SweetMuslimah.com

Sunday, July 3, 2016

Elon kakak

Dah nk dekat raya ni, semua pasaraya dengan pasar habis kena serbu. Ramainya Ya Rabbi, berlaga-laga, berkongsi peluh semua! Memang muafakat habis! Hahaha.

Tadi pun kat pasar, aduhai. Ramainya umat manusia menyoping. Aku keluar dengan mak abah, terpaksa bawak pulak anak dara kakak sorang ni, takut betul rasanya. Dengan kes culik kanak-kanak sekarang, huiiii, ko dah peluk pun still org aim. 

Tapi dah terbawak anak dara sorang tu. Nasib jugak adik dia lagi sorang tinggal kat rumah. Kesian melalak-lalak depan gate nk ikut keluar tapi x blh nak bawak sebab susah nk jaga 2 org budak kecik. Takpola dik, ko duduk dengan mak ko dulu, acik bawak kakak ko ye.

Bawak Khayra ni pun satu hal. Aktif betul. Nampak mainan, buah, belon. Semua dia nak. Padahal kat rumah dah ada 1 bakul besar mainan dia. Bawak jalan sekejap, lepas tu tinggalkan dalam kereta dengan abah.


Abah umpan dengan belon supaya Khayra duduk dalam kereta dengan abah. Hihi. Gembiranya budak ni, sampai pejam-pejam mata bergambar.

Seriusly, sekarang nk keluar bawak budak kena bawak sekali segerombolan tentera penjaga. Kalau tak bawak, susah juga rasanya.

Khayra bila dapat belon "Satu elon untuk kakak, satu untuk Aya"

Bagus anak buah aku ni, semua benda beli mesti kena pakej 2. Ingat adik betul :). Tapi bila beli air, aik. Sorang je? Ekekeke.

Elon kakak
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
July 10, 2016 at 10:08 PM

hehe biasa tu bila bawak anak2 kecik jalan2.. kita pening skali..

Reply
avatar
July 31, 2016 at 10:40 PM

ingatkan apa rupanya belon.. hehehe

Reply
avatar
August 4, 2016 at 5:01 PM

bagus la kakak nii... harap2 smpi besar pun berperangai mcm ni

Reply
avatar
September 27, 2016 at 2:07 PM

Kan, macam-macam perangai betul. Nasib comel, hehe :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+