SweetMuslimah.com

Wednesday, June 8, 2016

Resepi Pajeri Terung Simple

Hai. Semalam berbuka makan pajeri terung, sup ayam tua, cencalok dan telur mata. Selalu jugak mak masak pajeri terung tu, tapi aku yang tak berapa nak makan sebab hari biasa mulut mengunyah je keje, macam-macam ada lah katakan, ekeke. Tapi bila puasa, eh apesal sedap pulak pajeri terung ni? Ajaib :D. Mak kata ni resepi pajeri terung simple je, tak renyah nak masak pun.

Resepi yang aku share memang semua yang simple-simple je, tapi sedap! Haha. Jadi, macam biasa meh aku share resepi pajeri terung semudah abc. 

RESEPI PAJERI TERUNG SIMPLE

Resepi Pajeri Terung Simple

Bahan-bahan:-
Terung 3 biji - potong 4 bahagian
Bawang merah 2 biji - racik halus
Bawang putih 3 ulas - racik halus
Halia 2 inci - racik halus
1 paket kecil kerisik
Santan 1/2 biji kelapa
1 paket kecil serbuk kari (tak kisah serbuk kari ikan / ayam)
Garam 
Gula

Cara masak:-
1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau supaya tak hangit. Masak sampai pecah minyak.
3) Masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
4) Masukkan terung yang telah dipotong.
5) Tambah sedikit air sekiranya kuah sedikit. Pastikan kuantiti kuah menutupi semua terung.
6) Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak.
7) Dah siap, angkat dan masukkan dalam pinggan.

Terung tu boleh belah 2 memanjang macam tu je atau potong 4/5 bahagian. Mak lebih suka potong 4/5 bahagian sebab terung lebih cepat lembut dan senang nak makan. Ikut suka hati tukang masak. 

Ikut hangpa lah nak buat cane kan. Nak masuk terung bulat boleh, nak ganti dengan nenas pun boleh. Tapi nenas make sure gunakan nenas muda sikit. Jangan yang dah masak ranum manis menjejes air tu ko guna. Masak ko nanti, ekekeke. Nak masukkan durian ikut tanggungjawab sendiri na :D

Okay, selamat berpuasa! Jangan ngelat ok! :D


Resepi Pajeri Terung Simple
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

2 comments

Tulis comments
avatar
June 10, 2016 at 11:02 AM

sy suka mkn kalu ada skali ikan masin perrghhhh

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:20 PM

Ikan masin pun sedap. Tapi hari tu makan dengan telur masin. Pun ngam :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+