SweetMuslimah.com

Friday, August 12, 2016

Menyesal

Minggu lepas ikut abah pegi Majlis Makan Malam Mandailing. Not sure Mandaliling Bahagian atau Malaysia. Tapi ramai jugak orang Mandailing yang datang. Abah sukalah jumpa ramai kawan-kawan, sedara mara dia dalam dewan tu. Duduk sekejap, lepas tu berjalan sokmo dari hujung sana ke hujung sini. Kejap depan kejap pegi belakang. Terkebil-kebillah mak aku kat meja. Nasib angkut aku sekali, penyelamat gitu, kihkihkih. 

Ada yang tanya Mandailing tu bangsa apa? Hah, lebih kurang sepupu sepapat Jawa, Bugis, Minang. Gitu ah. Yang aku kenal kebanyakan family aku Mandailing ni kat Negeri Sembilan. Tapi ramai je kat negeri lain. Masa pegi dinner ni ada dapat buku sejarah Mandailing ni. Nanti aku tengok balik. Apa nak buat kan taip entry kat ofis, benda alah tu kat rumah. Nanti-nantilah ye.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Lepas VIP masuk, persembahan pun mula. Ni entah yang keberapa. Aku pun tak ingat. Yang aku ingat, aku sibuk makan sebab cappucino cake dia sedap! Haha :D

Mula-mula register, dapat kad sekali dengan nombor cabutan bertuah. Bila tengok balik, eh. Awat meja aku asing dengan meja mak abah? Takmo takmo. Aku ni dah lah kera sumbang. Nama nak berborak dengan orang yang aku tak kenal? Jangan haraplah. Rela aku kelebet henpon sampai habis bateri dari borak. Bukan apa, aku bila dengan orang yang aku tak kenal, otak aku ni takmo bagi kerjasama. Blank memanjang. Kesian jiran aku nanti. Ishish. Tak pandai guna konsep apa yang penting kerjasama betul T_T

Ngekor mak je lah malam tu cari meja baru. Alhamdulillah dapat meja kosong kat belakang sekali. Tapi apa ada hal kan, belakang sekali pun meja kerusi jugak. Makanan pun sama je. Yang bestnya orang tak ramai, tak penuh 10 orang pun 1 meja tu. Apa lagi. Kita bedal lah.


Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti, Cheese cake

Cheese cake.
Ok lah. Tapi aku kureng sikit sebab dia cheese semata-mata. Aku suka yang ada strawberry / blueberry sikit. Mengada betul kau kan?

Dalam kureng sikit pun kau telan jugak 3 biji kek. Dasar.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti, Kek Cappucino

Ni ah cappucino cake yang sedap tu. Aku rasa aku sorang je bedal 6 biji.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Malam masih muda uols. Meh bergambar dulu dengan bonda.

Tapi bila tengok balik gambar ni. Errrrrrr.
Lebarrrrrrrrrrrnya muka aku okay. Mak aku pun kalah dengan tahap mangkuk muka aku ni. Pemenang utama dengan gaya mutu dan keunggulan! Kahkah. 

Malam tu balik pukul 12.30. Syok je merempit atas highway kereta tak banyak. Berdesup myvi aku melambung atas highway. Ni kalau dalam drama ni mau kena cubit dek mak sebab anak dara balik tengah malam. Tapi iols kan ikut mak pak. Haha.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Esoknya melambung lagi myvi aku merempit pegi opis. Cuti-cuti hari Ahad pun nak kena keje. Nasib badan T_T. Kantoi pakai baju semalam. Tudung semalam. Kahkahkah.

Iols tak sempat nak gosok baju baru. Bangun pun lambat. Penat balik tengah malam semalam pun tak habis lagi. Kiranya minggu tu aku kerja 7 day full. Peh. Lari kiraan minyak kereta aku. Grrrrrr. Bersiram terus pakai baju semalam. Gasaklah. Bukan korang ada masa dinner semalam kan? Lagipun kita kena amalkan konsep berjimat cermat. Jimat air, jimat letrik. Amacam. Pandai tak aku? 

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

VVIP Datuk Noh Omar okay. 
Semangat berucap. Oh lupa. Majlis Hari Raya ni bukan anjuran ofis aku. Kitorang ni sebagai penyumbang lokasi je. Majlis orang lain punya. Kira macam penumpang di tanah sendiri. Macam tu kekdah dia.

Aku kat mana?

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Sibuk jaga booth candy kat depan sekali. Sebelah meja VIP je kau. Tapi VIP nya semua tak makan candy. Ye ah. Biasanya tua-tua ni x suka candy kan? Memang sebenarnya kitorang target budak-budak pun. Lokasi sebelah VIP apa ade hal. Nasiblah.

Pagi tu gotong royong cucuk 2 bungkus besar marshmallow, buah anggur & epal dengan kek apollo. Cucuk-cucuk guna lidi sate. Chocolate fountain tu pulak wife bos sediakan. Chocolate dia yang batch first sedap gila weh. Kitorang test dulu kot-kot lah tak sedap ke tak jadi nak hidang kat orang kan. Rupanya SEDAP gila weh! Wife bos campur chocolate compound dengan starwberry chocolate. Marbeles.

Terus bagi cadangan kat kakak kata masa birthday Sarah kita buat jugak bufet candy ada chocolate fountain ni. Makciknya nak menelan. Haha :D

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Tak sure berapa ramai orang yang datang. Tapi memang ramai orang tak berhenti-henti. Yang bestnya sebab banyak betul gerai buka masa majlis ni. Paling sedap beehon sup, roti jala, kambing bakar. Sedap kat tekak aku lah. Banyak lagi gerai lain. Ada charkueytiaw, rendang ayam, lemang, keropok lekor, nasi beriyani & ayam masak merah, pisang goreng cheese, murtabak. Apa lagi eh?

Banyak ah. Tapi dalam banyak-banyak tu, ada jugak yang tak best. After event.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Sampah merata tinggal kat depan kolej ni. Rasanya setiap booth ada plastik sampah sendiri. Lepas tu ada assign orang kebersihan (company luar). Tapi pagi Isnin tu datang kolej, masyaAllah. KOTORNYA!!!

Sedih sangat bila jadi macam ni. Yang datang mostly Malay, Muslim. Tapi kebersihan tak pandai nak jaga. Aku nampak masa hari Ahad tu banyak je disediakan plastik sampah. Lepas makan dah kenyang malas nau angkat bontot tu buang polisterin yang korang guna tadi buat makan. Yang bukak booth pun sama. Apa yang susah sangat nak buang sampah sendiri? 

Yang aku tunjuk ni sikit je. Panjang lagi dataran ni, penuh sampah. Itu pun pagi-pagi lagi cleaner kolej dah menyapu sikit-sikit nak longgokkan sampah setempat. Tapi yang paling tak gemar sekali ini. Terus ambik gambar sebab nak report kat bos.

Majlis Makan Malam Mandailing, Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Komuniti

Buang sampah lebihan makanan dalam lubang longkang!

Gila tak bertamadun betul! Geram aku pagi tu bila tengok. Tak terfikir ke nak letak dalam plastik sampah? Penuh lubang longkang ni dengan segala tinggalan mee, tauge sayur semua. Boleh buat tersumbat, siapa nak datang tolong korek bersihkan longkang ni?

Hm. Rasanya tahun depan confirm kena lagi majlis macam ni. Tapi harap-harap kami dah belajar cemana nak elak supaya benda macam ni tak jadi lagi. Hopefully lah. 

Dalam geram-geram tu, menyesal pun ada jugak. Sebab apa tau. Sebab tak bawak tupperware nak bungkus makanan semua tu. Haha. Banyak gila tau yang sedap. Tak bawak tupperware. Plastik pun takde. Tak terfikir pulak tu nak keluar pegi kedai beli plastik. Iol is menyesal......





Menyesal
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
August 12, 2016 at 1:21 PM

perangai serupa s**** yg buang mknn dlm lubang longkang tu grrrrrrrrr

Reply
avatar
August 12, 2016 at 1:23 PM

ooo keje mkm mkm dan mkn je ya ;-)

Reply
avatar
August 22, 2016 at 5:35 PM

tahun depan mai bawak plastik siap-siap mudah nak bungkus..hehehe

Reply
avatar
August 25, 2016 at 3:40 PM

Cukup tak suka perangai manusia yang buang sampah merata-rata ini..
Padahal bukannya susah pun untuk buag dalam tong sampah..
Tu belum lagi perangai suka sampu sampah ke longkang..

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:33 PM

Kan, konghajo betul. Bukannya org x sediakan tong sampah. Hish!

Reply
avatar
September 28, 2016 at 1:34 PM

Tahun depan tak sure buat kat sini lagi ke tak, hehe. Tapi mintak2 kalau buat jemput yang beretika je :D

Reply
avatar
October 5, 2016 at 11:00 AM

Itu lah. Nak educate macam mana lagi manusia pesyen ni. Haih lah.... T_T

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+