SweetMuslimah.com

Wednesday, August 24, 2016

Rupanya diorang suka yang tu!

2 minggu lepas macam tu aku attend wedding kawan satu kelas masa sekolah teknik dulu. Tak tahu pun dia nak kahwin, ingatkan dah kahwin! Haha. Luckily sekarang zaman maju ada facebook. Dari notification facebook baru aku tahu kawan-kawan aku ni nak kahwin. Nak harap whatsapp ke hape? 

Haram. Aku pun dah lost contact dengan semua. Entah dah berapa orang yang kahwin, beranak pinak pun aku tak tahu. Padahal ada je yang dekat-dekat area rumah aku. So bila tahu ada majlis ni, cepat-cepat terus kata nak pegi. Hoyeahhh. Tapi nak pergi sorang-sorang mana boleh beb. Nanti jadi serba tak kena pulak aku. Sebab tak reti jalan sorang-sorang ginilah jadinya. So angkut sekali kakak dengan 2 orang budak kecik tu dan Epa. 

Sampai kenduri, carik jugak kawan yang lain. Hampeh. Langsung takde. Rasanya ada kut, tapi aku yang tak ingat muka diorang rasanya. Muahahaha :D. Perkara pertama buat, jumpa dulu tuan rumah tanya nama pengantin. Kang aku dah duduk terbongkang kenyang makan nasik beriyani ayam masak merah, rupanya kenduri orang lain. Naya.

Tapi masa sampai tu dah tengok pun banner pengantin. Betul je. Double confirm, jumpa mak pengantin. Salam, bagi angpow and then dapat goodies. Yey. Itu sebenarnya yang aku nak, mbahahaha. Goodies dia bagi air kotak drinho yang besar tu. Bagus-bagus sesuai sangat bila aku bawak ramai tentera ni. Selesai air tu dalam kereta aku.

Bercakap pasal goodies ni, aku perasan ada yang suka bagi baranglah, perhiasanlah. Kalau aku, aku tak ambik pun. Pulang balik or bagi orang je. Aku prefer food. Sebab apa? Food ko boleh terus makan. Tak membazir, insyaAllah. Tapi sometimes barang ni, like hiasan kaca tu, errrr. Aku nak buat apa? Kalau barang macam tuala kecik pun sometimes aku curious. Errr. Yang tuala kecik ni nak buat apa? nak lap muka aku pun tak lepas. Thats why aku prefer food

Tapi itu pandangan peribadi okayyy. Jangan sentap pulak. 

Tapi lepas ni mampuihlah orang ungkit kalau kenduri cheq bagi sabun. Kihkihkih :D

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Dapat jumpa sorang je umat manusia dari kelas aku. Yang lain ada rupanya masa aku sampai. Aku je yang rabun tak ingat muka kawan sendiri. Haha. Ye ah, dulu muka suci murni. Sekarang dah bermisai segala. Memanglah ingatan aku kabur dan keliru. Alasan sangat. Haha. Tak dapat jumpa pengantin jugak sebab pengantinnya lambat sampai weols nak chow dah pergi Property Expo. 

Property Expo ni pun satu hal. Yeye aku ingat besaq nau. Bolehlah cuci-cuci mata nak cari rumah untuk retirement. Wow. Retirement sangat uols. Hahaha. Kerja pun baru 4 tahun ada hati nak bersara. :D. Tapi kuciwa T_T. Too limited choice. Mungkin kena tunggu Property Expo yang besar punya like MAPEX 2016 Oktober nanti.

Masuk je dalam IOI Mall budak berdua ni dah nampak carousel tengah berpusing-pusing. Sedang elok je berpusing sambil keluar lagu. Merayu-rayu dengan omak eh nak naik. Padahal kan anak buah aku 2 orang ni penakut tau. Naik kereta kecik ke depan ke belakang yang masukkan 50 sen tu pun takut. Ini nak naik carousel yang berpusing macam ni. Tapi dah depa nak naik. Kita layankan. 

Sementara tunggu diorang berpusing atas carousel ni, sempat tangkap 2 ekor Pokemon. Hahaha. Pokestop berlambak dalam IOI Puchong ni oi. Tapi handphone aku buat hal, asyiklah lost connection. Grrrrrrrrrr. Gigit karang.

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Nak naik sangatkan? Acik bagilah.
Sekali bila dah start pusing carousel ni........

Sarah atas kuda tu sikit lagi nak terjun bawah. Menjerit-jerit. Haha. Tapi Khayra lagi tak boleh blah. Melalak sekuatnya. Padahal duduk atas kerusi tu je. Mak dia dekat sebelah. Ada boy naik kuda sebelah Sara tu mula-mula elok je. Tapi lepas dengar Khayra melalak, dia pun sama naik tune volume up melalak. Bergabung meletop atas carousel tu. 

Itu lah. Acik dah cakap korang penakut nak naik jugak. Kan dah melalak keluar air mata.
Tapi bagus jugak budak kecik ni nak cabar diri sendiri. Mana tahu tetiba jadi berani. Kan? Lepas tu macam biasalah masuk Aeon shopping konon. Tapi anak buah aku ni, agaknya dah terlepas dari seksa carousel lepas tu jadi hyperaktif pulak. Dari aku nak pegang rak besi, terpegang hanger berlari kejar budak ni. 

Keluar peluh jantan acik tau.*lap peluh*

Umpan makanan jom. Makan favourite acik eh korang. Kita makan Takoyaki nak?

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Takoyaki Aeon tidaklah segorjes ini. Mbahahaha. Kuantiti pun 4 ketul je.

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Sarah 1 box. Untuk dia sorang je. Orang lain mintak "Yehhhhhhhhhh"

Yeh sangat Sarah ni. Bukan mampu nak habiskan semua pun. Perut ko kan kecik. Yang ni Takoyaki Octopus. Makan jugak rupanya diorang ni. Ingatkan tak makan sebab ada sayur segala kan. Rupanya makan. Mak dia kata ini favourite diorang. Eh. Banyak rupanya favourite korang eh.

Takoyaki Aeon IOI Mall Puchong ; Property Expo IOI Mall Puchong

Ini memang confirm habis 4 ketul tu bukti suka sangat. Tapi Khayra tolak keluarkan octopus tu. Dia makan part tepung tu je. Jadilah acik tukang mengecek lebihan Octopus tu. 

Ada jugak beli Okonomiyaki. Alah dia macam lempeng jugak. Tapi bahan dia sebijik macam Takoyaki. Kalau Takoyaki bentuk bulat, Okonomiyaki leper. Bila offer Okonomiyaki takmo. Offer Takoyaki nak pulak. Oh. Rupanya diorang suka yang tu. Epa siap kata "Ingatkan beli 2 box Takoyaki tu untuk Epa". Bhahahaha.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Masa kat Tawau, 3 box of Boat Takoyaki baru RM10.00. Now bila balik Semenanjung, terkujat acik bila beli 1 box RM5? Hm.. Adakah ini satu konspirasi untuk meruntuhkan keminatan acik dengan Takoyaki? 





Rupanya diorang suka yang tu!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
August 24, 2016 at 7:16 PM

Singgah jalan-jalan
http://un-titles.blogspot.my/2016/08/untitle-2.html?m=1

Reply
avatar
August 25, 2016 at 12:33 PM

Kan?takoyaki memang la best. Tapi nak beli selalu kopak duit..huhu.

Reply
avatar
August 25, 2016 at 2:54 PM

Hahaha.. kelakar lah bebudak nie..
Boleh geng dengan anak sha.. Memula kemain lagi nak naik..
Bila dah pusing, terus dia menangis nak turun..
sabar jelah nengok perangainya..

Reply
avatar
August 26, 2016 at 2:43 PM

sy suka takoyaki kt JJ tp x leh beli selalu... ;-)

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:44 PM

The blog have been removed lah JM

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:44 PM

Aah, dengan harga macam tu beli selalu kopak poket. Sebulan 2 kali okay kut, hehe

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:45 PM

Kan. Tengok dari jauh kemain eksaited nak naik. Rupanya penakut. Hadoi laaa, hehe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+