SweetMuslimah.com

Tuesday, June 7, 2016

Resepi Sambal Goreng Jawa. Belum raya pun boleh buat jugak, ekeke !

Macam dalam entry sebelum ini (Klik SINI), Sambal Goreng Jawa ni antara fav food dan menu wajib ada masa raya. Tapi oleh sebab nak meraikan ketibaan Ramadhan, mak masak jugak Sambal Goreng Jawa ni sebab nak melepaskan craving anak-anak tekak Jawa ni, ekekeke :D. 

SAMBAL GORENG JAWA 

Resepi Sambal Goreng Jawa

Nama je sambal goreng, tapi tak ada rupa macam sambal cili tu pun. Cuma ada cili merah potong tu je, so tak pedas dan sedap gila makan dengan nasi putih panas, nasi impit atau makan cenggitu je. Kalau aku, of course makan cenggitu je, siap boleh makan 2 mangkuk okay. Dah macam lembu 4 compartment pulak makan banyak gitu, haha :D

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan (sesuai 4 orang makan):-
- 4 biji kentang [belah 4 bahagian dan potong nipis]
- 6 keping tempe [potong kecik bentuk segiempat]
- 6 biji tauhu 
- 2 bungkus sayur pucuk dan soun kering [rendam dalam air seketika untuk lembutkan pucuk]
- 3 biji cili merah [potong nipis]
- Bawang besar 2 biji [hiris nipis]
- Bawang putih 3 ulas [hiris nipis]
- Halia 2 inci [hiris nipis]
- Cili kisar 1 sudu *optional
- 1 genggam Ikan bilis / udang kering [tumbuk halus]
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- Kicap
- Garam
- Air asam jawa 1/2 cawan

Cara Masak:-
1) Mula-mula, goreng tauhu yang belum dipotong terlebih dahulu. Selepas goreng, baru potong dadu. Saiz ikut suka. Jangan kecik sangat, jangan besar sangat. Sebaiknya sekeping tauhu tu belah 2 dan potong 4 bahagian. Ketepikan.
2) Goreng kentang dan tempe. Ketepikan.
3) Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis.
4) Masukkan cili kisar  1 sudu. Biasanya sambal ni tak pedas pun. Kalau taknak masukkan pun boleh. Tumis sampai naik bau.
5) Masukkan kentang, tempe, tauhu dan sayur pucuk & soun.
6) Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
7) Masukkan kicap. Amaun kicap tu agak-agak semua bahan kita diselaputi kicap. Refer gambar kat atas tu eh untuk kaler kicap, banyak ke tak banyak.
8) Masukkan cili merah.
9) Biarkan mendidih dan kacau sampai agak kering.
10) Sebelum kering betul, perasakan dengan garam.
11) Dah kering kuah, matikan api dan sedia untuk dimakan.

Ada orang masak Sambal Goreng Jawa ni kering betul. Lepas dimasak boleh letak kat luar (tak masuk peti ais) 2 ke hari macam tu. Macam style yang atas ni, sambal goreng agak basah. So kalau tak habis makan malam tu, kena masukkan dalam peti ais.

Selamat mencuba :)




Resepi Sambal Goreng Jawa. Belum raya pun boleh buat jugak, ekeke !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

11 comments

Tulis comments
avatar
June 7, 2016 at 11:48 PM

hehehe saya suka juga sambal goreng jawa ni... tapi dalam banyak2 ramuannya tu,
tempe mesti saya asingkan :D

Reply
avatar
June 8, 2016 at 11:23 AM

abah akk suka sambal goreng ini

Reply
avatar
June 8, 2016 at 11:56 AM

Nani pernah makan sambal ni masa kenduri kahwin dekat Serendah. Hehehe. Sedap! Nani semalam makan sambal tempe :D

Reply
avatar
June 9, 2016 at 9:21 AM

Kenapa keluarkan tempe tu? Kesian dia takde orang makan.

Reply
avatar
June 9, 2016 at 9:22 AM

Geng jugak dengan abah akak :)

Reply
avatar
June 9, 2016 at 9:24 AM

Sedapnya sambal tempe! Hantar sini sikit :D

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:21 PM

Yang putih tu tauhu anies :)

Reply
avatar
June 14, 2016 at 1:06 AM

hahaha sebab tak suka makan tempe

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+