SweetMuslimah.com

Thursday, December 29, 2016

Cashout Nuffnang Terakhir 2016

Cashout Nuffnang Terakhir 2016 | Hari ni dah 29 hari bulan rupanya. Cepat betul dah nak habis bulan Disember. Lagi cepat rasanya tahun 2016 ni menghampiri penghujung. 

Azam 2016 ni banyak tak tercapai lagi. Sadis jugak rasanya. Haha. Tapi azam untuk cashout Nuffnang ni setiap bulan ada. Duit punya pasal kan? Kihkihkih. Jadi, dah hujung-hujung bulan ni cashout Nuffnanglah, ape lagi.

Cashout Nuffnang Disember 2016

Tengok tahap keberanakan Nuffnang ni sedih pulak sekarang. CPUV ada jugak berderet, tapiiiiiiii........ hmm. Bulan ni kira lepaslah buat beli tayar kete sebijik. Jadilah nak. Ko pun update blog sebulan 5 kali je, ada hati nk suruh dia beranak pinak pulak?

Nak jadi blogger tegar katanya, tapi malas. Hampeh.

Cashout Nuffnang Disember 2016

Macam biasa, kalau nak cashout Nuffnang, better cashout hujung bulan tersebut disebabkan Nuffnang hanya akan proses permohonan cashout dalam masa 30 hari dari tarikh terakhir bulan tersebut. Kalau korang cashout pada 15 hb contohnya, Nuffnang hanya akan proses permohonan tersebut selepas 30 atau 31 hb dan masa untuk permohonan diproses sehingga cek dihantar ambil masa 30 hari dari tarikh tersebut.

Bayangkan berapa lama korang nk tunggu cek tu kalau cashout awal?

Cashout Nuffnang Disember 2016
Akaun Nuffnang dah kembali ke RM 0. Mari mulakan berkempen untuk naikkan amaun Nuffnang semula! ☔

Dah kenapa ada payung teduh hujan pulak? :D

Cashout Nuffnang Terakhir 2016
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+