SweetMuslimah.com

Monday, June 13, 2016

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Macam biasa, bulan-bulan puasa ni entry banyak share pasal menu berbuka puasa. Kalau ikutkan hari-hari berbuka, tapi ada sesetengah hari tak sempat snap sebab terus berbuka lapar sangat kekdahnya. Lagipun mak masak sedap sangat, tak toleh kiri kanan dah. Handphone pun sorry nak kelebet. Haha :D Sambal telur hancur, lemak pucuk ubi dengan ayam goreng ni menu berbuka hari Jumaat lepas. Nampak simple tapi makan tetap bertambah-tambah. Nak lagi ada cencalok original Melaka tu, Ya Allah. Apesal nasi aku cepat sangat habisss? Ekekeke :D

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Puasa tahun ini kami banyak masak sendiri dari membeli di bazar. Kalau tahun-tahun sebelum ini, faktor mak dan abah masih berkedai, bila dah petang tu, penat. Makanya lebih mudah untuk membeli di luar. Tapi tahun ini tidak. Alhamdulillah ada hikmah dah tak berkedai. Dapat bersama keluarga lebih kerap waktu-waktu berbuka dan sahur.

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Sambal telur hancur. Paling senang nak buat, agak-agak ko malas nak goreng satu-satu telur tu, hancurkan je. Senang & mudah. Cara dia senang je. Tumis bawang putih dan bawang merah. Dah naik bau masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Bukan pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Kehkehkeh.

Sambil kacau sambal tu, masukkan tomato yang dibelah 4. Perasakan dengan garam. Lepas sambal dah pecah minyak, masukkan telur dalam 3 biji. Dah masuk telur tu, ko kacau je hancur-hancurkan telur tu. Kacau rata sampai kering. Settle. Siap 1 lauk. 5 minit je masa.

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Lemak pucuk ubi. Pun sonang. Kelapa sebijik, dapatkan santan. Pucuk ubi malas nak tumbuk ko racik-racik halus je. Lepas tu sediakan periuk. Nak guna kuali pun boleh. Suka hati korang. Masukkan santan, bawang putih, bawang merah, serbuk kunyit. 

Santan dah menggelegak, masukkan pucuk ubi yang dah racik tu. Kacau sampai pucuk ubi layu. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api. Settle. 

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Ayam goreng kunyit. Semua part yang kita suka jeeee. Yey :)

Sebelum ni ada sambal paru dengan kari kambing. Tapi sebab ada anak dara kecik 2 orang kat rumah tu, tak sempat nak snap. Aktif betul naik atas meja, naik kerusi. Lepas tu kita makan kat meja makan, depa pun sama nak duduk makan. Fefeling orang dewasa berpuasa gitu. Siap asyik jatuh je ke tepi. Nak berjaga diorang punya pasal, terlupa terus. 

Okay. Even menu simple, moga membantu buat yang tengah memikir nak masak apa untuk berbuka. :)



Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
June 13, 2016 at 3:55 PM

Sedap oo lauk simple macam ni, memang makan bertambah tambah :D

Reply
avatar
June 13, 2016 at 9:35 PM

Uiiss sedap >.< haha terliur gulai pucuk ubi ter :P ...

Reply
avatar
June 15, 2016 at 9:50 AM

Kan. Kekadang simple yang buat kita selera makan :)

Reply
avatar
June 15, 2016 at 9:50 AM

Boleh buat sendiri. Senang je :D

Reply
avatar
June 15, 2016 at 9:31 PM

lauk2 simple juga nampak sedap kan :)
hehee

Reply
avatar
June 17, 2016 at 2:24 PM

semuanya sedappppppppppppppppppppppppp kalu perut da lapar

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:31 AM

Betul tu. Simple pun sedap jugak. Yg penting kenyang :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+