sambungannya. Cerita ada banyak unsur suspens dan terkejut. Bolehlah tapi tak seram sebab bukan cerita hantu. Kalau korang nak tengok, ok je. Pergi lah tengok. Malam pun boleh, confirm lagi feel. Hihi.



Beli Kain Batik Songket Sarawak / Borneo Murah?


Baca selengkapnya

Saturday, January 23, 2016

Kesilapan aku & kesilapan dia

Pengalaman dengan staf Air Asia | Aku terbaca pasal luahan akak ni dalam facebook. mengenai layanan yang agak 'kerek' dari seorang staf kaunter Air Asia. Tapi dalam dapat layanan yang kurang bagus tu, alhamdulillah ada juga yang membantu akak tu. Dah selamat pun akak ni naik flight. Alhamdulillah again. After all, if All will it, it will happen :)

Sepanjang aku berulang-alik Tawau - KL ni, boleh dikatakan 90% penerbangan dengan Air Asia. Satu sebab frekuensi penerbangan Air Asia dari Tawau ke KL lebih banyak berbanding MAS, dan juga harga pun agak kurang berbanding MAS. Tapi tak kisahlah, kau pun asal dapat tiket murah, naik tongkang pun boleh juga kan? Hehehe :p

Semenjak Air Asia beroperasi di KLIA 2, aku rasa dah berjuta-juta gelen air peluh aku gugur terkubur kat situ. Setiap kali balik mesti terkejar-kejar masuk gate. Haha. Padahal abah dah banyak kali pesan suruh keluar awal, tapi selalulah aku lambat siap dari rumah.

Dan kalau siap awal pun, berlegar-legar dalam airport tu dah macam rusa masuk kampung. 50 kali ulang alik airport, 50 kali aku jadi rusa. Rusa jadian saiz dinosaur pulak tu. Pernah sekali aku lambat sampai airport. Pulak tu ada checked baggage. Matiklah bila beratur ramai gilaaaaaa orang tengah queue.

Dengan aku yang tengah terkincit nak kencing, dengan orang ramai. Tiba-tiba pengumuman ke Tawau bagitahu yang gate dah nak tutup. Oii, aku dah la tengah enak beratur kat sini. T_T

Tak lama kemudian, staf kaunter buka kaunter ekspress untuk orang-orang yang gate dia dah nak tutup. Orang-orang macam aku lah, kihkhkih. Merasalah sekejap express line. Ko letak beg, bagi pasport, wallah. Seminit aje hokayyy. Berdesup aku lari masuk Imigresen.

Lepas tu memang merasa betul. Gate K dia bagi aku T_T. Orang selalu kata Gate J agak jauh. Tapi nehi kabhi nehi. Setakat gate J22 tu jauh? Sila lah merasa ke Gate K nun. Tak pun ke Gate untuk international route. Pengsan. Dan situasi aku masa tu merasalah berlari sambil bawa lari 1 plastik besar dan henbeg berat isi novel ke Gate K10. Habis keluar semua peluh jantan, peluh betina, adik peluh, semua keluar. Fuhh.

Gate J jauh? Sila merasa gate K. Lagi best international gate. Bye. Bukan setakat peluh, banjir pun keluar
Rezeki aku, sepanjang-panjang aku buat hal selalu lambat masuk kapal, staf mahupun FA belum pernah marah atau tak bagi aku masuk lagi. Alhamdulillah, jumpa dengan orang yang baik, so kita pun harus balas dengan baik. Nak saya belanja cekelat tak kak? Hehe.

Yang paling best pernah aku dengan family aku 7 orang lambat nak masuk gate. Masa tu Air Asia masih beroperasi di LCCT lagi. Pagi tu, masa nak cari parking, gila kau. Rasa nak putus asa cari parking kosong. Ye lah, nak parking kat tempat dekat dengan terminal. Merasalah semua parking full. Dahlah hari Sabtu. Last-last surender, Parking jauh sikit. Lepas tu rasa nak putus nafas pula berlari beramai-ramai ala marathon masuk gate. Staf kaunter pun kelam kabut tengok kitorang dah lambat gila. "Cepat-cepat, semua orang dah masuk kapal"

Laaaagi lah kau gabra kan brader kaunter ni cakap cenggitu. Masuk Imigresen pun satu hal juga. Abah aku nak kena tanggalkan tali pinggang lah. Tanggalkan jam lah. Fuh. 

Sampai depan pintu gate, tengok-tengok pintu dah tutup weh.. Sedih sangat. Macam mana ni? Dapat tak kitorang pegi Langkawi? Dah lah tiket untuk semua orang aku dengan mak aku yang bayar. Tiket homestay aku yang baayaaaarrrr. Wuwuwuwuwuwu. Menangis air mata darah........

But again. If Allah will, it will happen. Alhamdulillah, staf kaunter depan gate tu benarkan kitorang masuk. Siap hantarkan sampai depan tangga lagi. Dan pakej sekali dengan pesanan mesra "Lain kali tolong sampai cepat sikit ye"

Selalu orang viral pasal benda yang tak elok aje kan? Flight lambat lah, Flight delay lah, staf tak mesra lah. Eh. Benda yang tak elok laju je kan orang nk sebar. Benda yang ok macam layanan yg aku & family aku dapat ni, tak ada pulak pernah orang bagitahu. Staf tolong check in kan even gate dah tutup? I bet ramai yg pernah alami benda ni, Ye tak? Toksah nk geleng-geleng kepala sangat.

Hahaha.

Aku rasakan yg penyakit lambat aku dah merebak. 
Bahaya penyakit ni. 
Spread diseasa.
Jadi korang janga main-main dengan aku.
Kalau tak, aku  hantar penyakit aku dekat kau. Kehkehkehkeh.

Berbalik kepada kes akak atas tu. Kesian dia. Aku baca pun jatuh kesian. Memang salah kita as customer kalau datang lambat ke airport sebab memang dalam boarding pass dah tertulis pukul berapa sepatutnya kita ada dalam gate. Jadi kita boleh calculate siap-siap sepatutnya pukul berapa kita bertolak, dengan ambil kira faktor trafik sekali. Please prepare contigency plan too, in case trafic jam. 

Tapi staf pun please consider. Mungkin boleh dengar dulu penjelasan customer. Kalau dalam kes-kes emergency macam ni, tak kan tak boleh bantu? Boleh kan? Kalau memang tak boleh juga bantu,  the system is closed, mungkin boleh explain dengan cara yang berhemah? Nama pun customer service. Perkhidmatan pelanggan. 

Tapi itulah, nak bercakap lebih. Kita bukan berada disituasi akak tu. Mahupun disituasi staff tu. Kita tak berada di lokasi kejadian untuk lihat sebenar-benar situasi masa tu. Memang confirm ada silap kita, dan mungkin juga ada silap dia. Cuma fikir positif dan ambil yang baik-baik. Buang yang buruk, ambil yang jernih. Dah, jangan nak bermusuh lagi :)

Rilek dulu kita main gelongsor
So, lets shut our mouth dan ingatkan diri sendiri untuk bergerak awal ke airport. Nak- nak pulak lagi sekarang KLIA2 dah serupa shopping mall. Merayau-rayau dalam tu pun best juga. Hehe. Port aku kalau sampai airport awal selalu masuk MPH, Subway, Guardian, Baskin Robbin dengan Jaya Grocer. Dalam Jaya dengan MPH paling lama kut lepak. Kalau MPH tu semua orang tahulah buat apa kan. Ini dalam Jaya, aku pun tak faham kenapa boleh lepak lama sangat dalam tu. Padahal beli air mineral dengan buah je.

Dah, cuma nak bagitahu ini. Make sure bergerak awal ke airport. Punctual untuk kejar flight time kita sendiri. Tapi aku yakin pembaca blog ni pun dah tahu kenapa perlu gerak awal. Kan :)
I learnt my lesson well.
Dan aku harap korang pun x buat macam apa yg aku buat.
Sebab aku dah selalu lambat.
Terkejar-kejar.
Aku dah tahu dah rasa dia. 
Penat T_T 



Beli Kain Batik Songket Sarawak / Borneo Murah?



Baca selengkapnya

Friday, January 22, 2016

Jimat Berganda Shopping Online Di CouponBelanja Tahun Baru Cina Ini

Rakyat Malaysia umumnya dan kaum Cina khususnya akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Bila sebut pasal Tahun Baru Cina ni, mesti aku teringat limau mandarin, haha. Tak lama lagi, penuhlah semua kedai dan pasaraya dengan limau berkotak-kotak. Bestnya lah kalau dapat free sekotak buat habuan makan sendiri, hiks :p

Bila kita bercakap mengenai perayaan utama di Malaysia, perkara yang tak dapat dielakkan dan selalu berkait rapat, mestilah SHOPPING ! SHOPPING DI HARI RAYA pastinya perasaannya seperti mercun yang dibakar. SUPER EKSAITED ! mueheheh. Sebab masa inilah SEMUA stores nak naikkan promosi, buat jualan murah melampau sampai rasa menyesal tak membeli belah. Tapi kan, kalau dah semua keluar berbondong-bondong nak shopping, siapa yang tinggal di rumah nak uruskan tetamu dan berziarah ke rumah keluarga?

Hah, itu sebab korang seharusnya memilih untuk shopping di ONLINE STORES ! Selain tidak perlu bersesak-sesak, sempena Tahun Baru Cina ini, SEMUA online stores utama Malaysia seperti Lazada, Zalora, Groupon, E-Bay, Expedia dan FlowerAdvisor memberikan tawaran harga dan promosi GILA-GILA.

Aku nak perkenalkan portal online CouponBelanja. Apa yang best mengenai CouponBelanja adalah kerana ia menghimpunkan kesemua online stores tadi dibawah satu bumbung dan menyediakan semua koleksi voucher dan kupon promosi yang ada atas talian. Sama ada korang nak shopping di Lazada, Zalora, Groupon, E-Bay, Expedia mahupun FlowerAdvisor, nak dapat voucher dan kupon promosi serta dapat berjimat dalam bershopping, semuanya ada di couponbelanja !


Nampak featured coupons tu? Itu antara offer terkini yang ditawarkan oleh online stores tersebut. Mudah dan pasti kita tak akan tertinggal offer menarik. Okay, ini antara tawaran dan promosi sempena Tahun Baru Cina. Jom kita serbu.

lazada22

LAZADA
Lazada akan memulakan sale dan promosi gila-gila sehingga 88% bermula 26 Januari ini dan akan berterusan selama 2 minggu pada 8 Februari. Lazada memberikan banyak pilihan tawaran harga yang menarik, antaranya fortune wheel, lucky flash sales dan treasure chest. Selain itu, ada juga limited special deals dan beberapa offers untuk masa yang terhad. 

Ada barangan harga istimewa dalam Flash Sales dari 26 hingga 29 Januari. Jadi, jangan lupa save the date dan jangan kata juga Kak Sha tak payung hokay ! Lagi berita baik, jika anda membeli belah di Lazada pada hari Selasa dalam sale period (26 Januari - 8 Feb), anda akan menikmati 12% diskaun pembelian di desktop dan 15% diskaun jika pembelian menggunakan aplikasi Lazada.

Pemegang kad HSBC juga akan menikmati 5% off dengan pembelian di desktop dan 10% off sekiranya pembelian melalui aplikasi Lazada pada hari Jumaat. Pemegang kad lain pun jangan risau. Anda juga akan menikmati 5% off tersebut. Okay, jangan lupa untuk muat turun aplikasi Lazada ke dalam smart phone anda ! 

Taip Lazada di ruangan search dan KESEMUA voucher dan coupon Lazada akan disenaraikan. Tinggal pilih, klik dan teruskan membeli-belah :)

Pilihan voucher dan coupon Lazada Malaysia
Antara pilihan voucher dan coupon Lazada Malaysia
Terus ke Lazada untuk akses pantas pilihan coupons & voucher. Cara nak gunakan coupon tersebut amat mudah. Pilih dari senarai kesemua deals seperti dalam gambar di atas. Pilih dan klik "View Deal". Akan keluar pop up yang memaparkan kod voucher sale. Salin dan selepas itu klik untuk terus ke laman web Lazada. Selepas puas cuci mata dan shopping, masukkan kod voucher tadi ke ruangan voucher sebelum bayaran dibuat. Anda akan mendapat harga yang lebih murah dari harga yang ditawarkan.


Masukkan kod voucher / coupons dari CouponBelanja di ruangan voucher seperti di kotak merah

ZALORA
Sempena Tahun baru Cina ini, Zalora memberikan pelbagai pilihan yang fashionable dari pakaian sehingga ke aksesori dan semestinya mempunyai pilihan voucher dan coupon menarik. Jadi, membeli belahlah di Zalora hari ini dan dapatkan kupon dan voucher seterusnya nikmati diskaun terbaik untuk pembelian anda.

Antara pilihan voucher dan coupon dari Zalora Malaysia
Antara pilihan voucher dan coupon dari Zalora Malaysia

EXPEDIA
Perhatian untuk kaki travel semua. Mesti kenal sangat dengan Expedia kan? Merancang nak melancong atau bercuti pada musim Tahun Baru Cina ini? Hah, cepat-cepat berkunjung ke Expedia. Expedia menawarkan last minute deals, antaranya flash sales untuk tempahan hotel, mobile exclusive deals dan juga holiday packages yang sangat menarik.
Jum kita tengok apa yang ada di CouponBelanja dari Expedia.

Expedia Last minute sale sempena zodiak monyet Tahun Baru Cina ini. Harga yang sangat berbaloi-baloi ditawarkan untuk pakej tiket kapal terbang beserta bilik hotel. Pakej harga bermula dari serendah RM180. 

Pengsan tengok 50% OFF untuk hotel

GROUPON MALAYSIA
Mahu hamper untuk dihadiahkan pada Tahun Baru Cina ini? Atau mahu tempah restoran untuk keluarga dan rakan-rakan? Jangan risau. Semuanya ada di Groupon. Sempena perayaan ini, diskaun yang ditawarkan untuk pembelian hamper sehingga 40% off.

Antara pilihan voucher dan coupon dari Groupon
      
FLOWERADVISOR
Bunga sentiasa menjadi pilihan yang tepat untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Jimat 10% dari harga asal jika anda dapatkan jambangan bunga dan gift hampers dari FlowerAdvisor.
Antara pilhan voucher dan coupons dari FlowerAdvisor
Antara pilhan voucher dan coupons dari FlowerAdvisor
Jadi, percaya tak cakap Kak Sha? Bestkan bila ada portal yang ada semua online stores yang kita nak dalam 1 tempat. Klik-klik, sap sap soi terus keluar semua voucher, coupons, diskaun, deals all-in-one. Cari sahaja di CouponBelanja di website http://www.couponbelanja.com/ dan dapatkan kod promosi tersebut untuk mendapatkan harga terbaik apabila membeli belah secara dalam talian Tahun Baru ini. Dah siap shopping boleh goyang kaki tunggu je barang sampai ke rumah. Bahagia kut. Haha. Baru anda jadi pengguna yang bijak dan cemerlang :)


Baca selengkapnya

Tuesday, January 19, 2016

Sign In dan Tawaran Meleleh Bookcafe

Sign In dan Anda Dapat Tawaran Meleleh Bookcafe | Ramai antara kita yang suka membaca. betul tak? Tak kisahlah baca novel, ensiklopedia, bacaan bersifat umum atau sebagainya. Kata kuncinya adalah MEMBACA

Macam aku pun, aku suka baca dan kumpul koleksi novel. Tak terhad kepada novel cinta, sekarang aku juga mula beralih arah kepada novel seram dan juga bahan bacaan yang mempunyai unsur sejarah Islam. Terbaru, baru je aku beli novel Perang Badar : Perang Penentuan hasil penulisan Abdul Latip Talib.


Yang aku ralat bukan sebab novel ini tak best. Serius best. Tapi sebab kekangan masa dan tempat untuk aku cari buku-buku dan novel genre sebegini. Selalu aku sempat untuk curi masa ke kedai buku pun masa on the way nak balik ke Tawau. Singgah MPH airport. Itu sahaja masa yang ada. Dan kalau aku balik untuk bercuti pun, nak keluar tu mesti nak kena tempuh traffic yang boleh mencabar kesabaran. Fuh fuh fuh. Penat.

Shopping Online di Bookcafe

Sebab tu aku suka bila bookcafe.com.my ni ada. Aku boleh dapatkan buku-buku dan novel yang aku suka dengan klik dihujung jari saja. Shopping Online, siapa tak suka kan? Dan aku yakin ramai dikalangan reader blog ni hebat-hebat dalam bidang teknologi maklumat kan? Hehe. Tak penat, jimat masa dan semestinya banyak promosi-promosi dan diskaun hebat yang ditawarkan.

Dah banyak kali juga aku promosikan tentang laman bookcafe.com.my yang merupakan one-stop-center kepada lebih 2000 buku dan lebih 70 penerbit kepada reader luar sana. Nak bagi korang percaya dan sama-sama join aku shopping buku di sini.  Hiks :p

Tawaran & Diskaun Hebat

Apa yang aku suka pasal Bookcafe sebab selalu ada tawaran hebat, diskaun (kadang-kadang sehingga 50%. Fuh, tak beragak betul diskaun). Baru-baru sebelum ni ada Promosi Tahun Baru. Dan sekarang Bookcafe tawarkan TAWARAN MELELEH "Diskaun mencanak, harga menjunam" dari 19 - 25 Januari 2016.


Klik banner
Selain dari itu, ada juga Promosi 1 Buku = RM5.00


Nak rebut Diskaun, Promosi dan Tawaran Meleleh hebat dari Bookcafe ni mudah saja cara dia. Pergi ke https://bookcafe.com.my/ dan sign in untuk menjadi MEMBER BOOKCAFE dahulu. Tak lama pun 5 saat je diperlukan untuk sign in.


Sign in di kotak merah
Lepas sign in, baru kita akan menikmati Diskaun dan Tawaran Meleleh dari Bookcafe.


Dah lama cari buku Andrea Hirata Dwilogi Padang Bulan ni. Cari-cari jumpa di Bookcafe siap jimat Diskaun 50% dari harga RM20.00 kepada RM10.00 sahaja. Kalau tak sign in, harga yang ditawarkan adalah kekal RM20.00. Promosi 1 Buku = RM5.00 pun korang tak dapat. Rugi rugi.

Jadi korang. Jom lah shopping sama-sama dengan aku. Shopping di Bookcafe juga boleh kumpul points. Points yang terkumpul boleh ditebus guna semula dalam bentuk voucher. Tapi yang penting jangan lupa sign in dulu sebagai member Bookcafe !

Shopping buku? Beli sahaja di Bookcafe ! di https://bookcafe.com.my/ 







Baca selengkapnya

Monday, January 18, 2016

Tebus Colgate Sugar Acid Neutralizer & GLO dari WOOP

Tebus Colgate Sugar Acid Neutralizer & GLO dari WOOP | Hari ni lepas settle buat daily mission dalam WOOP, saja lah usha-usha point yang dah terkumpul. Dah cukup ke nak redeem barang-barang. Sekali tengok, alhamdulillah, cukup pulak untuk redeem beberapa benda.

Tapi kali ni aku pilih untuk redeem combo Colgate Sugar Acid Neutralizer dan pencuci pinggan GLO pekat dengan 1000 point sahaja. Senang, bulan ni tak payah beli ubat gigi lagi. Jimat duit aku, hiks :p. 

Dapat 2 lagi Colgate tu. Satu untuk kau, satu untuk aku, muehehehe :p

Buat yang belum join WOOP, rugi korang tau. Sebab dengan hanya jawab survey dan buat big mission, kita boleh kumpul points yang boleh ditukar dengan beberapa barang, mostly barangan kelengkapan rumah. Barang-barang dia best juga. Antaranya Rexona, pencuci pinggan GLO & JOY, Softlan, Castrol Magnetic Toolkits (ini dah lama aku aim. Nak satuuuuuu T_T), febreeze dan multivitamin. 

Sebenarnya banyak lagi, tapi ikut musim big mission dijalankan. Sebelum ini ada kawan - kawan aku yang redeem Beg Frozen untuk anak dia. Alahai. Comey nya.

Nak ikut tips berjimat walaupun sikit (tak payah beli ubat gigi dengan pencuci pinggan mangkuk) macam aku, meh la join WOOP. Pendaftaran bukan kena bayar pun. Percuma. Tinggal buat survey dan buat big mission. 

Big mission tu macam mana pula? Susah ke?

Tak susah pun. Biasanya banyak melibatkan Facebook. Post mengenai mission yang sedang dijalankan di Facebook korang. Lepas tu screenshot. Siap. Point yang diberikan untuk big mission juga lebih banyak. Cepat boleh redeem barang. Jadi, nak sign up WOOP? 

Sign up di : http://www.woop.my/

Selamat berWOOP ! :)

Baca selengkapnya

Sunday, January 17, 2016

[Review] Dilwale : Ini Review Paling Ikhlas Aku Boleh Bagi

[Review] Dilwale : Ini Review Paling Ikhlas Aku Boleh Bagi | Bahahahaha. Tajuk tak menahan, ekekeke. Sebenarnya dah lama nak tengok movie Dilwale ni. Tapi hasrat asyik tersangkut kat jaring je. Masa mula-mula keluar kat wayang asyik extend nak tengok sebab sibuk nak balik bercuti. Balik KL pulak memang jenis tak keluar rumah. Balik Tawau pun tak tertengok sebab tak ade geng.

At last, dapat juga versi download. Download pun download lah. Janji nama dia Dilwale bukan Dil To Pagal Hai. Eh.


Okeh. Kita mulakan.

Pada aku, movie Dilwale ni ok lah. Not bad pada pandangan dan citarasa aku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab citarasa kita orang ni lain-lain kan? Kalau ramai kata sedap, kata best, ada juga segelintir yang kata biasa-biasa je. Ada yang kata tak best teruih ! Hamboi hang, tak bagi peluang cantas habis teruih.

Apa yang best mengenai Dilwale adalah lokasi penggambaran movie ni. Setiap scene, babak semua background cantik gila ! Serius, dah macam lukisan pun ada. Tapi aku tahu itu semua memang tempat real. Dah tengok trailer awal-awal kan? Tahulah :D. Ada orang kata scene lagu Gerua dekat air terjun tu cantik gila. Memang cantik gila pun. Overall pemilihan lokasi penggambaran memang tiptop ! Itu yang sekarang semua berlumba-lumba nak ke Iceland. Travel itinery traveller yang dah berjaya sampai ke Iceland pun ramai yang share dalam facebook. Oleh itu, untuk lokasi Hakak Sha bagi 5 bintang !

Lagu-lagu pun best. Sebelum tengok movie ni, ramai kawan-kawan aku terjangkit penyakit "Janam-janam jahanam" T_T. Dalam Whatsapp, dalam facebook. Dalam office pun sama ! Siap yang tukang nyanyi tu abe umur 30++. Eh. Best sangat ke cerita ni sampai semua orang mabuk kepayang doplohpatjam nyanyi bangun tido bukak lagu yang sama? Habis mengajar, masuk office, buka je pintu. Benda pertama yang aku dengar "Janam janam janam......". Hmm. Tapi, jawapan dia...ofkos lagu - lagu dia semua best. Kan aku dah cakap tadi. 

Tak pay attention lettew T_T

Kajol cantik gila weh. Entah apa yang dia makan, berseri-seri je lagi. Jeles aku. T_T. Serasanya Kajol ni lagi cantik sekarang berbanding masa dia muda. Masa muda cantik, tapi sekarang lagi cantik. Pengalaman mendewasakan nampaknya ye Kajol. Hiks :p. Itu yang orang cakap makin tua makin berisi.

Macam silap pula perumpamaan tu kan? Oh. Ini. Makin berusia makin cantik. Ini dah masuk geng-geng Che Ta, Ziana Zain ni. Makin berusia makin gorjes pula. Kalah anak dara. Siapa anak dara yang kalah keserian dia dengan depa angkat tangan ! Aku lettew. Baahahahaha :p

Tapi.

Ada juga yang tak best. 

Jalan cerita, wwalaupun cuba untuk membawa mesej kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga, ada juga certain mesej yang aku rasa sangat tak sesuai dipaparkan dalam movie ni. Masa Sidhu kena tangkap sebab mencuri accesories dan lampu kereta customer Veer / Raj. Boleh pula semua orang maafkan sebab kesian dengan Sidhu yang nak belanja awek dia. I mean, sebab katanya nak buktikan kasih sayang kena belanja semua tu. Yang mendengar pulak sebab kesian boleh terima je benda tu semua?

Mungkinlah sebab kasih sayang. Tapi pada aku, tak kisah nak dimaafkan tapi pastikan ada pengajaran untuk Sidhu tu. Risau betul mesej yang tak sampai tu ditranslate remaja. Demi cinta, apa pun sanggup buat. Family mesti maafkan. Adoi.. 

Lastly, pada aku, movie ni agak muak. Terlalu banyak nak jaga hati perasaan, cinta overload. Romantic overboard. Mungkin sebab aku pun bukan jenis romantic-cinta overload, jadi rasa meremang bulu roma pula bila Kaali senyum-senyum dengan Meera. Serasanya kalau pakai krim penanggal bulu 5 saat je dah luruh. Haha. Lagi satu mungkin sebab tengok versi download feel dia tak sampai ke jiwa. Muehehehe :p. Dan aku rasa yang datang tengok Dilwale ni sebab gandingan Kajol - Shah Rukh Khan je kan? Tak kan nak tengok Veer - Ishita pulak? HIks :p. Jangan marah ye die-hard-fan Dilwale. Apa aku nak cakap setelah aku habis tengok movie ni.

Taste kita tak sama. 
Dari 5 bintang, keseluruhan Hakak Sha boleh bagi 3.5 bintang je.
Minta maaf ye kawan-kawan Hakak Sha tak boleh join demam Dilwale korang.
Kalau orang lain boleh ulang tengok sampai 3 kali, cukuplah aku sekali je.
Paling ikhlas dah tu :D
Jangan marah haaaa...



Baca selengkapnya

Friday, January 15, 2016

Sertai Air Asia #GREEN24 Challenge & Menangi 24 Tiket Ke Mana-Mana Destinasi Pilihan

Hi. Air Asia kembali lagi dengan kempen terbaru untuk memberi pendidikan alam sekitar kepada warga Bumi umumnya dan warga Malaysia khasnya melalui Air Asia #GREEN24 Challenge. #GREEN24 merujuk kepada kempen ini yang akan diadakan selama 24 jam mulai 29 Januari 2016 (6 petang waktu Malaysia) sehingga 30 Januari 2016.

#GREEN24 adalah kempen yang dijalankan oleh Air Asia untuk memberi kesedaran tentang perubahan klimat (iklim) dan kesannya kepada kita. Perubahan iklim ini banyak memberi kesan kepada sesebuah negara dan juga penduduknya. Bayangkan sesebuah negara yang mengalami kemarau yang berpanjangan sehingga hasil tanaman semua mati, atau dilanda hujang musim tengkujuh yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan sehingga mengakibatkan banjir besar luar biasa. Itu semua kesan daripada perubahan klimat Bumi sehingga mengakibatkan ketidaktentuan cuaca yang luar biasa. 

Bagaimana pula jika anda hendak menyokong usaha Air Asia ini dan menyumbang kepada perubahan yang memberi impak positif kepada alam sekitar?

Air Asia #GREEN24 Challenge


Ikuti 5 langkah mudah ini:
Step 1:
Download the Registration Form via www.airasia.com/green24
Step 2:
Put on your green thinking cap and plan your activity for 29th or 30th January 2016
Step 3:
Complete the details in the Registration Form & email it to green24@airasia.com between 14th – 27th January 2016
Step 4:
Roll-up your sleeves and carry out your plan on 29th or 30th January. Don’t forget to share it on social media and use the official hashtag‪#‎GREEN24Challenge‬!
Step 5:
Submit a report (don’t worry, we’ll send you a simple template you can follow!) by 5th February 2016.

Dengan menyertai AirAsia ‪#‎GREEN24‬ Challenge, anda berpeluang untuk memenangi 24 Air Asia return flights ke mana-mana destinasi pilihan anda !*
* Mengikut terma & syarat

Apa tunggu lagi. Lets rool-up your sleeves and carry out our plan together ! :)


Baca selengkapnya

Wednesday, January 13, 2016

Kupang Masak Black Pepper Paling Mudah dan Sedap

Kupang Masak Black Pepper Paling Mudah dan Sedap ini aku masak malam tadi. Katanya untuk makan malam aka dinner. Dinner sorang-sorang ni, kalau masak lauk yang susah, rasa syahdu sangat. Tertanya-tanya dalam diri sendiri, bila aku nak dapat makan ni? Haha.

Jadi, aku selalu pilih untuk sediakan lauk yang simple dan boleh bertahan sehingga esok. Kenapa sampai nak bertahan ke esok? Apa rahsianya?

Hah. Sebab nak bawa bekal untuk lunch pulak ke pejabat esoknya ! Hehe. Langkah berjimat cermat kurangkan perbelanjaan makan. Nak-nak pula sekarang harga barang makin melambung-lambung macam Mail Lambung. Pandai naik tak pandai turun. Sesak nafas setiap kali bayar harga makan. Fuhhhhh T_T.

Jadi menu bekal aku untuk esok ini. Kupang masak black pepper. Nak buat dia senang je. Sebab aku ada guna ini..

Resepi kupang masak blackpepper paling mudah dan sedap

Seri-Aji perencah masak lada hitam.
Ini cara-cara orang ngelat nak tumbuk lada hitam. Hehe. Guna perencah ni senang gila. Tinggal nak bancuh dengan air je. Kacau-kacau, masuk dalam kuali. Siap. Dan tak perlu add-in garam lagi. Secukup rasa dah serbuk black pepper dia.

Tapi buat yang tak ada benda ni kat rumah, boleh je gantikan dengan segenggam lada hitam yang ditumbuk halus dan di tambah air.

Resepi kupang masak blackpepper paling mudah dan sedap

Dah siap. Senang je. Sayur pun tambah lobak merah & lobak putih. Yang penting ada sayur balance kan dengan kuah blackpepper yang panas tu. Wuwuwuwuwuwu. Siap masak nasi satu setengah pot terus semata-mata nak makan ni, hiks :p

Aku suka beli perencah segera macam ni sebab ia mudah, lazat dan cepat. Sesuai untuk orang pemalas tahap gaban macam aku, tapi nak juga masak. Tapi kalau balik rumah, jangan harap lah dapat buat gini. Silalah menumbuk lada hitam dalam lesung batu :D. 

RESEPI KUPANG MASAK BLACK PEPPER ALA GONJENG 

Bahan-bahan:-
1 labu bawang holland (1/2 potong kasar, 1/2 potong halus)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
Kupang siap dikopek
1 bungkus serbuk perencah lada hitam dikacau bersama 1/2 cawan air*

Cara masak:-
1) Panaskan minyak. Tumis bawang holland potong halus, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2) Masukkan lobak putih dan lobak merah. Masak sehingga lobak putih separuh masak.
3) Masukkan kupang. Kacau sehingga kupang mengeluarkan air. 
4) Masukkan serbuk perencah lada hitam. Lebih bagus gunakan lada hitam yang ditumbuk halus. Kalau nak kuah cair, lebihkan air. Begitu juga sebaliknya kalau nak kuah pekat. Kurangkan air. 
5) Setelah lobak putih dan kupang masak sepenuhnya, tutup api.
6) Sedia untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahim.

Senangkan? Hehe. Selamat mencuba !


Baca selengkapnya

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 | Hai. Ada lagi beberapa hari lagi sebelum Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan berlangsung pada 19 Januari 2016 ini. Dengar-dengar, kali ini ramai yang berjaya dipanggil untuk turut serta dalam peperiksaan online tersebut. Tahniah diucapkan sebab nak dipanggil ke peperiksaan pun agak sukar. Terlalu ramai yang memohon. Tahun lalu, 2015 pun tiada langsung pengambilan dibuat untuk Pegawai Tadbir Dilomatik M41 ini.

Sekiranya anda menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda dikatakan sebagai salah satu pegawai tertinggi kerajaan. Antara yang menarik minat seseorang untuk menjadi PTD adalah kerana Tangga gaji yang ditawarkan serta peluang kerjaya yang cerah. Dalam erti kata lain, mudah untuk naik pangkat. Wohooooo. Pendek kata, sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik anda akan menikmati masa depan yang cerah. InsyaAllah.

SYARAT LANTIKAN PTD M41


> Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
> Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
> Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
> Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
> Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
> Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
> Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BIDANG TUGAS  PTD M41

Antara soalan penting dan boleh dikatakan sangat lazim yang ditanya didalam Peperiksaan Online mahupun temuduga adalah tentang Bidang Tugas dan Tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir Diplomatik. Dan sememangnya soalan mengenai tugas dan jawatan yang dipohon sentiasa favourite, walaupun kita sedang ditemuduga untuk syarikat swasta.
Tetapi, secara ringkasnya, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 bertanggungjawab dalam 8 teras utama, iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Operasi
2. Pengurusan Kewangan
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara
4. Pengurusan Teknologi Maklumat
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial / Infrastruktur
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Perbandaran / Tanah / Daerah / Tempatan
6. Pengurusan Ekonomi
6. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri

TANGGA GAJI DAN ELAUN PTD M41


Gaji minimum sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 adalah sebanyak RM2,253.00. Ini sudah cukup banyak untuk fresh graduate. Gaji maksimum sebagai seorang PTD boleh menjangkau sehingga RM8,731.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00. Silap haribulan boleh menjangkau ke puluhan ribu tidak sampai beberapa tahun anda berkhidmat ! Wow. Ini semua belum lagi termasuk dengan elaun-elaun yang ditawarkan. Jadi, mahu atau tidak untuk lulus Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 19 Januari 2016 ini?

Antara elaun-elaun yang layak dinikmati seorang penjawat awam:-

Elaun:
- Imbuhan Tetap Perumaha (ITP)
- Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA)
- Bantuan Sara Hidup COLA
- Imbuhan Tetap Kerajaan
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama
- Bayaran Insentif Wilayah
- Bayaran Insentif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
- Bayaran Insentif Pakar
- Elaun Khidmat Luar Negara

Kemudahan:
- Kemudahan cuti
- Kemudahan Kuarters Kerajaan
- Rawatan perubatan
- Pinjaman Kewangan (Rumah - Masih menunggu kepastian BPA diswastakan atau tidak, kereta dan komputer)
- Subsidi menyertai kelab rekreasi
- Tambang mengunjungi wilayah asal
- Bayaran pakaian istiadat

Faedah persaraan:
- Rawatan perubatan
- Pencen
- Ganjaran Gantian Cuti Rehat (GCR)
- Ganjaran

Pendek kata, memang lumayan jika anda menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya. Ada yang tertanya-tanya kenapa masih juga gagal walaupun telah membuat persiapan dan mengenalpasti semua kriteria sebelum menduduki peperiksaan. Jawapannya adalah : ANDA TIDAK TAHU FORMAT SEBENAR !

Format untuk Peperiksaan Online berubah-rubah setiap tahun. Format soalan tahun 2014 tidak sama dengan Format tahun 2016. Jika anda meggunakan Format tahun 2014 untuk menjawab soalan Peperiksaan Online tahun 2016, anda akan mengalami kerugian besar! Anda tahu yang soalan tahun ini hanya mempunyai 2 Seksyen, iaitu Seksyen A dan Seksyen B sahaja? Bukan 3 seksyen seperti sebelum ini. Tak tahu? Risau?

PAKEJ RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Jangan risau. Anda boleh saja dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik dari Tim Infokerjaya ini. Tim Infokerjaya adalah komuniti bebas yang telah membantu ribuan calon untuk berjaya dalam temuduga kerajaan mulai tahun 2008 lagi.
Melalui Pakej Rujukan ini, anda akan mendapat:

Rujukan ini disusun untuk memberikan "Booster" kepada persediaan anda 19 Januari ini. Tak lama lagi. Anda perlukan sesuatu yang sangat komprehensif !

[+] Menjimatkan masa anda ! Pakej Rujukan ini akan membantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!
[+] Jelas format 2016 ! Jika anda menggunakan rujukan 2014 ke bawah, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Pakei Rujukan ini bantu anda faham format terkini!
[+] Bagaimana soalan ditanya ! Pakej Rujukan ini bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

Jadi, apa tunggu lagi. Anda mahu berjaya dalam dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik atau seorang penjawat awam atau tidak? Jawapannya ada di bawah.




Baca selengkapnya

Followers

Google+