SweetMuslimah.com

Sunday, August 7, 2016

Seharian di Imigresen Putrajaya

Puas betul rasanya bersimpuh dah menganga nak buat pasport di Imegresen Putrajaya Jumaat lepas. Dah bermacam-macam aksi yang aku buat sementara nak menunggukan nombor giliran dipanggil. Nombor yang aku dapat (ehem, sebenarnya kawan yang datang awal tolong ambilkan) walaupun diambil seawal jam 7.30 pagi pun dah mencecah beratus! Kenapalah begini pula jadinya bila hendak membuat pasport baru ye?

Tak tahulah siapa yang mula-mula sekali yang sebarkan berita palsu yang mengatakan pasport mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Jahat betul tangannya tu! Mahu digigit-gigit saja tangannya tu rasanya! Baru tahu erti penyesalan menyusahkan orang lain dengan menyebarkan sentimen gabra biawak kepada rakyat Malaysia ni. Padahal tempoh masa untuk dapat pasport tidak ambil masa 6 bulan pun. Seminggu pun tidak. Sehari dah siap pun! 

Masa mula-mula baca rakyat Malaysia serbu Imigresen untuk buat / renew pasport, aku macam rasa "Hai yang korang berebut tu buat ape? Rileklah. Esok-esok baru buat". Takpun selalu fikir dalam hati "Nanti esok lusa minggu depan ok lah tu"

Tak terfikir pun nak join the crowd sama-sama buat pasport. No. Tapi.

Baru-baru ini terbeli tiket ke Sapporo. Dan tarikh penerbangan pada bulan hadapan. Dan sebelum terbang, perlu pula membuat permohonan ke luar negara, dan biasanya permohonan tersebut mengambil masa yang lama untuk diluluskan. Dalam borang permohonan tersebut perlu pula dinyatakan nombor pasport. Nak buat leklu leklu, tapi terbaca dalam surat khabar yang katanya masalah pasport ni akan selesai dalam masa 6 bulan ini. Gulp. Matilah nak tunggu 6 bulan. Fly bulan depan kut. Ya Rabbi, memang takdir aku nak rasa menyempit dalam crowd ni semua ye? Hahaha :D

Jadi, hari Khamis sebelum tu percubaan pertama kami untuk buat pasport antarabangsa. Kalau pasport biru aku boleh digunakan, bestnyaaaaaaa. Tapi tidak ye.

Imigresen Selangor pertama yang kami jejak adalah Imigresen Shah Alam. Sampai-sampai disambut dengan manusia yang maha ramai. Sebijik macam duduk dalam tin sardin. Ingat sampai dalam pukul 10 pagi dah dikira awal. No lah adik-adik. Pukul 10 pagi its too late. Nombor dah habis! Rupanya di situ hanya memperuntukkan 300 nombor. Dan ada 300 lebih manusia disitu. Hampa.

Terus berlari dipersisiran lebuhraya ke Imigresen Putrajaya. Mungkin disana ada harapan untuk manusia yang dijalan kelam seperti kami.

Sebelum tu sempat juga tengok fb. Rupanya kan.....

Manusia - manusia ni dah ada yang tunggu beratur seawal jam 3 pagi di pintu Imigresen semata-mata nak tunggu nombor giliran. Ya ampunnnn. Pukul 3 pagi tu. Yang kami ni melenggang kangkung datang pukul 10 pagi. Ko ghaser?


Buat pasport baru antarabangsa di Imigresen Putrajaya
Welcome to Putrajaya Immigration

Tengok pula wall Imigresen Selangor yang lain. Kelana Jaya (mula-mula nak ke sini tapi tersesat sampai ke Shah Alam, haha. Ini semua SALAH waze!), UTC Pudu, Kajang, Banting pun alami masalah yang sama. Nombor giliran dicatu, sedangkan manusia entah tetiba muncul beramai-ramai nak buat pasport. Its a disaster!

Jadi hari Jumaat tu aku ambil cuti semata-mata nak buat pasport. Keluar rumah pukul 7.30 pagi ke Imigresen Kajang. Maybe semalam je havoc, today okay sikit kut. 

Tapi kesudahannya sama je T_T. Nombor giliran dah habis di Kajang. Aku nasihatkan sesiapa yang nak ke Imigresen dalam Selangor / KL datang seawal yang boleh kalau nak rebut nombor. Sebab nombor memang sikit, biasanya dalam lingkungan 100 je. Jadi orang ke 101? Selamat tinggal!

Alhamdulillah, kawan yang datang awal ke Putrajaya tolong ambilkan aku 1 nombor giliran. Itupun dia beratur seawal jam 7 pagi. Dapatlah aku nombor giliran 1426. Nombor bermula dari 1000. Dan nombor tu diambil pada jam 7 pagi. Duduklah aku menunggu melagho dari pagi santak ke pukul 6 petang. 


Buat pasport baru antarabangsa di Imigresen Putrajaya
Ni gambar pukul berapa entah. Sebenarnya nk fokus nombor kut. 500 lebih.

Penat weh tunggu lama macam tu. Nak balik rumah nanti dah malas nak datang balik. Nak keluar risau nombor terlajak. Borak dengan orang sebelah, dapat nombor 1100, sebab datang beratur pukul 5 pagi! Kita ni rasa penat menunggu kan? Bayangkan orang yang duduk kat dalam tu buat kerja tak berhenti dari pagi sampai petang. Cakap benda yang sama untuk 500 orang.

"Ok duduk, ambik gambar"
"Tegakkan badan"
"Sign sini"
"Ibu jari tangan"
"Ibu jari kiri"
Blablablabla

Elok-elok dari pagi senyum seindah suria. Sampai tang aku dah petang dalam pukul 4.45 macam tu, dah macam robot diorang bercakap. Kesian. Kalau akulah yang kerja kat dalam tu, mau aku jadi singa kut marah orang yang tak reti arahan dalam tu. Ye ah, dah kata tunggu nombor dipanggil, nak jugak beratur buat penuh barisan hadapan kaunter tu. Tak dengar cakap lagi? Sini aku offkan sistem!

Sebab tu Allah tak takdirkan aku jadi Pegawai Imigresen. Tak menyabar langsung! Kahkahkah. 

Korang kalau tak ada keperluan yang mustahak untuk renew / buat baru pasport, toksahlah nak menyibuk kat Imigresen sana tu. InsyaAllah bila keadaan dah kembali pulih dan kita boleh buat pasport 1 jam dah siap, hah masa tu korang berbondong-bondonglah pegi. 

Tapi kalau nak juga rasa meriahnya di hari raya dalam Imigresen tu, sila datang awal seawal 6 pagi! Kehkehkeh. Kalau boleh terus ke Putrajaya. Rasanya masa tu peluang korang masih cerah, hehehe.

Dan jangan lupa bawa kuih raya dan rendang. Dan selamat berjaya !


Buat pasport baru antarabangsa di Imigresen Putrajaya

Buat pasport baru antarabangsa di Imigresen Putrajaya
Agak-agak penuh tak Pokemon kat sini?

Tadi pun aku dapat pasport pada pukul 5.45 petang. Kaunter bayaran dah ditutup, nombor dah tak dipanggil, tv besar yang siarkan iklan pun dah ditutup. Tanda-tanda orang dah nak tutup opis. Tapi sebab ada lagi kami yang tengah tunggu pasport, pegawai terus kerja juga serahkan pasport yang dah siap. Syukurrrrrr weh, syukur. Aku ingatkan dah nak dapat dialog "Cik datang Isnin depan collect pasport ye, hari ni tak sempat"

Rupanya sempaaaatttttt. Gumbira amat! Minggu depan x payah datang Putrajaya dah. Haha. 

Walaupun habiskan 1 day semata-mata nak buat pasport, tapi sekurangnya ini adalah pengalaman baru aku. Lagipun better late than u have to come twice, thrice, kan? Rasanya esok 10, 20 tahun kemudian teknologi laaaaaaaagi canggih, bila cerita balik pengalaman sehari suntuk buat pasport, confirm gelak guling-guling. Kahkahkah. Tapi tobat dah nak buat cenggini lagi dah. Next 5 years mintak-mintak tak jadi macam ni lagi. Janganlah stok pasport habis lagi. Haha.

Indeed. Precious experience!

P/s: Bila dapat pegang buku merah jangan lupa bawak jangan tamat tempoh tu, rasa macam menang first prize dah! Haha. Akhirnya penantian membuahkan hasil. Yey! Diakan sebenarnya yang buat jadi lama sebab orang terlampau ramai serbu dah macam dilanggar garuda, pastu nombor giliran kau beratus (macam aku orang ke 424) tapi tunggu kat situ, tu yang jadi lama. Lepas tu bila nombor habis, menggelabah lah kau kan. Padahal kalau nak diikutkan, dari masa aku dipanggil ke kaunter, bayar dan collect pasport, memang roughly sejam lebih je. Haish.



Seharian di Imigresen Putrajaya
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
August 10, 2016 at 4:26 PM

ni semua gara2 khabar angin kat wassap tu kan?

wahhh nk ke jepun rupanya....nk main salji yaa. jgn lupa ole2 utk kami ;-)

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:32 PM

Tak sempat main salji Anies. Jepun time ni baru autumn :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+