SweetMuslimah.com

Thursday, July 21, 2016

Surat Cinta Pertama MBPJ

Surat Cinta Pertama MBPJ | Bulan puasa hari tu pegi tukar kad Ambank baru. Dah cukup 5 tahun rupanya. Patutlah cip kad tu asyik buat hal. Nak keluarkan duit asyiklah manjang fail. Hangin aku nak keluarkan duit tak boleh. Cikai betul mesin! Hahaha. Rupanya kad dah expired! Heh.

Pegi Ambank cawangan Petaling Jaya. Pegi dalam tengahari gitu sebelum lunch. Tapi kauuu. Keluar sebelum lunch pun ramainya umat manusia kat kawasan situ. Dari manalah korang ni datang ye? Dah lah panas terik, bulan puasa. Parking pulak susah nak dapat. Hai lah. 

Dapat parking terus masuk Ambank tukar kad baru. Rasanya sekejap je aku masuk, dalam 10 minit gitu. Tapi keluar-keluar je dapat surat kompaun MBPJ. Hampeh.


KOMPAUN MBPJ
Kompaun MBPJ, Saman MBPJ

Dahsat tul kompaun MBPJ ni. Sampai RM100 kau dia cekik aku. Kebetulan hari yang sama kawan aku dapat jugak kompaun MBSA, tapi RM10 je. Kompaun untuk sebab yang sama. Tak bayar duit parking. 

Aku ni pun satu, mesin parking tu ada je depan mata. Warna biru lagi (ehem. Birulah awak :D).. Tu pun buta kayu. Merasalah kompaun RM100. Padan muka aku.

Masa kena ni sebelum raya hari tu. Alangkan nak simpan duit raya, terus rabak keluar buat bayar kompaun. Kempis poket bank Doraemon aku T_T

Better bayar dulu sebelum raya, ye tak? Sebab lepas raya confirm - confirm poket laaagi rabak. Kan? Haha :D. Lagipun nak ngelat sangat MBPJ ni tak boleh. Diorang link terus dengan JPJ. Naya je nak hidupkan road-tax sangkut blacklist. Naifnya aku terus bayar hari tu jugak, ekekekeke. Takut sangat kekdahnya.

Rupanya, senang je bayar kompaun. Dan rezeki Ramadhan, hahaha. Ada diskaun 70% which mean aku hanya bayar RM30 sahaja instead of RM100! Hip hip hurrayyy. Berita gembira sangat untuk para kompauner tegar, muahahaha. Bayar online di aplikasi atas talian epay@MBPJ di http://eps.mbpj.gov.my/loginPengguna3.aspx. Mudah sangat dan laju jugak. Bila dah bayar tu, tenang hati. Ye lah, kompaun nak simpan lama-lama sampai berkepuk meningkat-ningkat nak buat ape kan?

Untuk pelanggan Ambank, penukaran kad Debit ATM lama ke Ambank Debit MasterCard dengan fungsi Contactless Purchase Feature (tap and pay) hanya boleh dilakukan di cawangan Ambank terpilih. Boleh rujuk surat yang dihantar untuk cawangan Ambank yang terlibat.

Okay, korang tu kalau ada saman ke kompaun tertunggak. Baik gi bayar. Jangan nak tunggu sampai jadi hutang lapuk, esok-esok ada masalah dengan JPJ kita tak tahuuuuu. Yang ada saman macam akulah. Haha. 







Surat Cinta Pertama MBPJ
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
July 21, 2016 at 4:51 PM

Kite saman parking dah kemane2 dah samannya, dah buang pon ade jugaq.. Kang datang warning letter la ni drpd MPM

Reply
avatar
July 26, 2016 at 10:13 AM

ish ish ish....mahalnya. Nasib baik ada diskaun. :D

Reply
avatar
July 31, 2016 at 10:34 PM

mak aiii punya lah mahal.. penah kena dlm rm 10 je sbb park kejap. huhuhu
sabaq jelah

Reply
avatar
August 4, 2016 at 4:55 PM

byk tu diskaun nyer... rugi kalu x grab ;-)

Reply
avatar
September 27, 2016 at 2:18 PM

Takpe, datang nanti bayar je, hehe :D

Reply
avatar
September 27, 2016 at 2:19 PM

Itulah, saja je MBPJ nak takutkan kita. Hehe

Reply
avatar
September 27, 2016 at 2:19 PM

Biasanya kat Shah Alam RM10 je. PJ over sangat, kihkihkih

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+