SweetMuslimah.com

Friday, August 26, 2016

Bangi Wonderland Kini Dibuka Bermula 27 Ogos 2016

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland bakal memulakan operasinya bermula esok, 27 Ogos 2016. Walaupun sebelum ini banyak ura-ura yang bangi Wonderland akan dibuka pada 27 Julai lepas, tetapi nampaknya tidak benar. Tetapi dalam fb bangi Wonderland Themepark & Resort, confirm nampaknya ia akan beroperasi bermula esok. Apa lagi, warga sekitar Bangi, Kajang, Semenyih dan KL, nak tahu harga tiket di Bangi Wonderland tak? 

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland

HARGA TIKET MASUK TAMAN TEMA BANGI WONDERLAND

Merujuk kepada poster dibawah, harga tiket masuk ke Taman Tema Air Bangi Wonderland yang menawarkan 16 thrilling rides (harus cuba semua 16 rides ni!) adalah seperti berikut:

Dewasa: RM58
Kanak-kanak (bawah 130cm): RM48
Kanak-kanak (bawah 90cm): PERCUMA
Senior Citizen & OKU: Diskaun 50%

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland

Aku selalu jugak tengok-tengok bilalah Bangi Wonderland nak siap. Selalu tengok bila lalu Jalan Bangi-Lama nak ke Pasaraya CS Bangi. Tak sabar nak cuba 16 rides tu, tambah-tambah Taman Tema Air Bangi Wonderland ni dekat sangat dengan rumah. Fuh.

WAKTU OPERASI TAMAN TEMA BANGI WONDERLAND 

Taman Tema Air ini akan mula beroperasi bermula esok, 27 Ogos 2016. Waktu operasi adalah setiap hari (kecuali hari Selasa) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja.

16 PITSTOP PERMAINAN AIR TAMAN TEMA BANGI WONDERLAND

Ada sehingga 16 pitstop permainan air yang korang boleh cuba di sini. Bermula dari main entrance lagi, korang akan disajikan dengan Pirate's Spa / Age of Pirate yang merupakan papan luncur berpusing setinggi 3 tingkat dan Water Cannon. 

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland

Kalau aku, paling syok nak masuk Boomeriang tu, hahaha.

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland
Age of Pirates

Tarikan terbaru di Bangi | Taman Tema Air Bangi Wonderland; Harga Tiket Masuk Taman tema Bangi Wonderland
Insane Racer

Yang sebelah macam belon besar tu Magic Funnel.

Okay, setakat tengok gambar je tak bestlah kan. Esok Bangi Wonderland dah start buka. Apa lagi, meh serbu, ehehehehe :D. And kalau pergi jangan lupa roger cheq! 

Alamat Taman Teman Air Bangi Wonderland

Bangi Wonderland Theme Park & Resort
No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue
43000 Kajang, Selangor

Web: www.bangiwonderland.com.my
fb: https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Email:sales@bangiwonderland.com.my

Contact: 03-8687 6522 ( Isnin - Ahad / 10 pg - 5ptg )
Lokasi: Melalui Lebuhraya PLUS, exit Bandar Seri Putra ( Selepas Bangi/ Tol Kajang  sebelum Tol Nilai).






Bangi Wonderland Kini Dibuka Bermula 27 Ogos 2016
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
September 1, 2016 at 9:42 PM

hehee baguslah sekarang kan tiap negeri
boleh kata ada tempat rekreasi camni...

ce belanje tiket 2 keping...

Reply
avatar
October 5, 2016 at 11:47 AM

Hehe, Sha pun tak pernah sampai sini. Asyik busy je. Inikan pulak nak belanja 2 keping, kehkehkeh

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+