SweetMuslimah.com

Wednesday, September 21, 2016

Money Changer Murah di Sky Xchange Masjid India KL

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL | Kalau korang dah baca entry aku ni maknanya aku dah sampai Sapporo, weeehuuuuu. Hihi. Lama dah beli tiket Sapporo ni, promo murah dari abe Kenyalang Celup. Memang selalu pun abe KC tu buat promo. Mana yang tak follow lagi deras-deras pegi follow dia. Search je kat fb nama tu. Kompom jumpa. Okay.

Aku dapat return ticket RM430 sahaja! Air Asia X direct flight lah. Tak kisah ah, janji sampai, ye tak? :D Kematu punggung aku 8 jam tidoq je kerjanya nanti, haha :D. Dan sebelum terbang tu, baru semalam which is hari Isnin terkial-kial nak tukar duit Yen. Mahal betul conversion rate MYR dengan JPY ni. Mostly yang aku riki-riki semuanya RM40.70 untuk 1,000 Yen. Gila mahal. Menyesal tak tukar awal-awal. Padahal tiket beli awal sokmo T_T. So pencarian money changer yang menawarkan tukaran wang yang munasabah dan berbaloi dimulakan!. 

Selepas puas riki, terus ke Sky Xchange di Masjid India sebab buat masa tu hanya Sky Xchange yang boleh bagi RM40.35 for 1,000 Yen. Moh ler kita meredah jem sat. 

MONEY CHANGER SKY XCHANGE SDN BHD, JALAN MASJID INDIA

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL

Itu antara conversion rate semalam aku pergi. Dalam kata mata wang MYR jatuh, aku tengok ramai je Malaysian tukar duit asing. Nak melancong ah tu. Hm.. Semuanya pengejar tiket murah macam aku ke? 

Tak kut....

Aku tukar sikit je, memang taknak bawak banyak takut over-shopping. Tapi dah siap sedia aktifkan kad ATM Maybank untuk oversea facilities. Kut-kut tak cukup CASH kat sana nanti, aku zass je ATM card. Dalam ATM card tu pun aku letak amaun yang aku kira cukup untuk shopping and sightseeing. May the money worth every penny, ekekeke :D

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL

Lepas dah tukar duit, kitorang singgah makan Nasi Kandar Restoran ZK. Katanya Restoran ZK ni memang femes dengan nasi kandar. Siap viral lagi dalam Facebook. Eh, ye ke? Tak tahu pun? 

Tapi bila ditengok dengan panjangnya barisan orang nak makan tu, errrrr. Ye ah kut. Masa kitorang sampai ni belum pun masuk waktu makan tengahari. Lunch hour break belum mula bebeh. Dalam pukul 12.30 tengahari gitu. Pun dah beratur panjang. Ke orang KL ni semua jenis lunch awal 12.30? Hamboi.


Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL , Nasi Kandar Famous Restoran NZ KL

Periuk isi kari tauhu ikan tu besaq gila. Boleh masakkan kau sekali rasanya dalam tu.

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL , Nasi Kandar Famous Restoran NZ KL

Sebab yakin gila yang banyak berjalan kat Sapporo nanti, yakin sangat yang babat-babat aku surrender kekalahan sebab banyak berjalan aku bantai makan Nasi Kandaq! Kehkehkeh. Aku ambik kari tauhu, ikan goreng, kari sotong, sayur tauge dan telur ikan goreng 2 ketul. Amacam. Ko boleh celen aku punya keyakinan ni?

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL , Nasi Kandar Famous Restoran NZ KL


Bawang dan cili hijau potong dengan kicap.
Ulam lah tu kononnya.

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL , Nasi Kandar Famous Restoran NZ KL

Makan nasi kandaq regukan dengan sirap limau sejuk. Peh. Nikmat donia. Memang ketat perut aku, mengah nak berjalan balik kereta. Habislah, macam mana nak berjalan 5km esok-esok ni? Jangan kena seret atas jalan sudah. :D

Banyak makan tu, kena RM11. Mahal ke murah harga tu? Tolong jawab plisss. Aku ni makan nasi kandar 5 tahun sekali je.

Money Changer Murah di Sky Xchange Sdn. Bhd. Masjid India, KL , Nasi Kandar Famous Restoran NZ KL

Bagus iklan Cari Jodoh ni, Tempat strategik kat lokasi orang ramai makan. Tersembur keluar nasi aku nampak iklan ni. 

Umur Mestilah 18 Tahun Ke Atas Sehingga 88 Tahun.

88 Tahun tu. Bagilah can.


Money Changer Murah di Sky Xchange Masjid India KL
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
September 28, 2016 at 2:04 PM

Hahaha.. Iklan yg kat pokok tu x menahan..
Kemain lagi ye.. Tolong carikan jodoh dan menantu.. Sabar jelah..

Reply
avatar
October 5, 2016 at 4:15 PM

Yang tak menahan had umur tu 88 tahun!
Rare sangat, hehe :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+