SweetMuslimah.com

Saturday, August 27, 2016

Pertama Kali Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang

Pertama Kali Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang ni masa bila entah, hahaha. Lupa. Tapi first time makan kat cafe ni sebab tergoda dengan iklan burger yang gorjes-gorjes, kaler pelik dalam majalah In-flight MAS masa balik dari Tawau. Sampai ke situ Big Mouth Cafe buat iklan kan, haruslah aku terjah makan, hehe :D

Sesi ternak lemak Big Mouth Cafe yang aku pergi ni dekat Senawang dalam bangunan D'Cattleya Senawang. Sebelah Nasi Lemak Senawang. Senang je nak pegi sini sebab jalan ni antara jalan yang mesti lalu bila nak balik rumah kat Beranang (dari rumah kakak). Dah seploh kali lalu asyik tengok je, pe kata kali ni kita singgah makan pulak?

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe
  Kafe Big Mouth Senawang
  
First time datang Kafe Big Mouth Senawang ni bawak bala tentera budak kecik 2 orang tu. Hai lah, cemanalah diorang nanti ye? Seram jugak, tapi sebab dah lapar sangat. Bawak je lah.

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Haaaaa, kan dah cakap. Confirm asyik main je. Haha. Bahagian luar Kafe Big Mouth ni disediakan macam pangkin untuk kids main. Ada kerusi kecik macam ni 4 bangku, buku-buku and games. Memang memahami betul mak pak yang datang bawak anak-anak nak makan :D

Sampai - sampai je, after seating terus diorang berdua ni lari naik atas pangkin. Ampun ye Adik Big Mouth tengok anak buah aku punyalah hyper aktif kejap turun kejap naik tangga, ekeke. Lepas balik je dari sini, tak lama lepas tu kakak aku terus beli kerusi kecik macam ni 2 biji dekat Ikea untuk anak dia pulak. 

Pengaruh comel sangat :D
Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Pandai dah orang ajak bergambar nak bergaya macam-macam. Gasaklah.

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Okay, apa yang aku order ni eh? Hahaha. Lupa pulak nama dia. Almaklumlah, lama sangat simpan gambar dalam Draft.

Oh. Old Man Beef Burger. 
Beef patties yang di grill bersama kobis daun, cheddar cheese, sos beef bolognaise yang dikepit diantara 2 roti arang (charcoal bun). Old Man Beef Burger Set ni didatangkan sekali dengan baked beans dan kentang goreng. 

Nama pun Kafe Big Mouth kan? Memang big mouth aku nak gigit burger ni. Tebal nau. Beef patties tu tebal but juicy. Flavor beef patties tu lagi terasa sebab dia grill kan.

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe
Chicken chop with mushroom sauce.

Yang ini kakak aku order. Chicken chop ni sedap weh. Aku berebut dengan anak buah aku nak kecek pinggan mak dia. Of course aku yang kalah kan, ekekeke :D. Rasanya mushroom  sauce tu yang paling WIN!

Budak Amin pulak order chicken boxing. Tapi errrrr.... menu ni kureng sikit. Aku tak berapa recommend sangat. Tu yang tak snap gambar, hihi. Tapi kalau korang nak try boleh je.

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Budak Amin yang sedih setelah diboxing ayam tadi. Tapi kini sedang tersenyum gembira bila dapat dinding menarik untuk bergambar. Kaki terpaksa dimozek kerana seluar atas lutut. Aurat woooo.

Tak sure design kat outlet lain Big Mouth Cafe, tapi di Senawang ni diorang buat ala-ala hipster. Tengok ah background budak Amin kat atas ni, cantik kan? Jangan ah basikal ni buat hal time orang posing dia buat hal pulak. Ishhhhhh.

Sarah tak sempat nak interframe Paksu dia time ni. Mbahaha. Bila aku nak snap another pic, tetiba budak Sarah dah termasuk dalam gambar sambil tersengih, ekekeke. Berlari dari atas pangkin tu semata-mata nak masuk frame.

Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang, Kafe Big Mouth dalam D'Cattleya Senawang, Waktu operasi Big Mouth Cafe Senawang, Menu Big Mouth Cafe

Menjejes-jejes cheese tu keluar. Nangis nak berdiet time niiiii. Oh ye, selain dari Senawang, Big Mouth Cafe juga mempunyai outlet di Bukit Jelutong dan Seremban 2. Waktu operasi setiap outlet ni berbeza ye. 

WAKTU OPERASI BIG MOUTH CAFE

Seremban 2
Isnin - Khamis: 12pm - 11.30pm
Jumaat - Sabtu: 12pm - 12am
Ahad: 11am - 11pm

Senawang
Isnin - Khamis: 12pm - 11.30pm
Jumaat - Sabtu: 12pm - 12am
Ahad: 11am - 11pm

Bukit Jelutong
Isnin - Sabtu: 12pm - 11pm
Ahad: 11am - 11pm

Nak mengintai apa lagi menu-menu best yang ada di Big Mouth Cafe ni, boleh terjah:

Bye!

Pertama Kali Makan Burger di Big Mouth Cafe Senawang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

3 comments

Tulis comments
avatar
September 1, 2016 at 9:43 PM

humang aih, kaler itammm...

Reply
avatar
October 3, 2016 at 11:15 PM

huhuhuuu nape roti tu kaler itammmmmm

Reply
avatar
October 5, 2016 at 11:49 AM

Sebab nama dia roti arang aka charcoal bun.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+