SweetMuslimah.com

Wednesday, June 15, 2016

Mula dah window shopping raya!

Mula dah window shopping raya! | Hari tu Kak Ana dari www.anajingga.com ada share di wall facebook, soalan yang berbunyi lebih kurang macam ni. Kenapa ramai orang tak selfie / share lauk sahur? Kalau masa berbuka jangan cakap lah. Terlalu banyak, sampai naik lapar orang tengok gambar makanan tu. Tinggal tak terkeluar ayaq liur je, haha :D. Tapi sebenarnya ada ja yang share, even gambar makan sahur lauk telur dadar. Tu dia telur dadar kita makan sahur hari tu.


Tak tahu lah orang lain, tapi family aku memang jenis makan berat masa sahur. Sahur dengan nasi lauk ayam masak merah, tomyam. Tu perkara biasa je tuu. Sahur dengan ayam pencen lemak cili api pun ada. Pendek kata, apa lauk yang berbuka malam sebelumnya, simpan sikit untuk dibawa ke sahur. Senang tak payah masak dah, tinggal nak panaskan lauk je.

Haaaa, gitu kekdah dia. Jimat masa dan tenaga. Yang lauk telur dadar ni, sebenarnya malam tu tinggal tauge masak lemak je. Esoknya macam tak selera pulak makan tauge je, jadi kita combine dengan telur dadar dan telur dadar kicap (yang legam sikit tu, ekekeke). Kisah telur legam tu memang nak cerita dari kecik sekolah rendah lagi dah buat gitu. Kitorang panggil telur kicap. Cara mudah nak bagi telur tu berasa kicap, tapi malas nak goreng mata, then tumis kicap. Pernah buat gitu tak korang?

Tak kisah pun makan apa sebenarnya, tapi pastikan kita dapatkan keberkatan bersahur tu, walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas air kosong. Kan?

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Hah. Belum masuk 15 Ramadhan dah sibuk terjah kedai cari baju raya! Siapa punya perangai la tu? Ekekeke :D

Jumaatkan waktu rehat panjang sikit. Tambah-tambah bulan puasa, extra lagi panjang. So aku dengan ofismate saja gatai nak survey baju raya. Rasanya Seksyen 7 Shah Alam yang belakang gate UiTM tu. Tak sure sangat seksyen berapa sebab aku memang fail tempat kat Shah Alam ni. Dulu LI 3 bulan sekejap je, kalau datang sini asyiklah sesat. 

Sorang nak survey Jovian, sorang nak masuk Bella Ammara, sorang Calaqisya. Tapi in the end, semua kedai kitorang masuk. Ekekeke. Pompuan, kalau kata nak pegi situ je, last-last kedai kiri kanan depan belakang semua dia terjah masuk window shopping jugak :D

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Comey outley Calaqisya. Serba pink.
Tapi tak beli pape pun dalam ni. Kata window kan. :D
Lepas tu melarat pegi outlet sebelah-sebelah dia. Apa lagi ye yang ada? Hmm. Tak ingat. Banyak gila masuk, touchdown, melepet kat kerusi, then blah! Haha. Memang touch and go konsepnya. Smart tag je belum mampu sebab faktor rabun, ekekeke.

Masuk Butik Rina Salleh tengok koleksi jubah (ke dress) dia. Fuh. Cantik gilos! Tambah-tambah koleksi raya dia, alahai. Cantik angat! Lepas tu kan ternampak pulak skirt yang corak dia sebijik blouse kita. Kahkahkah. Tapi blouse tu beli lama dah, memang blouse je takde pair dengan skirt. Beli online dengan kawan kita. Haaaaaaaa, cemana boleh jadi gitu? Ekekeke :D

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

D'Haja ni butik last rasanya. Lepas tu surrender nak jalan dah. Ko mampu bulan puasa tengah-tengah hari window shopping. Kalau dalam shopping complex okay lagi kut. Ni panas okay. Masuk Calaqisya tu, geram je tengok air dalam esbok. Tu lah, sapa suruh keluar berjalan tengah-tengah hari puasa kan? Mendapatlah sendiri T_T

Ada tudung Irma Hasmie dalam ni. Harga affordable jugak :) Sebelum masuk D'Haja ni, saja masuk Butik Fareeda. Nak tengok jugak shawl dengan tudung yang jadi rebutan sampai orang berebut-rebut tarik-tarik tudung rambut segala tu. I have big expectation yang corak cantik, material bagus sebab mahal kan?

Tapi.............
Mungkin peminat Fareeda je ada jawapan untuk 'keminatan' diorang. Hehe. Yang tak minat (macam aku) duduk dendiam. :D. Tapi nak tanyalah korang, memang chiffon yang depa guna tu chiffon nipis yang ringan gilos tu ke untuk tudung & shawl sebelum ni? See thru sangatlah.

Dari jauh dengar Jakel memanggil-manggil masuk khemah depa. MC Jakel sangat cargas okay. Tak berhenti-henti bercakap. 2 jam aku dengar suara dia je atas jalan tu. Tapi tak termasuk Jakel pun sebab sebelum ni dah pegi Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel di Jakel Mall. Kira dah cuci mata lettew, hihi. Lagipun bila puasa, nafsu shopping tu macam lesap dibawa angin tengahari buta. Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu kuterkenangkan muuuuuuuuu. Pengsan T_T

Hasil dari Shah Alam ni hanyalah sebotol body mist Victoria Secret. Tu saja. Jadilah dari tangan kosong tapi penat sampai nak cium jalan :D




Mula dah window shopping raya!
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
June 15, 2016 at 8:11 PM

saya pun dah bulakan meburuan pakaian raya eekkeke tapi baru start expo xD beli barang2 yang kecik2 dlu ^_^ tak macam perempuan banyak milih xD

Reply
avatar
June 15, 2016 at 9:29 PM

yelah ramai jrg share gambar bersahur.. hehee
amboihh dh beli baju raya ye :)

Reply
avatar
June 16, 2016 at 1:58 PM

Nani balik KL ni baruu nak terjah Zawara cari jubah. Hehehe :)

Reply
avatar
June 17, 2016 at 2:16 PM

memula igt td g ke bangi...rupanya ke SS7 ;-)

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:05 AM

Pompuan banyak pilih je, belinya taaak :D

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:06 AM

Belum beli. Tapi perfume raya dah, hihi

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:06 AM

Jubah Zawara pun cantik-cantik. Tapi tak ambik gambar pulak.

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:07 AM

Bangi tak sempat pegi lagi even lagi dekat dengan rumah, huhu

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+