Pelaburan Akhirat dengan Program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016 | Hai. Sebut pasal pahala semua berlumba-lumba klik teruja kan? Alhamdulillah :). Nak tak Kak Sha share peluang untuk menjana pahala berterusan untuk diri sendiri, dengan mewakafkan Al-Quran di tempat-tempat yang mahu. Sama ada di masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan ataupun orang perseorangan mahupun dimana-mana yang sesuai mengikut kepada permintaan kita.
Perkenalkan Program Wakaf Al-Quran Bookcafe 2016 yang dilancarkan oleh PTS Bookcafe yang telah bermula pada 2013 dan berterusan hingga kini.
PROGRAM WAKAF AL-QURAN BOOKCAFE 2016
Sepanjang Program Wakaf Al-Quran Bookcafe ini dijalankan dari 2013 hingga kini, sebanyak 3,372 naskah Al-Quran, 680 Yasin dan 650 buah buku berjaya dihantar kepada 49 organisasi penerima wakaf.
Tahun 2013 - 2014:
~ 680 naskah Al-Quran dihantar kepada 12 organisasi
~ 680 naskah Yasin dihantar kepada 5 organisasi
~ 650 naskah buku dihantar kepada 5 organisasi
Tahun 2015:
~2,692 naskah Al-Quran dihantar kepada 27 organisasi
PELABURAN UNTUK NEGERI AKHIRAT
Dengan hanya pelaburan RM15, kita boleh membuat pelaburan untuk negeri akhirat. Disini disertakan berapa bilangan yang boleh diwakafkan, dan jangan risau, penghantaran adalah PERCUMA.
* 1 - 19 naskah : Bookcafe akan kumpul & carikan lokasi wakaf yang sesuai
* 20 naskah ke atas : Anda boleh tentukan ke mana Al-Quran perlu diwakafkan. Tapi kalau tak pasti boleh diserahkan kepada Bookcafe untuk lokasi yang sesuai.
Atau boleh juga berwakaf buku. Boleh klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut.
![]() |
Layari https://bookcafe.com.my/en/product-wakaf/ |
Jika anda berminat untuk berwakaf ataupun mahu melihat gambar dan senarai penerima Wakaf Al-Quran Bookcafe dari tahun 2013 hingga kini, boleh ke:
Terima kasih.
Update: Program Wakaf Buku & AlQuran Bookcafe diteruskan sehingga ke tahun ini. Tekan link di atas untuk lebih maklumat pelaksanaan bagi tahun 2019.
bagusnya ada usaha sebegini
ReplyDeletealhamdulillah.. ada juga program mcm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah artikel menarik kak sha :) dan hanya 3 amalan yang dibawa iaitu ilmu yang dikongsi dan ia di amalkan / doa anak yang soleh solehah , dan juga sedekah jariah .. ini antara cara buat pahala berpanjangan :) perkongsian bermanfaat semoga ramai yang laburkan rm15 demi membina satu rumah dengan hiasan taman syurga di sana nanti :D
ReplyDeleteInshaAllah. :)
Deletegood info sha. semoga kita menjadi insan pemurah dan sentiasa dalam rahmatNya.
ReplyDeletesangat bermanfaat :)
ReplyDeletedh komen.. hehe
ReplyDeletep/s: psl sha tnya harga scrub kopi tu nina xtahu, owner bg cuba. blh tnya sndiri di IG @aliafarhan :)
Okeh, TQ Nina. Jap lg Sha terjah kt IG owner :)
Delete