SweetMuslimah.com

Monday, August 22, 2016

Jom Lunch di Murni Discovery SS2 PJ

Tempat makan best di Petaling Jaya | Apa Ada Untuk Lunch di Murni Discovery SS2 Petaling Jaya? Ye, macam-macam soalan yang keluar dari mulut aku bila diorang kata nak lunch kat Murni Discovery SS2 PJ ni. Kat mana Murni Discovery tu? Best ke? Kepochi sangat, haha. Dulu-dulu masa baru kerja terus kena hantar kat Tawau. Tak sempat nak merasa nikmat jam gila and JJCM area KL ni. Dah tua-tua sikit ni baru merasa. Jadilah. Ahaks :D

Dari ofis aku ke Murni Discovery SS2 ni ambik masa dalam 15 minit je. Dekat sangat sebenarnya. Tu yang ramai jeles sebab tetiba pindah kolej yang jadi center to alllllll delicious food! Kejap-kejap update dalam Instagram makan kat sini. Makan kat sinun. Tapi nak hupdatenya dalam blog MALAS. Haih. Bulat-bulat (aku le tu T_T). Makan rajin. Kerja malas.

Dah le tu. Sekarang bulat dah rajin update. Oleh itu, Jom masuk menternak lemak kat sini. Hoyeah :D

RESTORAN MURNI DISCOVERY SS2 PJ

Selain dari SS2 Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery juga mempunyai 6 outlet lain, antaranya di Aman Suria, USJ, Sunway Mentari, Kepong, Bukit Jalil, Bandar Sri Permaisuri Cheras dan Shah Alam. Dan rupanya Murni Discovery ni femes jugak. Baru cheq tau. Ekekekeke.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Parking kawasan SS2 ni hazab bedah betul. Jalan kecik, tapi orang ramai. Ada sekali tu, aku pegi tukar kad ATM Ambank kat area dekat-dekat sini nak cari parking. Ya Rabbi. Panas mendidih hati aku. Lepas tu pulak lupa nak bayar parking. Dah jatuh tergolek-golek masuk longkang pulak rasanya. Huhuhu. Mendapat kompaun RM100 MBPJ. Padan muka aku T_T. But fret not, sebab lepas tu MBPJ bagi diskaun 70%. Hehe.

Tapi masa kami sampai ni rezeki sungguh. Dapat parking betul-betul depan kedai. Sayang lemak nau nak menapak jauh-jauh. Hiks :D. Oh ye. Jangan lupa bayar parking dulu. Murah je bayaran parking sini. RM0.50/jam. Toksah ketegaq sangat tak mau bayaq. Bayar 2 jam sudah. Ko makan mengira nasi sebutir-sebutir ke nak makan lebih dari 2 jam?

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Bismillah.
Buku menu pun dah besar A3. Hmmm.

Apa yang best sangat kat sini?

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

One thing for sure, Murni Discovery ni banyak gila pilihan makanan. Selain dari Malay food, ada juga pilihan makanan Chinese, Indian, Western dan Italian cuisine. Nak snap banyak-banyak tak mampu hakak dik non. Tu ada beberapa keping menu sekali dengan harga. Mohon besarkan kalau tak jelas, haha :D

Aku paling tertarik nak cuba air dia dulu. Berwarna warni kau. Siap ada set FIFA. Cewah.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

LUNCH SET RESTORAN MURNI DISCOVER

Bagi aku, kalau restoran tu ada menu western food, dan the food sedap. So everything consider sedap! Haha. Bantai lah. Dari dulu lagi perangai gitu. Tu yang first time masuk sini terus order western food. 

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Sizzling Mixed Grilled. RM26.50.
Kawan cheq punya. Cheq punya ada kat bawah ni.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Ni dia. Mixed Grilled. RM21.20.
Kalau ambik mixed grilled ni, dia ada kombinasi chicken chop, beef steak & lamb chop yang digrill dihidang bersama salad, kentang goreng dan blackpaper sauce. Yang Sizzling Mixed Grilled tu sama je macam aku punya, cuma dia dimasak dalam blackpaper sauce ala-ala sizzling. 

Portion makanan dia. Besar sangat! Pinggan tu besar gila okay. Terkejut aku. Dah lah masing-masing bukan main order sendiri-sendiri. Jenuh jugak nak habiskan. Komen untuk hari tu punya Mixed Grilled:
Blackpaper sauce : Sedap! Aku mintak refill 3 kali. Haha.
Chicken Chop : Best.
Lamb Chop : Agak kering and keras sikit. Tapi masih boleh digigit even gigi ko lemah. Dunt worry.
Beef Steak : Okay.

Kalau datang masa lunch in between 12.30 to 2 pm tu, memang orang agak ramai. So jangkaan dapat makanan tu dalam 15 minutes gitu. Takdelah lama sangat kan? Bila makanan dah sampai, baru air sampai. Aku fefeling kanak-kanak ribena of course order ribena. Hihi :D

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Ribena Special saiz L. Tak menahan amik saiz besar. Dah mintak saiz besar, sampai saiz gelas pun besaq punya. Kalau korang kelebet balik buku menu tu, ada air nama "Kiss Me Baby". Wow. Cemana nak order tu eh? Haha.

Waiter : "Order air"
Cust : "Kiss Me Baby One More Time............"
.
.
.
Pengsan.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Orang depan order Chicken Chop dengan Traffic Light Special. Lupa tanya rasa air Traffic Light tu. Tapi cam sedap je sebab air habis licin.


Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Murni Discovery SS2

Nah belanja secubit Chicken Chop. :D
Apa yang best Chicken Chop ni dia guna telur untuk salut daging. Tak sure ada guna tepung sekali ke tak, kalau ada pun maybe batter dia cair sebab salutan tu sangat nipis. Which aku sukalah. Sebab dapat gambaran daging besar pinggan, bila kau kuis dengan garpu pun besar tu jugak. Kalau tak salut tepung je dah 2 inci. Isi daging dia kecut je. Hampa okay.

Untuk harga RM21.20 yang aku bayar, rasanya setimpal dengan apa yang aku dapat. Puas hati lah sebab balik tu siap tertidur dalam kereta kekenyangan :D. Tapi next time datang lagi rasanya 1 dish ni boleh share 2 orang. So that takdelah rasa perut over buncit bila dah habis makan. Mbahahahahahaha. Larikkkk.

More info(s) about Murni Discovery:

Okay. Habis sesi menternak lemak hari ni. Jumpa lagi :)

Jom Lunch di Murni Discovery SS2 PJ
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
August 24, 2016 at 1:07 PM

Ena masa zaman asasi UIAM kat depan Jaya One tu, selalu makan kat sini waktu weekends. Sedap-sedap makanannya. Rindu dah.. sobsss!

Reply
avatar
August 24, 2016 at 1:37 PM

sy penah pegi kt branch dia kt USJ taipan..ada up jg dlm blog ;-)

Reply
avatar
August 24, 2016 at 2:07 PM

Ok...nsk ternak lemak kat sini jugak laaa

Reply
avatar
August 24, 2016 at 4:25 PM

Alolo. Now Murni Discovery ada 7 outlet. Mana satu ada yg dekat dengan rumah boleh pegi :)

Reply
avatar
August 24, 2016 at 4:27 PM

Yang branch lain tak pernah sampai lagi. Sat g Sha terjah yg dlm blog dulu :)

Reply
avatar
August 24, 2016 at 4:28 PM

Kalau ternak lemak kat sini jangan lupa ajak Sha. Nak ikut gakk, hehe :)

Reply
avatar
August 25, 2016 at 2:58 PM

Nama air tu tak menahan.. Hahahaha..
Kiss me baby ye..

Reply
avatar
October 5, 2016 at 10:55 AM

Itulah, nak tergelak baca nama air dia. Hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+