SweetMuslimah.com

Friday, September 16, 2016

Masak Lemak Cili Padi Batang Benar

Masak Lemak Cili Padi Batang Benar Nilai Best dan Pelbagai Pilihan | Sambung lagi cerita ternak lemak Kak Sha. Rasa macam dah lama tak cerita makan-makan kan? Haha. Kali ni bukan kat area Petaling Jaya, tapi dekat kawasan Batang Benar, berdekatan dengan Nilai nun. Kalau dari arah Nilai, lepas Stesen KTM Batang Benar depan lagi sikit sampai selekoh. Deret gerai-gerai ni kat sebelah kiri. Kita makan masak lemak cili api meletop kebaboom! Exagerate nau aku, kahkahkah.
Yang suka masakan kampung rasanya confirm sukaaaa gila makan kat sini. Banyak pilihan masak lemak cili padi dan juga lauk lain. 

Sebelum ni ada beberapa kali jugak singgah makan, tapi tak terfikir nak cerita. Tapi rupanya tempat ni femes eh? Ramai jugak yang cari tempat nak makan masak lemak cili api Batang Benar / Nilai yang singgah sini. Aku je yang ingat tempat ni biasa-biasa je, haha :D

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Jom makan masak lemak cili api kat sini. Selain tu ada juga asam pedas rupanya. Sebelum ni aku pernah makan nasi ayam kampung salai kat warung sebelah hujung kiri tu. Tapi kebetulan hari yang aku pegi diorang tutup. Nasi ayam kampung salai tu pun best. 

Kedai yang aku nak makan ni tengah-tengah, gerai yang ada orang jual Nasi Ayam Kukus tu. Hilang lak signboard dia terbang angin kut. Kak please buat signboard baru sonang aku nak bagi direction kat orang lain. :D

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Sebelum ceduk lauk masak lemak, singgah dulu meja depan dia. Ada banyak lauk lain. Sambal belacan pun ada 2,3 jenis. Okayyyy, rambang mata. Aku dah lah pantang ada sambal belacan nanti makan bertambah 5 pinggan!

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Ada air sirap dengan sarsi percuma. Layan diri isi ais air sendiri ye. Tapi kalau takmo air sirap tu, boleh je order air lain. Yang penting ko bayooo :D

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Masak lemak pucuk ubi dengan ikan masin

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Lemak rebung

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai

Telur itik masak lemak cili padi.
Yang ni mabeles! Aku amik lauk ni.

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai, Ikan keli salai lemak cili padi Nilai sedap

Ikan keli salai lemak cili padi.
Pun mabeles. Aku amik lauk ikan keli salai as main course. Hahaha. Kemain main course.

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai, Ayam kampung salai lemak cili padi Nilai sedap

Ayam kampung salai masak lemak cili padi.

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai, Asam pedas ikan pari Nilai sedap

Asam podeh ikan pari pon ada.
Rasanya ada 1 je asam pedas hari tu. Iols tak rasa sebab memang nk makan lomak cili padi noghori sembilan.


Ketam lemak cili padi pun ada. Tapi sikit je buat sebab ketam kan quite pricey. Kang terketam ko kang kalau buat banyak-banyak. Kihkihkih :D

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai, Lemak cili padi ikan patin Nilai sedap

Masak lemak ikan patin.
Lauk patin ni sampai 2 periuk akak kedai ni masak. Banyak nau. Tapi ikan patin memang antara yang paling famous kat sini.

Kedai masak lemak cili padi sedap dan murah di Nilai, Siput sedut masak lemak cili padi keladi Nilai sedap

Last sekali, siput sedut masak lemak cili padi keladi. Oleh sebab siput sedut ni my all time feberet, semangkuk aku amik buat ratah-ratah gitu je. Nampak tak betapa nafsu dinosaurnya aku makan. Sampai 3 jenis lauk lemak cili padi aku bedal. Hihi. Sebut pasal siput sedut ni, dulu masa zaman sekolah menengah aku ada sekali tido rumah kawan aku. Aku dengan seorang lagi kawan, kitorang berdua tumpang tido suka-suka kononnya nak eratkan ukhuwah. :D

Sekali malam tu parents kawan aku hidangkan lauk siput sedut kat kitorang. Hati dah melonjak nak makan tapi terkebil-kebil bijik mata aku tengok. Nak makan, tapi nak sedutnya maluuuuuuu. Slow je aku sedut siput tu, tak terkeluar okeh. Tengah malam teringat-ingat, tunggu parents dia dah masuk tido baru kitorang kerjakan siput tu. Selesai.

Tapi itu cerita 10 tahun lepas. SEKARANG? Aih, peduli apa aku kat sebelah ada orang. Yang penting menyiput. Kahhhhhhhh.Yang suka lauk masakan kampung, masak lemak cili padi bolehlah datang sini try. InsyaAllah tak sesat nak datang, harga pun okay. Berpatutan. 

Nanti kita sambung lagi cerita ternak lemak. Bye!



Masak Lemak Cili Padi Batang Benar
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
September 18, 2016 at 1:35 PM

Sedap semuanya... Nyum...nyum....

Reply
avatar
September 18, 2016 at 1:54 PM

Wah.. Bestnya.. Akan dijadikan deatinasi pilihan.. Tq for sharing..

Reply
avatar
September 18, 2016 at 7:41 PM

sedapnya lauk pauk macam ni T_T mencabar betoi tengok gambo macam ni time dalam pantang . hahaha

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:13 PM

Sedap MF. Tu yang asyik repeat datang sini, hehe :D

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:14 PM

Datang Sha, jangan tak datang. Recommended! :)

Reply
avatar
October 5, 2016 at 12:14 PM

Alamak, harap bertabah ye, hehe :)
Takpe, habis pantang nanti boleh try :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+