SweetMuslimah.com

Tuesday, November 15, 2016

Steak Sedap Tapi Fish Fillet Tertumpah Garam! | NY Steak Shack

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama | Ni cerita entah bila lagi, aku pun tak perasan sebab suka sangat peram cerita dalam blog. Kahkah. Tapi first time masuk tempat ni sebab nampak interior dia lawa. Masa ni kat One Utama baru lepas habis friendly game Bowling dengan geng Kelana Jaya. Lepas game tu, semua dapat 1 tapau Nasi Ambeng. Tapi bila lalu depan NY Steak Shack ni, gatal jugak nak masuk nak melabur duit! Pedulikan nasi ambeng, kita bawa awak balik rumah okay :D

Tagline kemain "Satisfy Your Cravings With Savings on Weekdays". Tak sure jimat sangat ke, hehe. Tapi hentam je, order. Tapi sebelum masuk tu, mata melilau carik orang pakai tudung. 

TAKDE. Hmm.

Datang waiter terus tanya. "Is this restaurant serving halal food?". Terkebil gak mata waiter tu nak menjawab halal tu. First time ke hapa orang tanya kedai dia halal ke ada non-halal dish? Haha.

NY Steak Shack ~ Steaks, Burgers & Shakes

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Apa lagi, jom lah masuk

NY Steak Shack ni katanya mengambil inspirasi dari common foods kat New York tu. Tu yang menu memang semua western. Tak dak aih jumpa nasi ambeng dalam ni. Or nasi lemak. Tapi kalau nak rasa pelbagai jenis burger style New York. Atau steak. Atau pasta. Meh la datang sini!

Jom tengok gambar buku menu!

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Burger pun depa letak atas kayu besar muka ni. Agak-agak hangin dengan member, apa lagi. Ko libas je dengan benda alah ni. 

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Aku pilih Mix Grill. Cam biasa ah, nak makan ayam, nak jugak daging. Nak jugak ikan. Ko hadaplah semuanya dalam 1 plate Mix Grill tu.

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Background belakang dinding dia urban sangat :D

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

"Untuk starter, kita mulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah...
Begitulah sehari dalam hidup kita. Mudah-mudahan diberkati Allah..."

Mushroom soup rasa mushroom soup lah. Tak kan rasa bubur kacang hitam pulak kan? Tapi yang pasti mushroom soup dia licin aku bedal. 

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Mix Grill RM27.45
Combination of grilled chicken, ribeye and fish fillet. Serve with choices of sauce and 2 side dishes. Side dishes tu ada banyak pilihan. Seingat aku ada lah dalam 5 ke 6 jenis. Ada coleslaw, mashed potato, kentang bakar, nasi, fries atau mix vege. Ko pilihlah nak jenis apa. 

Yang aku ni nak jugak side macam KFC. Coleslaw dengan mashed potato. Gasaklah. Tapi mashed potato tu sedap lagi KFC punya. Coleslaw sama je rasa. Jadi kesimpulannya ko nak makan mashed potato sedap, sila ke KFC saja. Atau kalau ko buat lagi sedap, sila hantar tester kat aku untuk disahkan kesedapannya, kahhhhh.

Sauce boleh pilih antara blackpaper sauce atau mushroom sauce. Dan boleh refill sampai doblas kali atau infinity. Selagi tak habis steak ko, ko mintaklah refill sampai fedap.

Tapi yang spoilnye menu aku hari tu, fish fillet tu masin gila. Memang kalau terlebih makan garam, masin boleh mendatangkan masalah kegilaan tau tak? Heh. Serius tertumpah garam ke hapa masa grill ni? Yang ribeye and chicken tu ok je sedap aku rasa. Sedang elok je.

Ke chef dia tengah darah manis? Hm.

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Kawan aku order chicken salad. 
Sedap gila katanya. Dan yang best, portion makanan besar gila! Kenyang yakmat. Syukur :)

Satisfy cravings di NY Steak Shack One Utama, Menu western di One Utama, Western Restaurant di One Utama

Kiranya NY Steak Shack ni boleh masuk dalam carta Jalan-Jalan Cari Makan aku lepas ni. Tempat pun cantik, design urban. Order pun laju. Agak-agak nak makan makanan western, boleh dipertimbangkan makan kat sini ye kawan-kawan.

Selain dari One Utama, NY Steak Shack juga mempunyai outlet di Mid Valley, Sunway Piramid, IOI City Putrajaya, Subang Parade dan AEON Mall Shah Alam. Nak stalk social media diorang dulu pun boleh. 


Jangan kata Kak Sha tak payung.... Bye!

Steak Sedap Tapi Fish Fillet Tertumpah Garam! | NY Steak Shack
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+