SweetMuslimah.com

Monday, August 29, 2016

Indian Food Abirami Kelana Jaya Memang Best!

Pertama kali betul-betul makan Indian Food di Restoran Abirami Kelana Jaya. Memang betul-betul try makan vadei, thosai masala. Sedap jugak rupanya. Ye ah, sebelum ni nama je setiap pagi lepak sarapan kat mapley, tapi ordernya roti kosong atau roti telur je. Nak cuba makanan lain memang tak ah. Sekali geng Kelana Jaya bawak makan kat Restoran Abirami Kelana Jaya ni, walaweh. Terus berfikir.....

"Apesal dulu lagi awal tak mo cuba makan?" Haha :D

Sebab aku tak cukup adventure orangnya, nak cuba food yang tak selalu makan memang tak berani. Selalu tanya orang dulu "Errrr, ni sedap tak?". Kalau orang kata sedap baru berani order. Kalau tak de review, memang stick dengan yang selalu makan je lah. Tu yang sekarang rajin berjalan explore new place for food sebab jumpa geng kuat explore. I think we have to mingle with new people to explore what we have in ourself. Kalau tak, selesa duk takat situ je lah.

Dah melalut jauh ke Chennai, ekekekeke. Sori ye.

Serius, aku tak pernah fikir yang aku akan enjoy Indian Food this much. Sebab aku ingat tekak aku tekak Melayu pure. Rupanya tekak mix, mbahahahaha :D

RESTORAN ABIRAMI KELANA JAYA

Restoran Abirami ni serve Authentic Indian Food. Siap ada jual kuih-kuih manisan Indian tu. Masuk-masuk kedai je dah nampak rak kaca serving all the manisan. Dah nama manisan kan? Serius aku tengok dari dekat memang MANIS! Tak main-main manis dia, tapi tak rasa sebab iols takut gula, haha.

Sarapan Indian Cuisine di Restoran Abirami Kelana Jaya, Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya

Rak yang ada banyaaaaak manisan. Colorful.
Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya, vadeh sedap

Macam biasa, diorang mesti order vadeh. Satu vadeh dhal, satu vadeh bulat macam donut. Aku pun dah lupa panggil apa, selalu panggil vadeh lubang tengah je, haha. 
 
Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya, masala dose, thosai masala
Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya, masala dose, thosai masala

Aku order thosai masala. Tapi rasanya kawan aku sebut sebenarnya diorang panggil ni masala dose. Cenggitu ah. Yang atas tu gambar thosai tengah suci murni belum kena simbah kuah. Sampai je thosai ni, kawan aku ajar cara makan dia. Simbah thosai dengan kuah kari, makan sekali dengan kuah warna putih tu. Pun lupa nama dia, haha.

Thosai masala ni dalam dia ada kentang. Sedap jugak, siap hidang atas daun pisang. Dan portion dia besaq! Makan sorang memang buat buncit perut. Cuba ah, hehe.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya


Saja snap, brader yang hantar order kitorang terlambat 5 saat nak masuk frame gambar. Siap buat tangan simbol right lagi. Tapi tak masuk, kesian plak. Haha.
   Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya

Depa masak-masak kat belakang tu, Open Kitchen.

Tempat makan best di Petaling Jaya, Restoran Abirami Kelana Jaya, Rawa dose, thosai rawa
Dalam kata makan thosai masala alone boleh mendatang kebuncitan perut (akibat terlampau kenyang, haha), termakan juga separuh thosai rawa / rawa thosai? Yang kat atas ni. Rupa dia dah macam roti kirai aku tengok, ahhaha. Yang ni boleh mintak pedas ke tak and ada bawang. Sedap gak sebab crunchy-crunchy. Yang penting pada aku, kuah nak celup roti tu okay, so semua roti ni jadi okayy.

Makan dengan kuah kari memang ngam-ngam soi betul. Penuh 2 compartment perut aku :D

Kawan aku kata kedai ni quite famous. Aku manalah tau kan, tau makan je ah. Yang penting dah sarapan, kenyang, balik kolej semangat buat kerja, hihi. Yang kami pergi ni Restoran Abirami Kelana Jaya. Rasanya ada 1 lagi cawangan Abirami, not sure where. Here are the address, mana tahu nak cuba kan?

RESTORAN ABIRAMI KELANA JAYA
No.10, Jalan SS5A/9, Taman Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Bye!
TQ baca coretan menternak lemak Kak Sha :D 


Indian Food Abirami Kelana Jaya Memang Best!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+