SweetMuslimah.com

Friday, July 29, 2016

Lambat pun nak cerita jugak

Aci tak dah raya ke-24 baru nak cerita pasal raya? Hahaha. Sebab macam takde benda sangat nak cerita. Raya pun dekat rumah sendiri, tak dok kampung dah kita ni sebab nenek dah duduk sekali dengan kitorang. Jadi consider rumah mak tu, rumah taman sebagai kampung. Bolehlah dari takdok langsung, ye tak? :D

2 hari sebelum raya, keluar sekali dengan mak abah nak beli barang untuk lauk. Banyak kedai jugak singgah, mula-mula pegi pasar beli sayur dengan serai bawang semua. Santan sekali. Ayam bandar dengan ayam tua pun kaut masuk beg sekali. Ayam tua tu bukan untuk raya okay. Tu untuk lauk kitorang berbuka malam tu. Raya beli lain! Kahkahkah.

Lepas tu singgah kedai beli daging. Keluar tu panas ya amat. Dah lah kita puasa, cuaca panas. Banyak berjalan. Haus luar biasa pulak tengahari tu, haha. Bawak sekali Khayra dah melepek panas dalam kereta, haus konon. 

Kita puasa, tapi budak kecik ni tak puasakan? Lupa sungguh nak bawak bekal air minum dia. Terpaksa singgah beli air ribena.
.
Tengok Khayra minum Ribena.
Dugaan T_T
.
Feveret kita Ribena tu. Sengaja je awak Khayra mintak Ribena. Grrrrrrrr.

Cerita Aidilfitri 1437H

Opssss. Papparazzi.
Ribena ni Khayra punya!

Hari pertama raya tak keluar mana-mana pun. Tunggu orang datang rumah je sebab family semua datang nak melawat nenek. Guest first yang sampai nak beraya pagi anak jiran abah. Anak ustaz, semua sedondon je kaler Biru. Hehehe. Baguih senang nak beli baju raya. 

Lepas tu baru makcik pakcik aku sampai. Raya kali ni, pakcik aku dari Pilah datang cuti 4, 5 hari. Jarang sebenarnya kitorang jumpa pakcik ni sebab dia sorang je duk Pilah nun. Nak ke sana ape kes sangat? Hahaha. Tapi best woo pegi Pilah. Durian, rambutan. Dusun buah dia tebal lagi. Mau jugak aku panjat pokok rambutan dia raya lepas! Kahkah.

Cerita Aidilfitri 1437H

Ni gambar geng pagi. Tak cukup korum pun. Baru ada 5 family. Itu pun apak eh kat luar borak. Yang baju oren tu pakcik aku yang duduk Pilah. Raya kali ni sampai 2 kali berulang. Mula-mula datang sorang. Lepas tu balik kejap, lepas tu datang balik Beranang bawak makcik aku dengan anak bongsu dia. The more the merrier :)

Sepupu aku ramai yang kecik-kecik lagi. Yangs ekolah ramai. Yang tak sekolah adalah 2, 3 kerat. Yang dah keje lagilah boleh kira dengan jari kaki tangan. Haha. Pagi ni geng-geng sepupu dah kerja ramai takde. Ada kena keje pagi raya (syahduuuuuu sangat :D). Makcik pakcik aku pun ramai yang tak datang lagi. Kalau tak gambar dah penuh manusia ni hah.

Kebetulan masa nak bergambar ni, mak aku tarik sepupu yang kecik pakai baju warna hijau tu. Yang tengah tunduk tu. Rupanya budak ni pemaluuuu sangat. Dengan orang yang jarang jumpa memang maluu. Kitorang family member pun dia malu. Bila bergambar ni mak aku bantai dukung nak tarik masuk gambar. Sekali menangis kauuuu. Padahal mak pak eh ada je kat sebelah tu. Nangis jugak. Tersengih je mak aku buat anak orang nangis, hahaha.


Cerita Aidilfitri 1437H

Interframe kejap. Selebar mangkuk muka aku T_T

Makcik aku tanya, pakai apa muka dah okay sikit. Clear, jerawat takde dah. Tinggal parut gitu lah. Siap tanya "Makan vitamin"?

Sebelum ni kemain lah aku suka beli vitamin, supplemen ni semua. Tapi tak jalan sangat pun sebab aku sendiri yang tak konsisten. Rajin beli, tak rajin nak makan. Buat rugi duit je. Kekadang beli siap stok sampai 3 bulan. Konon nak ajar diri suruh habiskan lah konon. Tapi tak jalan jugak. 

Membazir amalan syaitonnnnn. Jangan nak geng dengan syaitoon sangatlah! Haha. Tapi aku pakai ni. Refining Laser Serum with Argan and Marula OilDah nak masuk 3 bulan jugak. 

Cerita Aidilfitri 1437H

Malam raya ke-2 dah singgah mamak carik roti canai! Haha. Aku cepat bosan dengan lauk-lauk raya ni. Bak kata pakcik aku "Nak raya ni yang bestnya persediaan sebelum raya. Dah sampai hari raya biasa je rasa".

Betullah tu. Buktinya malam raya ke-2 aku dah telan kueytiaw kungfu. Ekeke.

Cerita Aidilfitri 1437H

Kueytiaw kungfu ni dia buat dah macam portion 2 orang makan. Banyak gila. 
Tapi aku telan kueytiaw tu dengan lauk je. Habis lauk, bye bye kueytiaw.

Eh tadi kata jangan membazir amalan syaitonn. Habis tu tak habis makan membazir, jadi geng syaiton jugak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
T_T

Selamat Hari Raya Aidilfitri hari yang ke-24 :)


Lambat pun nak cerita jugak
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
July 31, 2016 at 10:31 PM

selamat hari raya shira ! sy pun tak up lg entry raya.. hehehe

Reply
avatar
August 4, 2016 at 4:39 PM

sm laa kita. ptg raya dah cari roti canai...ada ke org nk jual ni? hahaha

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+