SweetMuslimah.com

Monday, June 6, 2016

Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang

Promosi Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang | Hari Sabtu lepas first time dapat join event Jakel. Join as blogger lah konon, padahal PR entah mana pun aku tak tau. Main hantam pergi je. Ekekeke. But thanks to Kak Linda +Azlinda Azman yang bagitau. Goodies depa bagi kain Jakel oren. Entah bila nak buat kain baju boleh sampai mimpi bangun tido bangun tido pun tak buat pape. Hehehe :D Balik tu, menyinggah nak penuhi nafsu makan nasi ayam. Panjang benar list nafsu makan, yang ini baru nombor 1. Kahkahkah. Kitorang pergi The Chicken Rice Shop dekat Tesco Extra Kajang.

THE CHICKEN RICE SHOP TESCO EXTRA KAJANG


Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang

Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang

Banyak rupanya set dan ala carte The Chicken Rice Shop ni. Sebab yang Ayamas punya tak banyak choice sangat. Tapi Chicken Rice Shop banyak nau choice. Kesian aku orang lain dah bertahun hadap nasi ayam, aku baru nak buat foodhunt. Lambat kau kak 4 tahun :D. 

Sempat snap menu yang Ala Carte je. Kitorang ambik yang set Double Delight untuk 2 pax. Dalam tu ada:-

- Nyonya Pai Tee (Regular)
- Single Portion of Chicken (choice of steam, roast or soy sauce)
- Prime Honey BBQ Chicken
- Ipoh Bean Sprouts (Regular)
- Sai To Fish Ball (Regular) or Tofu with Oyster Sauce
- Two Bowls of Chicken Rice
- Soup of The Day 
- 12 oz Soft Drink (Two)

Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang

Prime Honey BBQ Chicken tu sedap gilos! Serius sedap. Macam tak cukup je portion tu makan 2 orang. Tapi yang slack sikit tu, ayam takde kulit tu. Rasanya masa order mintak roast chicken. Yang sampai steam chicken. Steam je mata aku tengok ayam tu. Haha :D Dahlah part 'ayam sihat'. Nasib ada Khayra si pemakan ayam dan nasi putih tegar. Haha. Rasanya ayam putih tu habis kat dia sorang je. Memanglah budak tu nak selera makan nasi dengan sup kosong gitu je. 

Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang

Lagi satu masa datang tu dah nak dekat puasa. Sesak. Ramai nau yang nak penuhi nafsu makan macam aku. Chicken Rice Shop ni dah serupa tak cukup staf. Lambat gak makanan kitorang sampai. Awal-awal dapat ayam dengan nasi je. Dah nak habis nasi yang side dish tak sampai lagi. Tensen ai. Dah jadi satu keje nak mengira nasi sebutir-sebutir nak tunggu side dish sampai.

Nasi ayam ni sedap bila makan sekali dengan cili and garlic tu. Makan garlic bebanyak ni bagus. Kenyang, pehtu kentut garlic, ekeke :D Nyonya Pai Tee tu serupa je dengan popia goreng. Tapi bulat-bulat kecik. Sedap! Total double delight dengan tambahan 1 bowl nasi plus tukar air gas to twister orange RM49.50.

Okay. Next time cuba yg lain pulak :D. Nak datang sini cari je Mr. DiY Tesco Extra Kajang. The Chicken Rice Shop ni berdepan je Mr. DiY.



Double Delight The Chicken Rice Shop Tesco Extra Kajang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
June 7, 2016 at 11:40 AM

xpenah try lg CRS ni....selalu lalu je dlm aeon big wangsa maju tu ;-)

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:23 PM

hmm,, bulan puasa ni banyak tawaran berbuka puasa hebat2.

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:30 PM

Nanti dah try jangan lupa bagitau :)

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:53 PM

Itulah. Harga pun boleh tahab. Tinggal nak pilih & bayar je :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+