Nurul Shahira:

Tuesday, December 6, 2016

# Lifestyle

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?

Apa Yang Menarik di MAHA 2016? | Apa yang menarik di Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism 2016 (MAHA 2016) di MAEPS Serdang ni? Memang soalan ni bermain-main di fikiran aku sebab apa orang ramai suka nau pegi MAHA ni. Tetiap tahun buat, tak pernah tak jem jalan. Sentiasa jem. Tanya mak aku pun kata dia pernah je pergi. Tanya sepupu sepapat aku semuanya dah pernahlah jugak pergi. Aik. Tinggal aku sorang je ke yang sepanjang-panjang MAHA ni dibuat, dah beberapa tahun ni langsung tak pernah pergi? Ketinggalannnnn zaman! Kah!

Itu sebab semalam 'tercuti', terus ajak mak and adik aku pergi MAHA 2016 kat MAEPS Serdang nun. Dekat je dengan rumah aku, dalam setengah jam perjalanan je (plus jem). Sebelum ni aku tahu MAEPS ni depa guna buat tapak lokasi Konvokesyen Kolej Komuniti je. Haha. :D

So semalam yakin gila tak guna waze nak ke sini. Poyo sangat, sampai boleh tersesat masuk IOI Mall, kahhhhhhhh. Lepas tu pusing, tersalah masuk simpang ke Putrajaya pulak. Pusing lagi! Tersalah masuk highway bertentangan arah pulak! Hadoiiii. Pandai ke tak pandai drive + tengok Waze ni? 

Akhirnya baru berjaya jumpa jalan ke MAEPS. Kahhhhh. Memalukan untuk mengaku warga Kajang, tapi sesat kat Serdang. Boooo!

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Nak masuk cari parking kat dalam ni pun satu hal. Ingatkan datang weekdays ok, tak jugak. Jem jugak T_T. Lupa pulak sekarang dah start cuti sekolah. Patut mak pak eh ramai manjang bawak anak berjalan. 

Kawasan parking dalam MAEPS ni banyak dan besar. Ada yang dekat dengan lokasi MAHA, kira ko jalan sikit dalam 5 minit dah sampai. Ada yang agak jauh (macam kawasan parking yang aku park kereta semalam). Berjalan dalam 10 minit jugak. Boleh pilih mana nak parking ikut kesukaan ko. Ada certain kawasan parking diorang block if kawasan tu dah penuh (biasanya yang dekat-dekat dengan lokasi MAHA). Nasib badan. Itu yang dinasihatkan pakai selipar jamban je, atau kasut flat. Ko nak pakai heels boleh. Tak ada masalah. Dapat parking kawasan dekat dengan pintu masuk ok lagi. Kalau parking jauh? Menapaklah ko.

Baik ko patahkan tapak heels ko tu, hehehe.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Aku masuk dari pintu utama yang kawasan bas untuk ambil penumpang tu. If datang naik KTM turun kat Serdang, akan ada shuttle bas diantara KTM Serdang tu dan MAHA 2016 ni. Rasanya ramai jugak yang naik shuttle bas sebab barisan panjang. Tapi bas banyak dan masa beratur pun sekejap. Dunt worry.

Masuk-masuk je lepas bas nampak stall makanan dalam lori ni. Banyak jugak pilihan. Harga pun boleh 'tahan'. Biasalah event-event besar macam ni, harga agak mahal (pada aku lah). Tapi apa kisah, tetap jugak membeli belah, makan asalkan kenyang. Hehe.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Gulai kawah kambing. Pakej sekali dengan nasi putih. RM10.
Kambing empuk. Gulai kawah a bit tawar. Takpe dimaafkan. Sebab even tawar tapi sedap jugak makan dengan sambal belacan tu.

Banyak lagi stall kat sebelah sana tu. Memang banyak, kiranya korang tak payah risau kalau perut lapar. Banyak gila stall, tak payah berebut. Kerusi meja je kena berebut. Haha.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Dah kenyang lets goo memulakan pengembaraan.
Kawasan pertama adalah Castle of Fruit.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Masuk je rupanya ada chef tengah buat demo masak.
Tak kenal pun chef ni. Soriii, haha. So terus masuk je kelebet sayur and buah.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Tak banyak sangat pun pilihan sayur kat dalam ni T_T
Siap terdengar ada orang cakap banyak lagi sayur kat pasar malam! Haha. nasiblah.

Dalam ni mak beli jambu air dengan kobis je. Jauh menapak itu je mak beli? Ish ish.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Tak lama lepas tu bising 1 khemah. Menjerit kakak-kakak dalam ni. Abang-abang yang jaga booth pun tersengih. Sebab apa?

Rupanya Kak Lina PomPom datang lah!

Elly Mazlien datang, semua semangat datang depan pentas nak ambik gambar. Chef pun jadi extra semangat nak masak cokodok, haha :D. Kecik comel je Elly ni okay. Slim melim lagi. Suara pun lembut alahai. Aku yang dengar ni pun cair.

Hujung khemah nak menghala ke khemah nursery ada durian. Semerbak je bau durian dari mula-mula masuk. Ramai jugak yang ambik peluang makan durian dalam ni. Harga tak berapa sure, sila pastikan sendiri.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Taraaaaaa. Banyak gila anak pokok, baik dari pokok bunga ke pokok buah. Harga pun boleh tahan murah. Thats why aku nampak ada orang beli anak pokok ni banyak-banyak. Untung siapa yang rumah ada tanah nak tanam pokok. Beli anak pokok rambutan gula batu, takpun mangga harum manis. Peh. 

Tapi sayangnya rumah aku rumah taman. Tanah yang ada pun habis dah semua kena simen. Mak berkenan kat anak pokok petai. Puas aku bantai gelak, banyak-banyak pokok, petai jugak yang diberkenan? Hahaha :D. Ada banyak anak pokok, misai kucing, durian belanda, durian musang king, bunga macam-macam jenis bunga. Segala jenis anak pokok yang ko tak pernah jumpa pun ada kat sini. Rambang mata. Memang best kalau ada tanah kampung ni, boleh tanam macam-macam.

Tapi tak beli apa pun kat sini. Tanah takdok. Kalau tanam pokok petai dalam pasu agak-agak hidup tak petai tu? Hm.

Lepas tu kitorang sambung berjalan sekeliling gerai buah. Haaaa, buah kat sini banyak pilihan. Paling banyak gerai nenas MD2, rupanya sekarang memang MD2 femes eh? Lebih manis, kurang rasa pedih sebab mata nenas tajam tu dan lebih juicy. Seriously, kalau korang sama macam aku, first time datang MAHA, korang patut cari nenas MD2 ni. Aku dah telan. Manis gilaaaaa. Sedap! Dan makan banyak pun lidah tak pedih. Air nenas je tak sempat try.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Larat lagi nak berjalan?

Kita naik bahagian atas pulak. Nampak dewan bumbung biru tu? Haaa, kawasan tu pulak kita nak jelajah. Bahagian atas ada banyak lagi kawasan untuk diterjah, dan semestinya ada banyak lagi aktiviti boleh dibuat. Kan korang banyak berjalan kan? Sekali lagi diingatkan pakai kasut yang selesa, flat shoes kalau boleh. Dan bawa juga payung. Sometimes it could be scorching hot. Malaysia kan? Hehe.

Dewan A, iaitu dewan pertama yang korang akan jumpa di sebelah kiri. Dalam dewan ni ditempatkan booth pameran FAMA, Agro Bank (Penaja Utama) dan booth universiti dan agensi awam lain. Dalam ni jugak ada ruangan aktiviti untuk keluarga. Masa aku datang kebetulan ada honey bee baru nak keluar, tak sempat sampai pentas dah kena kerumun budak-budak nak ambik gambar. Nasib kau lah bee. Oh ye, tak cukup duit nak shopping kat atas ni ada ATM Agro Bank. 

Next dewan tak terjah. Terus masuk Dewan D. Sebab dalam ni ada Festival Makanan! Wahahahaha. Datang MAHA 2016 sebab nak makan je rupanya! Kahhhhhh.

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Apa Yang Menarik di MAHA 2016?, Aktiviti menarik di MAHA 2016, Lokasi MAHA 2016, MAHA 2016, MAHA 2016 MAEPS Serdang, Bayaran Masuk MAHA 2016

Ada banyak booth jual makanan dalam ni. Lebih selesa untuk family yang ramai sebab kerusi meja lebih banyak. Antara yang aku nampak ada kat bawah ni, Pau Cendawan Viral, Ana Ikan Patin, Char Kuey Tiaw. Banyak lagi tak sempat kelebet sampai hujung. Tapi sebab dah makan kat luar tadi, kat sini tak makan dah.

Overall, tujuan utama ke MAHA 2016 sebab nak berjalan dan cuci mata tengok MAHA je. Aktiviti lain selain dari yang aku cerita kat atas ni tak tercapai lagi. Nampak gaya macam kena ulang datang lagi ni, haha. 

Sebelum balik, kena bayar RM5/kereta untuk bayaran parking. Motor RM2/motor. Ko parking jauh, menapak jauh. Still kena bayar RM5. Sooooo, make sure ko cari tapak parking yang dekat dengan pintu masuk. Berbaloilah dengan bayar RM5 tu kan?

Apa pula yang menarik di MAHA 2016 pada korang?



No comments:

Post a Comment

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+