SweetMuslimah.com

Thursday, June 16, 2016

Lunch @PappaRich Sunway Piramid

Lunch di PappaRich Sunway Piramid | Haip, sebelum teruskan, aku bagi tahu dulu yang makan-makan ni sebelum bulan puasa hari tu. Kalau tak matiklah kena tangkap tengahari lunch terus masuk van jenazah, hehe. Baru 2 hari masuk, terus join kawan-kawan ofis lunch di PappaRich Sunway Piramid. Terus terang kan, aku sebenarnya first time jejak masuk Sunway Piramid, haha. Serius, selalu lalu lalang tengok dari luar je. Kesian betul, ekekeke :D. 

Bila drive rupanya dekat sangat Sunway Piramid dengan ofis. Ohemji, patutlah ramai yang offer diri nak bertukar ke sini, centre of KL rupanya. Banyak nau shopping complex. Zip wallet ketat-ketat :D. Tapi makan PappaRich kita buka dulu zip wallet. Nak makan setiap hari takdelah pilih yang mahai-mahai. PappaRich just nice harga dia untuk rakyat marhaen seperti aku. 

PappaRich | MALAYSIAN DELIGHTS

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia
Ipoh Kueytiaw Soup with Steamed Chicken RM14.50

Nak diet konon, tu yang mintak Steamed Chicken. Tapi makan kueytiaw? Cemana tu? Haha. Tapi mangkuk kueytiaw tu besar! Puas hati makan. 

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia
Hainan Toasted Bread with Curry Chicken

Kuah kari ayam tu pekatnya oiii. Sedap je nampak, lagi satu peha ayam tu dah macam peha ayam gergasi. Besar jugak! Sedap. Recommended!

Customer Service PappaRich Sunway 
 Tak sure interior design kat cawangan lain macam mana, tapi di Sunway Piramid ni, interior PappaRich depa buat macam kedai Baba Nyonya. Ada meja bulat kecik yang boleh untuk 2 orang (somehow curious kalau makan banyak cemana pinggan tak berlaga ke?), the wall dan lantai semua. Memang macam kedai Baba Nyonya Melaka tu. Clean and neat. Waiter pun sampai sangat cepat, kitorang baru duduk 5 saat dah sampai bawak buku order. Order yang fussy-fussy macam Kueytiaw Soup with Steam Chicken taknak kueytiaw (sebab diet Atkins :D), tapi ganti dengan a lottttttt of vege. DONE! Dapat macam apa yg kita request. Yey. Makanan pun laju sampai. 

Pilihan Menu Di PappaRich
Tak sempat nak snap gambar menu sangat. Banyak menu PappaRich offer. Mostly Malaysian food, macam Ipoh Kueytiaw Soup, Pappa Mee Goreng, Char Kueytiaw, Nasi Lemak with Fried/Curry Chicken, Asam Laksa, eh. Banyaklah lagi yang lain dan juga selection of western food. 

Menu yang aku snap cuma 2 keping sebab laju nau waiter tu ambik buku. Nak ambik ambiklah dikk. Akak tumpang snap 2 gambar je. Jadilah buat penambah cerita, hihi.

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Esok lusa lepas Ramadhan nak try Curry Laksa dia sebab nampak ada kerang kat dalam tu. Kita tengok ada tak sebijik macam dalam gambar :D

PROMOSI RAMADHAN PAPPARICH MALAYSIA

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Sempena Ramadhan ni, PappaRich Malaysia buat promosi "JOM MAKAN MALAM" dari 6 petang hingga 9 malam, Weekdays sehingga 5 Julai 2016 sahaja. Bila makan malam / berbuka tu, ada 10% discount sama ada dine-in atau take away dari harga keseluruhan in one single bill dengan syarat minimum purchase RM10.

Esok-esok kalau kebetulan terjumpa PappaRich ni, nak berbuka, jangan lupa bayar in 1 single bill tau! Dapat 10% less. 

For more info, log on to http://papparich.com.my/




Lunch @PappaRich Sunway Piramid
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
June 16, 2016 at 4:16 PM

emmm.. bestnya kalau terserempak selalu, tempat pcl x nampak ler paparich ni.

Reply
avatar
June 16, 2016 at 8:57 PM

Setakat ni tak pernah try paparich lagi. one day mybe. hehe

Reply
avatar
June 17, 2016 at 2:05 PM

kenapa cerah je kuah kueh teaw tu ;-)

Reply
avatar
June 19, 2016 at 7:05 AM

memang best makan kat pappa ni mcm2 ada

Reply
avatar
June 19, 2016 at 7:05 AM

jemput join GA nina

http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_97.html

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:43 AM

Sha pun pegi yg dekat area ofis. Rumah nak hado gak :D

Reply
avatar
June 23, 2016 at 10:44 AM

Entah la. Haha. Tapi rasa dia sedap.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+