SweetMuslimah.com

Tuesday, June 7, 2016

Menu Berbuka Puasa | Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa

Hai. Belum terlambat lagi nak ucap Selamat Berpuasa untuk korang semua. So, first day puasa macam mana? Aku duduk office melanguk tunggu pukul 4 nak balik sebab takde geng nak bercakap. Ramai staf cuti. Tinggal lah aku dengan lagi sorang staf terkontang-kanting. Rasa nak balik rumah je! Haha. Tapi, balik pukul 4 sangat best okay. Jalan kurang sesak dari kebiasaan. Sampai-sampai rumah mak tengah masak lauk untuk berbuka puasa uols. Bau dia dari pagar luar dah bauuuuuuu. Oh lalalalaala~ Sedapnya ikan keli berlada dengan sambal goreng jawa!

Menu Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa

Sambal Goreng Jawa tu lauk semalam masa mantai. Jawanese mesti tahu lauk ni. Sambal goreng jawa ni kemestian masa raya. Tak raya pun buat jugak. Kalau raya takde sambal jawa ni, boleh jadi bergaduh tarik-tarik rambut adik beradik okay. Haha :D

Eh. Tak pernah makan sambal goreng tu?
Rugi. :D

Menu Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa

Ni sambal goreng jawa kita. Ini versi ringkas je kitorang buat. Ada yang lagi meriah bahan dia. Kalau mak atau kakak yang buat, tempe, tauhu, kentang, soun dengan sayur pucuk mesti ada. Kadang-kadang ada orang letak sekali udang, hati ayam. Macam-macamlah. Meriah gila.

Mula-mula belajar makan sambal goreng ni masa balik kampung. Masa tu pelik sokmo benda apalah warna hitam kicap ni. Sebelah tu pulak ada periuk rendang ayam. Of course telan rendang ayam dulu. Lepas tu baru rasa sambal goreng. Rupanya sedap kauuuuuu. Terus tetiap tahun balik kampung bukak periuk cari benda alah ni dulu. Haha. Aku boleh ratah makan sambal goreng ni cenggitu je tak makan nasi. Tapi dululah. Sekarang dah raya dekat rumah sendiri, WAJIB ada sambal goreng! Korang datang rumah aku, sila rasa! :D

Menu Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa

Menu Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa

Highlight utama, ikan keli berlada. 
Peh. Sedapnya. Selain dari keli berlada dengan sambal goreng tu, mak masak jugak sayur bayam rebus dan rebus telur masin. Sedapnya oooiiiii. Tak sedar tahu-tahu je pinggan dah licin. 

Amboi. Laju nau suap. Entah cemana plan nak turunkan berat puasa ni. Rasanya makin bambam la lepas ni, ekekekeke :D

P/s: 7 Idea hidangan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan. Klik SINI



Menu Berbuka Puasa | Ikan Keli Berlada dan Sambal Goreng Jawa
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
June 7, 2016 at 10:29 AM

aduhai sedapnya keli berlada..akak dah la memang penggemar ikan keli

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:15 PM

memang sedap.....boleh masuk dalam list bulan ni..hehe

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:17 PM

sedapnya... rare tu sambal goreng jawa

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:12 PM

Kita memang saja bagi nampak Kak SA. Tau fav akak :D

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:12 PM

Sedap. Makan sampai tak sedar pinggan licin, ekeke

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:17 PM

Silakan kak masuk list. Lepas tu jangan lupa hantar kat Sha :D

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:18 PM

Kalau orang jawa tak rare dah. Common food, hehe

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:53 PM

Sha memang kena sangat dah menu Sha ni, salam Ramadan dari kak ana buat Sha sekeluarga

Reply
avatar
June 9, 2016 at 8:51 AM

Salam Ramadhan buat Kak Ana and family juga :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+