SweetMuslimah.com

Tuesday, June 28, 2016

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramadhan Murah & Sedap

Buffet Ramadhan Murah & Sedap | Cafe Cerita Kambing | Ye, kita tau yang awak-awak semua dah tak heran pasal bufet buka puasa dah. Ni kira dah masuk minggu-minggu akhir, semua dah pakat berbuka kat rumah. Jimat duitlah katakan, hehe. Ke masih berbuka kat luar? Kalau gitu, kita samalah *sepp dulu*, ekekeke. Sebenarnya cerita ni cerita minggu lepas. Satu office berbuka puasa sama-sama di Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall Shah Alam.

Bila pilih nak berbuka sama-sama ni, kena fikir juga staf yang ada family ramai. Anak ramai. Mak pak eh berbuka kat luar, takkan anak-anak comey tu kena tinggai kat rumah kan? Ada staf yang anak 6 orang. Kalau buffet 1 kepala dah RM48. Bila dah 1 keluarga sampai 8 orang? Peh. Dari elok-elok happy-happy berbuka sama-sama, terus jadi gundah gulana masam muka T_T. Takmo macam tu tau! Thats why kami pilih berbuka kat sini.

Alhamdulillah, per head di Cafe Cerita Kambing ni berpatutan. Dan semestinya banyak pilihan. Dah pernah datang sini? Kalau belum, meh join cerita kita ni haaaa :)

Bufet Ramadhan Murah & Sedap | Cafe Cerita Kambing

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Dewasa RM28
Kanak-kanak separuh harga RM14

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Baru sampai.
Sampai-sampai je tengok dah ramai yang beratur nak ambik makanan. Sampai agak lambat sebab sesat sebenarnya. Padahal guna waze kut. Hampagas betul, haha.

Waze tunjuk Anggerik Mall tu sebelah SACC Mall. Ingatkan dekat sebelah-sebelah je. Tapi kawasan parking dia yang problem. Kitorang mula-mula sampai awal, masuk SACC Mall dulu. Dah berjalan macam tu, bila tengok balik rupanya jauh jugak nak berjalan ke Anggerik Mall. Bila dah kenyang makan nanti, mau pengsan jugak nak menapak keluar cari parking kat SACC Mall tu. So, kena keluar SACC Mall, pusing redah jem yang menggila tu ke Anggerik Mall. 

Alhamdulillah, selamat iols sampai sebelum azan. Kira sampai dah sipi-sipi lagi nak azan ah. Terus beratur ambik nasik! 

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Ada nasi beriani, ayam masak merah, sayur campur, daging dengan dalca rasanya. Ayam amsak merah dia serius sedap! Boleh ratah gitu je takde nasik.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Kaunter lain.
Ada sambal udang, sayur, asam pedas ikan dengan ikan sweet sour.
Meja ni aku tak nampakkkkkkk. Terlindung dek ramai nau orang.
Hampeh.

Tapi ada tentera aku yang tolong ambikkan. Yey. 
Lap u adik! 

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Bawak 2 tentera upahan sebagai backup ambik makanan, hehe.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Cafe Cerita Kambing kan nama dia. Haruslah ada kambing bakar!
Kambing bakar dia best best best. Daging kambing tak berbau, lembut je bila dah makan.
Blackpaper sauce pun best. 

Kalau dapat tengok kambing sekoq bergolek-golek lagi best jugak kut. Haha.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Ada jugak laksa johor, soto ayam.
Kuah soto ayam tu pekat. Best. Banyak isi.
Laksa johor pun okay. Cuma mungkin sebab makan masa dah kenyang, tak lalu nak habiskan.
But overall best.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Gambar orang tengah telan pun nak ambik. Buruk kut T_T

Review aku untuk Buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing:

Secara keseluruhan, pilihan makanan yang disediakan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Ye lah, dengan harga serendah RM28, macam-macam yang ada. Antara sajian buffet yang disediakan:

- Nasi putih / nasi beriani
- Ayam masak merah
- Daging dendeng
- Sayur campur
- Dalca
- Buah-buahan
- Appetiser (kuih & agar-agar)
- Kambing bakar
- Sambal udang
- Asam pedas ikan
- Ikan masam manis
- Soto ayam
- Laksa Johor
- Air sejuk 2 jenis
- Air panas
- Kurma 

Makanan pun sedap-sedap rasa dia, kena dengan tekak aku. Syukurrrrr. Boleh aku telan banyak-banyak, haha :D. Makanan pun direfill bila habis. Eh. Tambah lagi peluang nak makan banyak :D

Selain tu, Anggerik Mall juga menyediakan tapak parking yang luas untuk kita datang dan membeli belah atau berbuka di sini. Bayaran masuk hanya RM2 per entry. 

Selain bulan Ramadhan, Cafe Cerita Kambing juga dibuka pada hari-hari biasa. Nak datang sini boleh je waze Cafe Cerita Kambing Anggerik Mall Shah Alam atau ke alamat ni:

Cafe Cerita Kambing
Lot 1-12, Anggerik Mall
Jalan 14/2, Seksyen 14
Shah Alam

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramadhan Murah & Sedap
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
June 28, 2016 at 4:21 PM

Sedapnya.hehe..mggu lps nk pergi full..hehe

Reply
avatar
July 31, 2016 at 11:28 PM

sedapnyaaa.. sempat juga makan kambing bln puasa thn ni :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+