SweetMuslimah.com

Thursday, August 25, 2016

Umai

Tahun lepas before roommate Tawau aku kahwin kitorang 4 sekawan buat short trip ke Kuching. Memang short trip sangat sebab tak rancang. Tiba-tiba duduk berempat dalam ofis, kata nak cuti. 

Eh, lepas tu kebetulan Isnin ada cuti ganti. 4 orang sekali tu pulak ada cuti. Apa lagi. Terus discuss mana nak pergi. cari yang dekat-dekatlah. Takmo yang dalam Sabah, terkeluar Kuching. Walaupun kena beli 2 connecting flight, apa ada kes. Petang tu terus book flight. Haha.

Lepas tu pun ada juga buat short vacay gini. 4 orang jugak. Tapi yang tu kitorang pergi Lahad Datu je sebab belum gaji. Sengkek tapi nak berjalan jugak. Jadilah drive 4 jam nak sampai ke Felda Residence Sahabat Lahad Datu tu. 

Tapi today bukan nak cerita pasal short vacay tu. Terlintas tadi kat wall aku artikel pasal Restoran Borneo kat semenanjung ni, walaweh. Eksaitedddddd. Terus teringat UMAI!! Sedapnya weh makan masa kat Kuching hari tu. 3 hari 2 malam, setiap hari mentekedarah umai okay. Ko mampu? Hihihi.

*meleleh air liur*

sumber gambar: www.huntersfood.com

Pinjam gambar sat dari foodhunter. Dalam artikel tu takde gambar umai tapi ada gambar mee kolok. Weyyyyyyyy, tu pun sedap jugaklah. Adoi, memanglah sengaja artikel tu berlegar-legar kat wall aku, sengaja memanggil untuk menerjah Jalan-Jalan Cari Makan ni. 

Masa pegi Kuching hari tu, memang kitorang dah set nak try semua sarawak cuisine yang tercapai dek tangan. Dengan itinerary yang padat (sendiri rancang, sapa suruh T_T), dapat jugak menyelit makan-makan. Haha.

Oh. baru teringat. Entry Kuching tak buat-buat lagi. Dah jadi pekasam dalam hard disk! Mbahahahaha :D

Hari first lunch kat hotel jumpa mee kolok. Apa lagi. Sebat sampai 2 mangkuk okay. Tapi masa tu mee kolok dia kureng sikit, tak berapa sedap. Tapi tetap sebat 2 kali. Ekekeke. Lepas tu keluar berjalan sampai ke Serikin, jumpa lagi dan lagi. 

Lunch hari pertama lagi dah jumpa umai. Terus sampai hari last pun makan umai ratah gitu. Sedap ah. Serupa je pun umai ni dengan kerabu. Tapi sebab jarang makan raw fish, ginilah bila dapat makan, lepas tu bila makan rasa terer gila, hahaha. Dan paling terkejut masa tu. Ehhhhhhh, sedap gila okay umai ni. Masa mula-mula nak makan takut-takut. Sekali sedap. Pandai akak tu buat :D

Satu je yang ralat sikit sebelum balik hari tu. Tak sempat nak makan ayam pansuh. Padahal aku dah list menu and dining kat mana nak makan. Tak sompekk T_T. Lagipun nak ke restoren femes ayam pansuh tu kena seberang sungai naik bot tambang tu. Never again nak naik. Mabuk terus aku atas tu, trauma sekejap naik bot, tapi bot takde dinding. Aku tak pandai berenang weh! 

Kira dah naik 2 kali cukup ah. Dah tau rasa naik bot penambang. Lepas tu lagi rela naik jambatan, jauh pun jauhlah. Iols cuak T_T

Tapi restoren Borneo kat Klang ni ada menu ayam pansuh. Hmmm. Adakah aku akan ke situ nanti? Nah artikel tu dulu : http://borneodihati.com/kategori/4-buah-restoran-borneo-yang-baru-di-kuala-lumpur-dan-selangor

Nanti aku fikirkan. Bye!



Umai
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

1 comments:

Tulis comments
avatar
August 26, 2016 at 2:14 PM

dari dulu tingin nk rs smpi laa ni x dpt2 hahahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+