SweetMuslimah.com

Wednesday, October 5, 2016

Nestle Bliss RM1 dan Mee Tarik CIQ

Hi. Siapa suka telan air Nestle Bliss Yogurt angkat tangan kita sepp sebab kita satu geng! Yey. Haha. Selalu aku beli Bliss yang botol biru biasa tu je. Dan setahu aku botol biru tu je ada dalam market kut. Tapi alih-alih pagi tadi singgah 7-11 nak beli sarapan, adik cashier tu tunjuklah sebaris makanan yang dioffer RM1 untuk hari tu. Salah satunya air Nestle Bliss Go ni. Teruja aku beli Nestle Bliss RM1 je.

Tapi masa tu ada 2 perisa je, anggur dengan strawberi. Jadilah buat ganti sarapan air Milo aku.

Terus rembat 4 kotak! Kahkah. 


Muka eksaited bergambar dengan Nestle Bliss RM1.00
Silau pulak tak nampak jelas kotak Bliss tu. Edit lebih sangat ni, ish-ish T_T


Ni dia Nestle Bliss Go. Rasanya untuk budak-budak kot sebab packaging dia comey sangat.  Tapi bapak budak pun telan je tadi air ni. Minum Strawberry pulak tuuuu. :D 
Ada Inulin yang menggalakkan bakteria usus yang baik.
.
.
.
Patut ah hari ni lancar je. Hmm.

CIQ CHINA ISLAMIC CUISINE KAMPUNG MEDAN, PETALING JAYA, Restoran Cina Muslim Petaling Jaya

Lunch tu sorang je. Sedih sangat, tu yang melantak makanan pelik sikit. Selalu makan makanan Melayu je, Ikan bakaq lah. Makan sorang kita cuba makan Makanan Cina Muslim.

Dekat area Kampung Medan ni ada restoran Cina Muslim, CIQ China Islamic Cuisine. Sebelum ni pernah makan kat sini, tapi makan nasi. This time nak cuba mee tarik dia. Sebab katanya resepi asli masakan Cina tapi HALAL sebab owner Muslim. Dan aku tengok memang owner dia origin dari China. Dah kahwin dengan orang Malaysia atau memang dah berhijrah kat sini. Tak sure pulak.

CIQ CHINA ISLAMIC CUISINE KAMPUNG MEDAN, PETALING JAYA

CIQ CHINA ISLAMIC CUISINE KAMPUNG MEDAN, PETALING JAYA, Restoran Cina Muslim Petaling Jaya

CIQ ni ada sediakan air free. Rasanya air sirap, oren dengan teh O. Tapi hari ni special Air Lai Chee Kang. Harapan nak dapat kacang dalam Lai Chee Kang, aku pun order. tapi takdok kacang rangup tu T_T

Nasib sedap gak Lai Chee Kang ni. Kurang manis. Just nice!

CIQ CHINA ISLAMIC CUISINE KAMPUNG MEDAN, PETALING JAYA, Restoran Cina Muslim Petaling Jaya

Ni dia yang aku try tadi. Mee Xin Jiang Istimewa.

Mee tu mee tarik resepi owner, buat sendiri kat depan kedai tu. Masa aku tengah makan, ada orang order mee tarik jugak. Terus melempar-lempar brader kedai buat mee tarik. Tarik-tarik dan tarik memanjang. Dapatlah mee. Hehe.

Cara makan dia, campur je kuah Xin Jiang tu dengan mee. Gaul rata. Telan. Isi kuah Xin Jiang tu ada daging & sayur. Sedap tapi bila telan macam tu je masin sikit. Bila makan dengan mee just nice je rasa. 

Next time nak rasa dumpling pulak. Signature dish CIQ ni rasanya dumpling tu. Menu aku snap yang menu RARE je. Ikut tekak aku, boleh tahanlah rasa dia. Tekak korang tak tau lah :D. 

Yang buat aku tertarik nak try makan kat sini sebab owner dia memang asal dari China. Rasa pure masakan China tu memang bezalah dengan masakan Cina Muslim Malaysia. Kurang perisa, tapi tadi tertumpah garam kot? Haha. Menu lain yang melibatkan mee tarik belum aku try. Next time aku bagitahu ya!

Nestle Bliss RM1 dan Mee Tarik CIQ
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
October 11, 2016 at 10:06 AM

ms memula bli aritu tetiba rs pelik...awat masam sgt ni????

Reply
avatar
October 26, 2016 at 9:48 AM

Macam tak perasan pulak rasa masam tu, hehe. Sebab Sha memang suka rasa masam Bliss ni :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+