Thursday, December 8, 2016

# review

Berbelanja dan Dapat Cashback dengan ShopBack!

Berbelanja dan Dapat Cashback dengan ShopBack! | Suka tak kalau kita berbelanja / online shopping kita boleh dapat pulangan tunai atau cashback hasil dari pembelian kita tadi. Shoppinglah apa benda pun, kita dapat cashback. Baik dari isian semula / topup handphone sampailah ke pembelian kosmetik dan pakaian! 

Kalau sebelum ini konsep cashback ini banyak digunakan untuk pembelian melibatkan kad kredit. Jika penggunaan kad kita mencapai sesuatu had, cashback akan diberikan semula ke dalam akaun kad kredit tersebut. Dan setakat aku pakai kad kredit sehingga ke hari ini, belum pernah lagi aku nikmati cashback! Nak buat macam mana kan kalau sebulan sekali je guna. Haha.

Tapi, kalau tak berpeluang untuk nikmati cashback kad kredit, jangan sedih kerana kita PASTI boleh menikmati cashback sekiranya menggunakan perkhidmatan ShopBack!

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

BERBELANJA MELALUI SHOPBACK

Beribu pejabat di Singapura, ShopBack juga mempunyai pejabat serantau yang beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan, ShopBack juga adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli-belah online di Asia Tenggara sejak September 2014.

Dengan pasukan khusus lebih dari 85 orang yang berpengalaman luas dalam industri e-dagang, ShopBack telah berjaya menonjolkan kehadirannya di lima rantau pasaran tersebut, dengan pelan untuk meluaskan kedudukannya di peta serantau di masa akan datang.

BAGAIMANA SHOPBACK MEMBERI GANJARAN KEPADA PEMBELI

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,


ShopBack menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak, baik pihak penjual (merchant) dan pembeli (customer) dengan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pembeli apabila mereka membeli-belah di lebih 1,000 stor online.

Apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman ShopBack, penjual online akan mendapat keuntungan hasil dari pembelian tersebut, dan akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian ShopBack pula akan berkongsi komisyen tersebut dengan pembeli yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.

DAFTAR SHOPBACK UNTUK NIKMATI CASHBACK!

LANGKAH 1: Pilih dari 500 online merchant yang disenaraikan di laman ShopBack

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Langkah pertama perlulah mendaftar akaun ShopBack. Boleh pilih untuk menggunakan akaun facebook atau email. Selepas pendaftaran akaun baru ShopBack berjaya kita dah boleh melayari laman ShopBack dan memilih merchant. 

ShopBack juga telah memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan merchant mengikut kepada beberapa kategori. Pembeli boleh memilih kategori seperti Fashion, Travel, Food & Beverage, Electronics, Lifestyle dan sebagainya. 

LANGKAH 2: REDIRECT KE LAMAN MERCHANT

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Selepas selesai memilih stor/merchant, klik "Shop Now" dan kita akan dihantar ke laman rasmi stor yang dipilih tadi. Di situ, kita hanya perlu membuat transaksi jual beli seperti biasa.

LANGKAH 3: DAPAT CASHBACK

Selepas pembayaran selesai di laman rasmi stor pilihan/merchant, kita akan dihantar kembali ke laman ShopBack. Satu popup akan terpapar untuk memberitahu transaksi kita berjaya. Cashback hasil pembelian tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack dalam masa beberapa hari. Setelah amaun yang terkumpul mencapai tahap boleh ditebus, cashback tersebut boleh ditebus dalam bentuk wang tunai dan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan kita.

DENGAN TOPUP PUN BOLEH DAPAT CASHBACK?

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Hah, pelanggan prabayar bolehlah dapatkan topup di ShopBack. Setiap kali kita tambah nilai, kita boleh dapat 12% cashback! Kumpul banyak-banyak, dapatkan tempahan atau tawar diri untuk beli topup untuk kawan-kawan atau keluarga. Cukup masa, dah boleh dapat wang tunai semula dimasukkan ke dalam akaun kita. Untungkan?

SUKA MELANCONG?


Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Musim cuti sekolah ni mesti banyak perancangan nak bercuti, melancong dengan keluarga dan kawan-kawan kan? Jom aku share tips power untuk bercuti, berjimat dan dapat cashback semula, all in one dengan ShopBack ni! Biasa kita tempah hotel menggunakan aplikasi seperti agoda / booking.com / Expedia / Hotels.com untuk dapatkan perbandingan harga hotel terbaik kan? Hah, kalau masuk dari laman ShopBack, kita boleh nikmati sehingga 9% cashback / pulangan tunai semula ke dalam akaun. 

Jimat sebab ada perbandingan harga bilik hotel, dapat pula pulangan tunai. 

Menarik tak?

Berbelanja dan Dapatkan CashBack dengan ShopBack!, ShopBack Malaysia,

Alami sendiri kemeriahan ShopBack di:
https://www.shopback.my/mobile-apps (download di telefon bimbit)




No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+