SweetMuslimah.com

Friday, June 10, 2016

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

4 Jun, which is Sabtu lepas first time dapat join event Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL di Wisma Jakel KL. Yang memang peminat Jakel mesti suka gila dapat pergi event macam ni. Aku? Pergi sebab nak rasa cemanalah blogger ni pegi event gempak gini. So, Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL ni kira first experience.

Datang on time pukul 12 tengahari macam tu. KL macam biasa, sesak yakmat. Parking pun susah nak cari. Tapi alhamdulillah, berdekatan Jakel Mall ni ada kawasan parking yang besar! Sekali masuk kereta ko park kat situ nak tinggal sampai malam pegi shopping bayar RM 10. Okaylah. So kami park situ, jalan kaki dalam 10 minit ke Jakel Mall. And here we go!

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Khayra suka betul dapat berjalan. Anak dara kakak aku ni memang menurun perangai mak dia agaknya. Mak dia dulu masa mengandungkan Khayra, dah sarat perut boyot hujung - hujung pregnancy pun sempat bershopping kat Sogo. Sanggup ambik EL half day hari Jumaat sebab Jumaat tu Sogo buat SALE besar-besaran. Puas hati shopping weh masa tu dari tengahari sampai petang.

Tak berapa hari lepas shopping tu, terus Khayra lahir. Ni agaknya gara-gara banyak berjalan masa shopping tu, ekekeke :D

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Orang ramai tengah beratur. Not sure untuk apa. Tapi barisan memang panjang. Tabah betul yang beratur tu. Kalau aku, memang kirim salam nak tunggu beratur gini. Then baru nampak rupanya yang beratur ni, depa dapat voucher dan goodies dari Jakel. Kira worth juga beratur panjang tu. Ke tak worth?

Sampai-sampai terus register bahagian media. Dapat goodies bag Jakel. Angkut kakak and Khayra duduk bawah khemah dulu.

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Eksaited gila Khayra dapat belon. Mintak pose comey nak ambik gambar, pose itu yang dibuat. Entah hape-hape anak buah aku ni. Siapa yang ajar bergaya high five gitu pun aku tak tau. Nampak tudung pink depan tu? Dah sebijik corak tudung aku. Haha. Nasib aku tak datang pakai tudung sama. Kalau tak boleh buat geng boria nasyid , ekekeke. 

1st announcement kata Upin Ipin sampai dulu. Budak Khayra ni yeye je carik Ipin dia. Siap pinjam henpon mak dia nak ambik gambar sebab nampak aku sibuk bergambar. Padahal entah ape yang dia ambik. Aku suspek, on je apps camera tu, dia terus snap. On snap. On snap. Sengsara camera tu tangkap gambar ntah pape. 

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Sampai dah semua duta Jakel. Ada Upin - Ipin fav Khayra, geram aku nak cabut kepala besar tu. Eh. Cemana diorang bernafas dalam kepala patung tu? 

Ada Nabil, AC Mizal, Aida Jebat, Aaron Aziz dan Jep Sepahtu. Ramai tak hengat. Awal Ashaari dengan Lara Alana belum sampai masa ni. Masa tengah buat PC, baru Awal dengan Lara sampai. Comel Lara Alana tengok LIVE ni. Aida Jebat ni, kecik betul. Dalam TV memang nampak kecik, tapi in real lagi kecik weh. Kalau kena tiup angin mau melayang, ekekeke :D

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Yey, Lara Alana dah sampai.

Semua duta dah ada, moh ler kita berjalan tengok apa yang Jakel bagi promosi dan diskaun untuk pelanggan dia. Crowd kat luar ramai gila, bila masuk takdelah sesak sangat. Oh, korang datang semata-mata nak ambik gambar retis je ke?

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Ariani. 
2 helai RM50.

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Menangis aku tengok sampin baju melayu ni beratus. RM148, tapi cantik-cantik sampin dia. Agak-agak korang rasa tak berkenan yang RM148 ni, sebelah dia ada yang harga RM280. Pilih-pilih.

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Yang bestnya masa event Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel ni, diorang buat Happy Hour certain floor untuk collection artis. 

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Jubah Awal Ashaari X Jakel

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Scha Alyahya X Jakel

Beza kurungs Scha Alyahya dengan Aida Jebat dari segi design baju dan kain. Scha Alyahya more to modern and chic mom. Yang muda-muda fefeling urban, collection Ayda Jebat  macam kat bawah ni.

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Haaaaa, omey sangat. Sebab aku suka baju yang simple-simple macam ni tu yang nampak cantik je. Hari tu Ayda Jebat pakai corak ni tapi kaler pink. Simple but elegance.

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Kurungs kanak-kanak pun ada. Sempat juga mak Khayra shopping baju raya anak dia. Harga baju ikut saiz baju. Khayra dengan adik dia dapat baju raya warna mustard tu. Bagi kaler sama supaya dua-dua tak bergaduh rebut warna. Tengok combination warna mustard and hijau emerald tu cantik pulak. Okay, nak buat 1 baju kaler tu jugaaaaakkkk :D

Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL

Lepas ni Khayra nak pegi sini lagi tak? :D. Balik dari Jakel, singgah makan The Chicken Rice Shop pulak. Dah lapar lepas berebut-rebut dalam Jakel, kita isi perut duluuuuu. 

Nak pergi Jakel untuk shopping raya, best pergi ke Jakel Mall ni. Address for Jakel Mall di KL tu:

Jakel Mall

Lot 159, Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah,
50100, Kuala Lumpur
WP - Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +603 2615 0777
Fax : +603 2615 0778
Opening Hour : 10am - 8.30pm



Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel KL
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
June 10, 2016 at 12:10 PM

Memang meriah ni ! Siap dapat jumpa artis tu. Hehehe

Reply
avatar
June 10, 2016 at 12:29 PM

Yg beratur tu sebab ada Baju Melayu percuma utk mereka yg beratur...100 helai yg pertama laa :)

Reply
avatar
June 13, 2016 at 11:42 AM

wahhh jupe retis smbl beli baju ya ;-)

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:23 PM

Jumpa dari jauh jeeee. Kalah nak berebut wefie dengan peminat lain, ekeke :D

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:24 PM

Oh patutlah. Ingat sama cam goodies kita.

Reply
avatar
June 13, 2016 at 2:24 PM

Beli baju utk anak buah je. Tu pun maknya yg beli. Kita tukang bawak kereta je :)

Reply
avatar
June 13, 2016 at 5:45 PM

Laaaa tak jumpa pulak Sha masa ni... tu pon dapat hai hai dengan Lynda je... meriah sangat kan!

Reply
avatar
June 15, 2016 at 9:52 AM

Sha perasan Kak Yanie je. Tu pun dari jauhhh, hehe
Tapi memang meriah betul. Dahsat :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+