SweetMuslimah.com

Thursday, August 25, 2016

Sesi Ternak Lemak Lagi di Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant

Lunch Set Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant, Paradigm Mall | Hi. Sambung lagi sesi ternak lemak dalam kawasan Petaling Jaya. Kali ni kita makan makanan Korea pulak. Semalam share pasal Murni Discovery SS2 tu, korang dah baca belum? Kalau belum pi baca cepaaaattttt. Ekekeke. Sukati ko je kan :D. 

Eh. Berbalik dengan sesi menternak lemak kita. Oleh sebab banyak sangat pending entry pasal makanan, jadi please expect untuk nampak banyaaaaaak entry pasal makanan bulan ni, ihiks :D. Nak declare jadi blogger food hunter boleh? Mbahahaha.

Paradigm Mall dekat jugak dengan kolej. Saja lunch nak makan makanan Korea. I is bored with Malay food. Ecewah. Kemain bored konon kan? Poyo. Cadangan mall paling dekat adalah Paradigm Mall, seploh minit je drive dengan kadar kelajuan kura-kura. Korean food ni kalau ambik set biasanya side dish dia lebih kurang sama je. Rasa pun lebih kurang. Sebelum ni dah pernah makan Dubuyo, so saja nak tengok apa yang berbezanya Dubuyo dengan Bulgogi Brothers ni. 

LUNCH SET BULGOGI BROTHERS

Iols is sangat curious apalah Bulgogi Brothers ni offer untuk lunch set. Sebab harga di RM22.00 onward. Ada main course, seasonal fruit (sekarang ni musim tembikai ke eh?), refillable side dish (i loike boleh refill :D) dan tea of the day. 

Standard ah set tu kan? Rasanya semua Lunch Set Korean Food ada benda alah tu. 

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Oleh sebab makan lunch set, jadi aku snap menu lunch sahaja ya. Lagipun kan budak Bulgogi ni asyiklah pandang-pandang macamkan tengok perangai aku ni. Haih. Salah tempat pulak pilih meja. T_T. 

Lunch set Bulgogi Brothers juga ada Barbecue Set, Seoul-style atau Spicy Chicken. Best jugak nampak orang belakang makan. Kalau taknak Lunch Set ni, boleh juga order makan steamboat. Tapi aku pilih Lunch Set je. Leklu kita try sikit-sikit. Kalau sodap kita datang lagi try menu lain pulak, ye tak kawan-kawan? :D

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

View dari meja kitorang. Memang style duduk depan-depan kaunter supaya senang nak panggil adik Bulgogi refill kimchi. Bijak kan kami? 

Lagi satu sebab nak lari jauh dari ada 1 group yang makan steamboat kat hujung nun. Disebabkan depa makan steamboat boleh refill sebanyak mana depa nak, adik-adik Bulgogi ni sentiasalah alert kat depa. Pandang je belakang nak tengok kut-kut ada tambahan order. 

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Ramai ahli keluarga depa ni makan steamboat. Reunion ke hapa tak tahulah. Tapi best gila makan steamboat. Kejap-kejap mintak tambah daging. Kejap mintak tambah kuah. Kejap mintak tambah kimchi. Eh. Nak share boleh?

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Tea of The Day.
Oksusu Cha atau Corn Tea. 
Rasa dia lebih pahit dari Thai Tea atau Chinese Tea yang biasa tu. Tapi ok lah boleh diterima. Boleh pilih nak serve sejuk atau panas. Kitorang mintak dua-dua.

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Side dish yang sampai dulu. Ada 2 set side dish, dan yang bestnya diorang bagi lain-lain jenis. Set pertama sebelah kiri tu ada bayam, mashed potato (tapi ni ubi manis yang kaler kuning bulat tu) dengan sweet sour terung.

Set kedua sebelah kanan ada kimchi kubis panjang, raddish kimchi dengan sayur ape ntah hujung tu. Tak ingat sangat tapi rasa dia manis. Antara 6 menu ni, yang paling aku suka of course kimchi tu. Yang lain ok-ok je. Tapi terung tu keras kejung. Memang style masak gitu ke agaknya? Terung je lah yang out sikit. Mashed potato sebab guna ubi manis kut, so aku tak berapa gemar.

Side dish Dubuyo hari tu semua aku boleh telan. Siap licin lagi. Maksudnya kena kat tekak aku dan agak sedap ah. Takdelah pelik-pelik sangat. Cuma dia tak variety macam Bulgogi Brothers. So sapa suka ada macam-macam pilihan boleh try food sini. 

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Yey, ni aku punya. Kimchi Jjigae Set RM24.40.
Spicy kimchi stew with beef, tofu and rice cakes. Set ni sekali dengan nasi. 

Level spicy Korean ni pada aku tak spicy pun. Ke nama je? Untung kaler merah, hihi. Aku suka nasi dia. Bila makan tak jadi cepat jemu, tapi still cepat kenyang. Lain sikit ah tekstur dia dengan nasi Dubuyo. Kimchi Jjigae ni SEDAP!! Rasanya boleh hirup gitu je tak payah makan nasi. Rice cakes pun okaylah. Cuma tofu tu keras. Bukan biasa guna soft tofu ke?

 Tapi apa ada hal. Tetap licin jugak aku bedal. Kihkihkih.

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Chicken Salad.

Sedap jugak! Batter yang salut ayam ni sedap. Rasa rangup je. Bawah tu dia bagi banyaaaaak salad. Sesuai sangat kalau diet makan ni. 

Lunch Set Bulgogi Brothers Paradigm Mall, Makanan Korea di Paradigm Mall, Makanan Korea di Petaling Jaya

Overall best jugak makan dekat Bulgogi Brothers ni. Yang aku pegi ni dekat Paradigm Mall. Outlet lain rasanya macam takde lagi. Info lanjut, korang boleh tengok di:

Bulgogi Brothers, Paradigm Mall Kelana Jaya
Lot GB 13, Ground Floor Boulevard, 1, Jalan SS 7/26A,
Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya
Tel: 03-78873541

Dan habis lagi sesi ternak lemak hari ni. Sambung lagi esok. Bye!

Sesi Ternak Lemak Lagi di Bulgogi Brothers Korean BBQ Restaurant
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
August 25, 2016 at 12:48 PM

Lately ni memang tekak nak makan masakan korea jee.. boleh foodhunting kat sini nanti.. nampak menarik sangat semua menunya

Reply
avatar
August 25, 2016 at 12:49 PM

Hari ni asyik come across dengan blog cite pasal makanan korea je..kena gi makan makanan korea la lepas ni,hehehe

Reply
avatar
August 25, 2016 at 2:50 PM

Macam menarik je rupa Spicy kmchi stew with beef tu..

Reply
avatar
August 26, 2016 at 2:38 PM

chicken salad tu nmpk cm best laaa

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+