SweetMuslimah.com

Thursday, June 30, 2016

Berjaya Juga 'mengetart'! | Resepi Tart Nenas Confirm Jadi!

Akhirnya berjaya jugak buat tart nenas sendiri. Kalau sebelum ni, raya je order tart nenas. Padahal senang je sebenarnya nak buat. Tinggal rajin tak rajin je tukang makan tu, ye tak? Haha. Resepi yang aku buat tart nenas ni sebenarnya resepi kedua. Resepi tart nenas yang pertama tu, doh dia jadi peroi. Padahal dah ikut sukatan betul. Still tak jadi. 2 kali aku buat okay. Tak jadi jugak. Sedih yakmat. Kecewa berganda lagi sebab 2 kali buat, 2 kali tak jadi. Hai lah nasib.

Lepas tu pinjam resepi mamadarwish. Alhamdulillah, jadiiii... Gembira oi. Walau tart nenas pertama kali buat seumur hidup ni rupa dia agak buruk sikit sebab tak terer menekan acuan, dengan saiz sekejap kecik sekejap besar, tapi rasa dia sedap! Hihihi :D

Resepi tart nenas ni senang sebab guna bahan yang sikit je. Lepas tu dia menghasilkan tart nenas yang lembut cair dimulut. Melting gitu... Semalam aku buat 1 aduan ini menghasilkan tart nenas sebanyak 80 biji (dengan syarat tart comey).

RESEPI TART NENAS SIMPLE. CONFIRM JADI !

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Cantik kuning je tart nenas aku walau saiz dia sekejap kecik, sekejap besar. Ko dah kenapa semua adik beradik seibu tapi sorang kecik, sorang besar, sorang lonjong? Kahkah.

BAHAN-BAHAN:-

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Bahan A:
250g buttercup
2sb gula kastor (aku bantai guna gula icing)
1 sb minyak sapi
1 bj kuning telur
1 penutup pewarna kuning
1 penutup esen vanila (bagi kuih wangi bila dibakar)

Bahan B (ayak):
2.5 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
2 sb susu tepung

Glazing:
1 biji telur + sedikit pewarna kuning

Inti nenas. Nak ganti inti blueberry nanti jadi tart blueberry lah ye..

CARA MASAK:-
1) Campur semua Bahan A dalam mixer bowl, putar mixer kelajuan sederhana sampai semua gula hancur. Nak tahu gula dah hancur ke belum, masa mix tu takde bunyi gula.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Buttercup 250g tu 1 bungkus kecik tu. Masukkan je semua sekali.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Mula-mula gaul guna senduk dulu. Lepas tu kita guna mixer dengan kelajuan sederhana sampai gula hancur.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

2) Ayak semua Bahan B dan masukkan perlahan-lahan dalam adunan Bahan A tadi.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Standard guna cawan teh ni. Sukahati korang nak guna cawan saiz cemana. Jangan guna cawan saiz jumbo sudah, haha. 

3) Uli sebati sampai doh tak melekat kat dinding bekas. Kira ok dah tu. Ambik acuan tart, masukkan doh ke dalam acuan tart tadi. Sekarang tekan kuat-kuat sampai keluar macam ulat bulu jadi dia doh tu, hahaha. Semput okay menekan doh ni. Agak-agak malas nak buat tart terus bakar jadi semperit pulak! Ekekeke. 

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Letakkan jem nenas yang dibulat-bulat kat hujung doh. Saiz jem tu agak-agaklah besar dia. Jangan letak besar penumbuk ko pulak.

4) Panaskan oven 170 darjah selama 20 minit.
5) Dah siap gulung, sapukan glazing campuran telur dan pewarna kuning atas permukaan tart. 
6) Oven dah cukup panas, masukkan tart ke dalam oven. Bakar pada suhu 160 darjah (oven aku 170 darjah) selama 25 minit api atas bawah atau ikut kesesuaian oven korang. Test dulu.
7) Dah masak, biarkan sejuk atas redai sebelum masukkan dalam bekas kedap udara.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Dah siap.
Aku buat saiz kecik comey sikit, dapat dalam 80 biji tart nenas.
Hasil dia memang lembut, cair dimulut, yummeh. 

Berjaya Juga 'mengetart'! | Resepi Tart Nenas Confirm Jadi!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

5 comments

Tulis comments
avatar
July 2, 2016 at 9:28 PM

kalau buat sndiri, untuk makan sendiri.. lebih elok buat saiz besar hahahahahaha...
Jangan lupa poskan tart tu ya.. Nanti saya bagi alamat muehehee :D

Reply
avatar
July 10, 2016 at 10:15 PM

wow tahniah !! CT tahuuu makan je ngeh3..

Reply
avatar
July 31, 2016 at 10:44 PM

sedapnyaa.. buat juga tart. skrg dh habis dh

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+