SweetMuslimah.com

Monday, September 19, 2016

Beli Mekap dan Bayar CASH di Hermo Menggunakan MOLPay!

Online Shopping Lebih Mudah Dengan MOLPay  | Hi. Dah tengah bulan sekarang ni masih nak shopping online? Kalau ada, kita geng, weehhuuuu, hehe :D. Aku suka je shopping dalam talian ni (online shopping) sebab tak renyah, tak payah tempuh jem segala. Jimat duit minyak, tol semua kan? Tapi ada limitation jugak, biasanya kat baju sebab selalu sangat dapat yang tak fit to size sebab main agak-agak je ikut carta baju. But, untuk barang mekap, YES aku suka beli banyak-banyak, sebab selalu bila beli online ni ada je promo, diskaun bagai. Mekap dari Korea? Jepun? Taiwan? Hoiiii, mestilah weh dengan Hermo Malaysia. Nak-nak lagi sekarang ni aku dah discover cara lain nak bayar online shopping dengan MOLPay CASH. CASH tanpa perlu guna kad kredit/debit.

Tapi sebelum tu jom shopping dalam Hermo dulu. Banyak gila promo, sampai tangan aku menggigil nak pilih toooooo many yang best-best. Sampai terlajak balik lambat semata-mata nak pilih barang mekap. Haha.

BERBELANJA DI HERMO MALAYSIA. GIGIL WEH PILIH.

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Hermo [Klik sini kalau nak shopping] menyediakan pilihan barangan kosmetik, mekap, barangan kebersihan diri dan banyak lagi, semuanya dari Korea, Jepun dan Taiwan. Kiranya beauty conscious yang suka barangan dari Korea/Jepun/Taiwan dah tak perlu nak kirim-kirim dengan member kalau nak beli. Boleh dapatkan terus dari Hermo dengan harga yang menarik!

Jom aku share antara yang best di Hermo sekarang. Banyak promo dan berbeza-beza setiap hari. Rajin-rajin buka Hermo kalau nak grab favourite item kita :)

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Suka Innisfree? 

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Nah, banyak lagi barang Innisfree. Boleh fefeling jadi Yoona, muehehehe :D. Klik link Hermo yang warna purple tu kalau nak shopping kat Hermo. Sebelum tu baca doa banyak-banyak, sebab confirm terjebak macam aku ni. Rasanya macam pilih sikit je, sekali bila dah sampai. Ambik kauuuuu, banyak rupanya. 

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Cheq tak sedar, hihi.

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Turn Beauty In A Click!

What I got for myself adalah:
Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

P/s: Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask 100ml tu aku dapat beli dengan harga RM0.99 sahaja! Gila kentang tak? Hahaha. 

NAK BELI ONLINE TAPI TIADA KAD KREDIT/DEBIT?

Ada yang dah terjebak sama macam aku, tapi bila checkout konfius dengan cara pembayaran MOLPay CASH. Nak pilih MOLPay sebab tiada kad kredit/debit. Macam aku duit takde dalam akaun transfer tu. Semua dah habis masuk dalam akaun lain. Tak kosser nak keluarkan. Jadi aku bayar Hermo ni guna MOLPay kat area rumah. Ada 3 bijik 7-Eleven. Tetiap hari aku datang beli Slurpee. Customer tetap kut. Jadi aku prefer MOLPay CASH lagi berbanding guna transaksi online.

Sini aku share cara mudah nak bayar hasil shopping di Hermo dengan MOLPay CASH.

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

1) Dah habis pilih barang > checkout. Keluar macam NOMBOR 1 tu, klik PAY ONLINE.
2) Pilih Payment Method. Pilih Manual Transfer macam kotak NOMBOR 2.
3) Tekan Payment Option (Kotak Warna Purple).
4) Pilih 7-Eleven sebagai cara pembayaran.
5) Ambik gambar / salin details transaksi (ID Transaksi, Kod Verifikasi & Amaun yang perlu dibayar) menggunakan handphone canggih korang.
Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit
6) Dah, pergi mana-mana 7-Eleven, kata nak bayar MOLPay.
7) Dah bayar, cashier akan bagi 2 resit. Satu resit MOLPay dan satu resit 7-Eleven. Bukti pembayaranlah kaedahnya tu. 
7) Settle.
8) Ko tunggu parcel sampai dalam masa 2-3 hari bekerja. 

MOLPay CASH ni boleh dipercayai ke?
Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Boleh sayang. Kak Sha dah try pun. Dah sampai pun parcel aku kat rumah tu. Hari ni dah selamat lenjan pakai bawa pegi kerja :). 

Apa tu MOLPay CASH?

MOLPay CASH salah satu cara pembayaran secara tunai kepada pembeli apabila mereka membeli barangan didalam talian. MOLPay CASH ini adalah kerjasama antara MOLPay dan 7-Eleven untuk membawa cara pembayaran baru ini kepada pengguna. 

Maksud yang lebih mudah adalah, kita beli barangan secara dalam talian (online), dan bayar secara tunai (MOLPay) di mana-mana rangkaian 7-Eleven Malaysia. Pada aku, MOLPay ini sangat memudahkan pengguna yang tiada kad debit/kredit untuk membuat transaksi online. 

Ataupun jenis-jenis manusia seperti aku yang bila sampai hari gaji je terus transfer semua duit masuk akaun lain dan tinggal sikit je dalam akaun utama untuk belanja seharian. Nak jaga had perbelanjaan punya pasal kan. Hihi. Tapi nak bayar online shopping tu satu kerja pulak nak keluarkan duit dari akaun lain dan masukkan dalam akaun bayar. Banyak kerja pulak. Haish T_T

Ada CASH Semua Boleh Beli di Hermo Dengan MOLPay!, Kaedah Pembayaran Tanpa Menggunakan Kad Kredit/Debit

Tuuuu, nampak kat monitor 7-Eleven ada simbol MOLPay CASH?

Berita baik untuk korang, Kak Sha nak bagi voucher RM5 khas untuk pembaca blog ni. Tak baca tak dapekkkk. Sebelum checkout, masukkan kod voucher HMOLPAYCASH05 untuk dapatkan diskaun RM5 dari keseluruhan amaun (dengan syarat pembelian melebihi RM60). Voucher ni valid sehingga 31/12/2016 sahaja!

MOLPay CASH 
Convenient, Easy, Quick, Hassle Free Payment Method

Maklumat lanjut, layari:
Laman web MOLPAY : http://www.molpay.com/v3/cash
Laman web Hermo : http://www.hermo.com.my
Instagram : hermomy


Beli Mekap dan Bayar CASH di Hermo Menggunakan MOLPay!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
September 19, 2016 at 12:30 PM

Menarikkk ! 7e pun ada depan ni je haih rajin lah I menyopping nanti. Hahah !

Reply
avatar
September 23, 2016 at 4:43 AM

Jaga-jaga Nani nanti terjebak tarus tiada erti penyesalan dah, hihi :D

Reply
avatar
September 23, 2016 at 4:44 AM

Hehe, cuba jgn x cuba. Voucher Diskaun tu jgn lupa tau! :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+