Thursday, June 30, 2016

Berjaya Juga 'mengetart'! | Resepi Tart Nenas Confirm Jadi!

Akhirnya berjaya jugak buat tart nenas sendiri. Kalau sebelum ni, raya je order tart nenas. Padahal senang je sebenarnya nak buat. Tinggal rajin tak rajin je tukang makan tu, ye tak? Haha. Resepi yang aku buat tart nenas ni sebenarnya resepi kedua. Resepi tart nenas yang pertama tu, doh dia jadi peroi. Padahal dah ikut sukatan betul. Still tak jadi. 2 kali aku buat okay. Tak jadi jugak. Sedih yakmat. Kecewa berganda lagi sebab 2 kali buat, 2 kali tak jadi. Hai lah nasib.

Lepas tu pinjam resepi mamadarwish. Alhamdulillah, jadiiii... Gembira oi. Walau tart nenas pertama kali buat seumur hidup ni rupa dia agak buruk sikit sebab tak terer menekan acuan, dengan saiz sekejap kecik sekejap besar, tapi rasa dia sedap! Hihihi :D

Resepi tart nenas ni senang sebab guna bahan yang sikit je. Lepas tu dia menghasilkan tart nenas yang lembut cair dimulut. Melting gitu... Semalam aku buat 1 aduan ini menghasilkan tart nenas sebanyak 80 biji (dengan syarat tart comey).

RESEPI TART NENAS SIMPLE. CONFIRM JADI !

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Cantik kuning je tart nenas aku walau saiz dia sekejap kecik, sekejap besar. Ko dah kenapa semua adik beradik seibu tapi sorang kecik, sorang besar, sorang lonjong? Kahkah.

BAHAN-BAHAN:-

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Bahan A:
250g buttercup
2sb gula kastor (aku bantai guna gula icing)
1 sb minyak sapi
1 bj kuning telur
1 penutup pewarna kuning
1 penutup esen vanila (bagi kuih wangi bila dibakar)

Bahan B (ayak):
2.5 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
2 sb susu tepung

Glazing:
1 biji telur + sedikit pewarna kuning

Inti nenas. Nak ganti inti blueberry nanti jadi tart blueberry lah ye..

CARA MASAK:-
1) Campur semua Bahan A dalam mixer bowl, putar mixer kelajuan sederhana sampai semua gula hancur. Nak tahu gula dah hancur ke belum, masa mix tu takde bunyi gula.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Buttercup 250g tu 1 bungkus kecik tu. Masukkan je semua sekali.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Mula-mula gaul guna senduk dulu. Lepas tu kita guna mixer dengan kelajuan sederhana sampai gula hancur.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

2) Ayak semua Bahan B dan masukkan perlahan-lahan dalam adunan Bahan A tadi.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Standard guna cawan teh ni. Sukahati korang nak guna cawan saiz cemana. Jangan guna cawan saiz jumbo sudah, haha. 

3) Uli sebati sampai doh tak melekat kat dinding bekas. Kira ok dah tu. Ambik acuan tart, masukkan doh ke dalam acuan tart tadi. Sekarang tekan kuat-kuat sampai keluar macam ulat bulu jadi dia doh tu, hahaha. Semput okay menekan doh ni. Agak-agak malas nak buat tart terus bakar jadi semperit pulak! Ekekeke. 

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi
Letakkan jem nenas yang dibulat-bulat kat hujung doh. Saiz jem tu agak-agaklah besar dia. Jangan letak besar penumbuk ko pulak.

4) Panaskan oven 170 darjah selama 20 minit.
5) Dah siap gulung, sapukan glazing campuran telur dan pewarna kuning atas permukaan tart. 
6) Oven dah cukup panas, masukkan tart ke dalam oven. Bakar pada suhu 160 darjah (oven aku 170 darjah) selama 25 minit api atas bawah atau ikut kesesuaian oven korang. Test dulu.
7) Dah masak, biarkan sejuk atas redai sebelum masukkan dalam bekas kedap udara.

Resepi Tart Nenas Simple & Pasti Jadi

Dah siap.
Aku buat saiz kecik comey sikit, dapat dalam 80 biji tart nenas.
Hasil dia memang lembut, cair dimulut, yummeh. 

Baca selengkapnya

Tuesday, June 28, 2016

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramadhan Murah & Sedap

Buffet Ramadhan Murah & Sedap | Cafe Cerita Kambing | Ye, kita tau yang awak-awak semua dah tak heran pasal bufet buka puasa dah. Ni kira dah masuk minggu-minggu akhir, semua dah pakat berbuka kat rumah. Jimat duitlah katakan, hehe. Ke masih berbuka kat luar? Kalau gitu, kita samalah *sepp dulu*, ekekeke. Sebenarnya cerita ni cerita minggu lepas. Satu office berbuka puasa sama-sama di Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall Shah Alam.

Bila pilih nak berbuka sama-sama ni, kena fikir juga staf yang ada family ramai. Anak ramai. Mak pak eh berbuka kat luar, takkan anak-anak comey tu kena tinggai kat rumah kan? Ada staf yang anak 6 orang. Kalau buffet 1 kepala dah RM48. Bila dah 1 keluarga sampai 8 orang? Peh. Dari elok-elok happy-happy berbuka sama-sama, terus jadi gundah gulana masam muka T_T. Takmo macam tu tau! Thats why kami pilih berbuka kat sini.

Alhamdulillah, per head di Cafe Cerita Kambing ni berpatutan. Dan semestinya banyak pilihan. Dah pernah datang sini? Kalau belum, meh join cerita kita ni haaaa :)

Bufet Ramadhan Murah & Sedap | Cafe Cerita Kambing

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Dewasa RM28
Kanak-kanak separuh harga RM14

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Baru sampai.
Sampai-sampai je tengok dah ramai yang beratur nak ambik makanan. Sampai agak lambat sebab sesat sebenarnya. Padahal guna waze kut. Hampagas betul, haha.

Waze tunjuk Anggerik Mall tu sebelah SACC Mall. Ingatkan dekat sebelah-sebelah je. Tapi kawasan parking dia yang problem. Kitorang mula-mula sampai awal, masuk SACC Mall dulu. Dah berjalan macam tu, bila tengok balik rupanya jauh jugak nak berjalan ke Anggerik Mall. Bila dah kenyang makan nanti, mau pengsan jugak nak menapak keluar cari parking kat SACC Mall tu. So, kena keluar SACC Mall, pusing redah jem yang menggila tu ke Anggerik Mall. 

Alhamdulillah, selamat iols sampai sebelum azan. Kira sampai dah sipi-sipi lagi nak azan ah. Terus beratur ambik nasik! 

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Ada nasi beriani, ayam masak merah, sayur campur, daging dengan dalca rasanya. Ayam amsak merah dia serius sedap! Boleh ratah gitu je takde nasik.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Kaunter lain.
Ada sambal udang, sayur, asam pedas ikan dengan ikan sweet sour.
Meja ni aku tak nampakkkkkkk. Terlindung dek ramai nau orang.
Hampeh.

Tapi ada tentera aku yang tolong ambikkan. Yey. 
Lap u adik! 

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Bawak 2 tentera upahan sebagai backup ambik makanan, hehe.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Cafe Cerita Kambing kan nama dia. Haruslah ada kambing bakar!
Kambing bakar dia best best best. Daging kambing tak berbau, lembut je bila dah makan.
Blackpaper sauce pun best. 

Kalau dapat tengok kambing sekoq bergolek-golek lagi best jugak kut. Haha.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Ada jugak laksa johor, soto ayam.
Kuah soto ayam tu pekat. Best. Banyak isi.
Laksa johor pun okay. Cuma mungkin sebab makan masa dah kenyang, tak lalu nak habiskan.
But overall best.

Mengambing di Cafe Cerita Kambing | Bufet Ramdhan Murah & Sedap

Gambar orang tengah telan pun nak ambik. Buruk kut T_T

Review aku untuk Buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing:

Secara keseluruhan, pilihan makanan yang disediakan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Ye lah, dengan harga serendah RM28, macam-macam yang ada. Antara sajian buffet yang disediakan:

- Nasi putih / nasi beriani
- Ayam masak merah
- Daging dendeng
- Sayur campur
- Dalca
- Buah-buahan
- Appetiser (kuih & agar-agar)
- Kambing bakar
- Sambal udang
- Asam pedas ikan
- Ikan masam manis
- Soto ayam
- Laksa Johor
- Air sejuk 2 jenis
- Air panas
- Kurma 

Makanan pun sedap-sedap rasa dia, kena dengan tekak aku. Syukurrrrr. Boleh aku telan banyak-banyak, haha :D. Makanan pun direfill bila habis. Eh. Tambah lagi peluang nak makan banyak :D

Selain tu, Anggerik Mall juga menyediakan tapak parking yang luas untuk kita datang dan membeli belah atau berbuka di sini. Bayaran masuk hanya RM2 per entry. 

Selain bulan Ramadhan, Cafe Cerita Kambing juga dibuka pada hari-hari biasa. Nak datang sini boleh je waze Cafe Cerita Kambing Anggerik Mall Shah Alam atau ke alamat ni:

Cafe Cerita Kambing
Lot 1-12, Anggerik Mall
Jalan 14/2, Seksyen 14
Shah Alam

Baca selengkapnya

Friday, June 17, 2016

Pelaburan Akhirat dengan Program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016

Pelaburan Akhirat dengan Program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016 | Hai. Sebut pasal pahala semua berlumba-lumba klik teruja kan? Alhamdulillah :). Nak tak Kak Sha share peluang untuk menjana pahala berterusan untuk diri sendiri, dengan mewakafkan Al-Quran di tempat-tempat yang mahu. Sama ada di masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan ataupun orang perseorangan mahupun dimana-mana yang sesuai mengikut kepada permintaan kita.

Perkenalkan Program Wakaf Al-Quran Bookcafe 2016 yang dilancarkan oleh PTS Bookcafe yang telah bermula pada 2013 dan berterusan hingga kini. 

PROGRAM WAKAF AL-QURAN BOOKCAFE 2016

Peluang Menjana Pahala dengan program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016

Sepanjang Program Wakaf Al-Quran Bookcafe ini dijalankan dari 2013 hingga kini, sebanyak 3,372 naskah Al-Quran, 680 Yasin dan 650 buah buku berjaya dihantar kepada 49 organisasi penerima wakaf.

Tahun 2013 - 2014:
~ 680 naskah Al-Quran dihantar kepada 12 organisasi
~ 680 naskah Yasin dihantar kepada 5 organisasi
~ 650 naskah buku dihantar kepada 5 organisasi

Tahun 2015:
~2,692 naskah Al-Quran dihantar kepada 27 organisasi


PELABURAN UNTUK NEGERI AKHIRAT
Dengan hanya pelaburan RM15, kita boleh membuat pelaburan untuk negeri akhirat. Disini disertakan berapa bilangan yang boleh diwakafkan, dan jangan risau, penghantaran adalah PERCUMA.

Peluang Menjana Pahala dengan program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016

* 1 - 19 naskah : Bookcafe akan kumpul & carikan lokasi wakaf yang sesuai
* 20 naskah ke atas : Anda boleh tentukan ke mana Al-Quran perlu diwakafkan. Tapi kalau tak pasti boleh diserahkan kepada Bookcafe untuk lokasi yang sesuai.

Atau boleh juga berwakaf buku. Boleh klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

Peluang Menjana Pahala dengan program Wakaf Al Quran Bookcafe 2016
Layari https://bookcafe.com.my/en/promosi-bookcafe/wakaf/

Jika anda berminat untuk berwakaf ataupun mahu melihat gambar dan senarai penerima Wakaf Al-Quran Bookcafe dari tahun 2013 hingga kini, boleh ke:


Terima kasih.


Baca selengkapnya

Thursday, June 16, 2016

Lunch @PappaRich Sunway Piramid

Lunch di PappaRich Sunway Piramid | Haip, sebelum teruskan, aku bagi tahu dulu yang makan-makan ni sebelum bulan puasa hari tu. Kalau tak matiklah kena tangkap tengahari lunch terus masuk van jenazah, hehe. Baru 2 hari masuk, terus join kawan-kawan ofis lunch di PappaRich Sunway Piramid. Terus terang kan, aku sebenarnya first time jejak masuk Sunway Piramid, haha. Serius, selalu lalu lalang tengok dari luar je. Kesian betul, ekekeke :D. 

Bila drive rupanya dekat sangat Sunway Piramid dengan ofis. Ohemji, patutlah ramai yang offer diri nak bertukar ke sini, centre of KL rupanya. Banyak nau shopping complex. Zip wallet ketat-ketat :D. Tapi makan PappaRich kita buka dulu zip wallet. Nak makan setiap hari takdelah pilih yang mahai-mahai. PappaRich just nice harga dia untuk rakyat marhaen seperti aku. 

PappaRich | MALAYSIAN DELIGHTS

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia
Ipoh Kueytiaw Soup with Steamed Chicken RM14.50

Nak diet konon, tu yang mintak Steamed Chicken. Tapi makan kueytiaw? Cemana tu? Haha. Tapi mangkuk kueytiaw tu besar! Puas hati makan. 

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia
Hainan Toasted Bread with Curry Chicken

Kuah kari ayam tu pekatnya oiii. Sedap je nampak, lagi satu peha ayam tu dah macam peha ayam gergasi. Besar jugak! Sedap. Recommended!

Customer Service PappaRich Sunway 
 Tak sure interior design kat cawangan lain macam mana, tapi di Sunway Piramid ni, interior PappaRich depa buat macam kedai Baba Nyonya. Ada meja bulat kecik yang boleh untuk 2 orang (somehow curious kalau makan banyak cemana pinggan tak berlaga ke?), the wall dan lantai semua. Memang macam kedai Baba Nyonya Melaka tu. Clean and neat. Waiter pun sampai sangat cepat, kitorang baru duduk 5 saat dah sampai bawak buku order. Order yang fussy-fussy macam Kueytiaw Soup with Steam Chicken taknak kueytiaw (sebab diet Atkins :D), tapi ganti dengan a lottttttt of vege. DONE! Dapat macam apa yg kita request. Yey. Makanan pun laju sampai. 

Pilihan Menu Di PappaRich
Tak sempat nak snap gambar menu sangat. Banyak menu PappaRich offer. Mostly Malaysian food, macam Ipoh Kueytiaw Soup, Pappa Mee Goreng, Char Kueytiaw, Nasi Lemak with Fried/Curry Chicken, Asam Laksa, eh. Banyaklah lagi yang lain dan juga selection of western food. 

Menu yang aku snap cuma 2 keping sebab laju nau waiter tu ambik buku. Nak ambik ambiklah dikk. Akak tumpang snap 2 gambar je. Jadilah buat penambah cerita, hihi.

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Esok lusa lepas Ramadhan nak try Curry Laksa dia sebab nampak ada kerang kat dalam tu. Kita tengok ada tak sebijik macam dalam gambar :D

PROMOSI RAMADHAN PAPPARICH MALAYSIA

Lunch di PappaRich Sunway Piramid; Promosi Ramadhan PappaRich Malaysia

Sempena Ramadhan ni, PappaRich Malaysia buat promosi "JOM MAKAN MALAM" dari 6 petang hingga 9 malam, Weekdays sehingga 5 Julai 2016 sahaja. Bila makan malam / berbuka tu, ada 10% discount sama ada dine-in atau take away dari harga keseluruhan in one single bill dengan syarat minimum purchase RM10.

Esok-esok kalau kebetulan terjumpa PappaRich ni, nak berbuka, jangan lupa bayar in 1 single bill tau! Dapat 10% less. 

For more info, log on to http://papparich.com.my/




Baca selengkapnya

Wednesday, June 15, 2016

Mula dah window shopping raya!

Mula dah window shopping raya! | Hari tu Kak Ana dari www.anajingga.com ada share di wall facebook, soalan yang berbunyi lebih kurang macam ni. Kenapa ramai orang tak selfie / share lauk sahur? Kalau masa berbuka jangan cakap lah. Terlalu banyak, sampai naik lapar orang tengok gambar makanan tu. Tinggal tak terkeluar ayaq liur je, haha :D. Tapi sebenarnya ada ja yang share, even gambar makan sahur lauk telur dadar. Tu dia telur dadar kita makan sahur hari tu.


Tak tahu lah orang lain, tapi family aku memang jenis makan berat masa sahur. Sahur dengan nasi lauk ayam masak merah, tomyam. Tu perkara biasa je tuu. Sahur dengan ayam pencen lemak cili api pun ada. Pendek kata, apa lauk yang berbuka malam sebelumnya, simpan sikit untuk dibawa ke sahur. Senang tak payah masak dah, tinggal nak panaskan lauk je.

Haaaa, gitu kekdah dia. Jimat masa dan tenaga. Yang lauk telur dadar ni, sebenarnya malam tu tinggal tauge masak lemak je. Esoknya macam tak selera pulak makan tauge je, jadi kita combine dengan telur dadar dan telur dadar kicap (yang legam sikit tu, ekekeke). Kisah telur legam tu memang nak cerita dari kecik sekolah rendah lagi dah buat gitu. Kitorang panggil telur kicap. Cara mudah nak bagi telur tu berasa kicap, tapi malas nak goreng mata, then tumis kicap. Pernah buat gitu tak korang?

Tak kisah pun makan apa sebenarnya, tapi pastikan kita dapatkan keberkatan bersahur tu, walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas air kosong. Kan?

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Hah. Belum masuk 15 Ramadhan dah sibuk terjah kedai cari baju raya! Siapa punya perangai la tu? Ekekeke :D

Jumaatkan waktu rehat panjang sikit. Tambah-tambah bulan puasa, extra lagi panjang. So aku dengan ofismate saja gatai nak survey baju raya. Rasanya Seksyen 7 Shah Alam yang belakang gate UiTM tu. Tak sure sangat seksyen berapa sebab aku memang fail tempat kat Shah Alam ni. Dulu LI 3 bulan sekejap je, kalau datang sini asyiklah sesat. 

Sorang nak survey Jovian, sorang nak masuk Bella Ammara, sorang Calaqisya. Tapi in the end, semua kedai kitorang masuk. Ekekeke. Pompuan, kalau kata nak pegi situ je, last-last kedai kiri kanan depan belakang semua dia terjah masuk window shopping jugak :D

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

Comey outley Calaqisya. Serba pink.
Tapi tak beli pape pun dalam ni. Kata window kan. :D
Lepas tu melarat pegi outlet sebelah-sebelah dia. Apa lagi ye yang ada? Hmm. Tak ingat. Banyak gila masuk, touchdown, melepet kat kerusi, then blah! Haha. Memang touch and go konsepnya. Smart tag je belum mampu sebab faktor rabun, ekekeke.

Masuk Butik Rina Salleh tengok koleksi jubah (ke dress) dia. Fuh. Cantik gilos! Tambah-tambah koleksi raya dia, alahai. Cantik angat! Lepas tu kan ternampak pulak skirt yang corak dia sebijik blouse kita. Kahkahkah. Tapi blouse tu beli lama dah, memang blouse je takde pair dengan skirt. Beli online dengan kawan kita. Haaaaaaaa, cemana boleh jadi gitu? Ekekeke :D

Promosi raya butik-butik di Seksyen 7 Shah Alam: Calaqisya, Bella Ammara, Jovian, Latyra, Ariani, D'Haja

D'Haja ni butik last rasanya. Lepas tu surrender nak jalan dah. Ko mampu bulan puasa tengah-tengah hari window shopping. Kalau dalam shopping complex okay lagi kut. Ni panas okay. Masuk Calaqisya tu, geram je tengok air dalam esbok. Tu lah, sapa suruh keluar berjalan tengah-tengah hari puasa kan? Mendapatlah sendiri T_T

Ada tudung Irma Hasmie dalam ni. Harga affordable jugak :) Sebelum masuk D'Haja ni, saja masuk Butik Fareeda. Nak tengok jugak shawl dengan tudung yang jadi rebutan sampai orang berebut-rebut tarik-tarik tudung rambut segala tu. I have big expectation yang corak cantik, material bagus sebab mahal kan?

Tapi.............
Mungkin peminat Fareeda je ada jawapan untuk 'keminatan' diorang. Hehe. Yang tak minat (macam aku) duduk dendiam. :D. Tapi nak tanyalah korang, memang chiffon yang depa guna tu chiffon nipis yang ringan gilos tu ke untuk tudung & shawl sebelum ni? See thru sangatlah.

Dari jauh dengar Jakel memanggil-manggil masuk khemah depa. MC Jakel sangat cargas okay. Tak berhenti-henti bercakap. 2 jam aku dengar suara dia je atas jalan tu. Tapi tak termasuk Jakel pun sebab sebelum ni dah pegi Oh!! Meriahnya Raya bersama Jakel di Jakel Mall. Kira dah cuci mata lettew, hihi. Lagipun bila puasa, nafsu shopping tu macam lesap dibawa angin tengahari buta. Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu kuterkenangkan muuuuuuuuu. Pengsan T_T

Hasil dari Shah Alam ni hanyalah sebotol body mist Victoria Secret. Tu saja. Jadilah dari tangan kosong tapi penat sampai nak cium jalan :D




Baca selengkapnya

Monday, June 13, 2016

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Macam biasa, bulan-bulan puasa ni entry banyak share pasal menu berbuka puasa. Kalau ikutkan hari-hari berbuka, tapi ada sesetengah hari tak sempat snap sebab terus berbuka lapar sangat kekdahnya. Lagipun mak masak sedap sangat, tak toleh kiri kanan dah. Handphone pun sorry nak kelebet. Haha :D Sambal telur hancur, lemak pucuk ubi dengan ayam goreng ni menu berbuka hari Jumaat lepas. Nampak simple tapi makan tetap bertambah-tambah. Nak lagi ada cencalok original Melaka tu, Ya Allah. Apesal nasi aku cepat sangat habisss? Ekekeke :D

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Puasa tahun ini kami banyak masak sendiri dari membeli di bazar. Kalau tahun-tahun sebelum ini, faktor mak dan abah masih berkedai, bila dah petang tu, penat. Makanya lebih mudah untuk membeli di luar. Tapi tahun ini tidak. Alhamdulillah ada hikmah dah tak berkedai. Dapat bersama keluarga lebih kerap waktu-waktu berbuka dan sahur.

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Sambal telur hancur. Paling senang nak buat, agak-agak ko malas nak goreng satu-satu telur tu, hancurkan je. Senang & mudah. Cara dia senang je. Tumis bawang putih dan bawang merah. Dah naik bau masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Bukan pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Kehkehkeh.

Sambil kacau sambal tu, masukkan tomato yang dibelah 4. Perasakan dengan garam. Lepas sambal dah pecah minyak, masukkan telur dalam 3 biji. Dah masuk telur tu, ko kacau je hancur-hancurkan telur tu. Kacau rata sampai kering. Settle. Siap 1 lauk. 5 minit je masa.

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Lemak pucuk ubi. Pun sonang. Kelapa sebijik, dapatkan santan. Pucuk ubi malas nak tumbuk ko racik-racik halus je. Lepas tu sediakan periuk. Nak guna kuali pun boleh. Suka hati korang. Masukkan santan, bawang putih, bawang merah, serbuk kunyit. 

Santan dah menggelegak, masukkan pucuk ubi yang dah racik tu. Kacau sampai pucuk ubi layu. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api. Settle. 

Sambal Telur Hancur, Lemak Pucuk Ubi dan Ayam Goreng Menu Simple Tapi Sedap Untuk Berbuka

Ayam goreng kunyit. Semua part yang kita suka jeeee. Yey :)

Sebelum ni ada sambal paru dengan kari kambing. Tapi sebab ada anak dara kecik 2 orang kat rumah tu, tak sempat nak snap. Aktif betul naik atas meja, naik kerusi. Lepas tu kita makan kat meja makan, depa pun sama nak duduk makan. Fefeling orang dewasa berpuasa gitu. Siap asyik jatuh je ke tepi. Nak berjaga diorang punya pasal, terlupa terus. 

Okay. Even menu simple, moga membantu buat yang tengah memikir nak masak apa untuk berbuka. :)



Baca selengkapnya

Bateri Kereta Kong? Jangan Risau, Bateriku.com Ada!

Biasa orang perempuan ni, selalu kena kata pandai bawak kereta je, tapi benda lain tak tahu. Isi minyak okaylah, ramai yg tahu. Tapi part isi angin tayar, berapa tekanan tayar tu kena set, nak servis asas kereta sebelum nak jalan jauh. Belum masuk part bateri kereta kong. Nak charge ke nak ganti baru. Boleh kata berapa kerat je yang tahu. Isi angin tayar tu senang je, tapi kalau bateri kereta kong, memang menangis tepi jalanlah jawabnya.

Pengalaman pertama belajar isi angin tayar sendiri, peh. Berpeluh bawah panas wehhhh. Siap call abah tanya, "Abah, berapa tekanan tayar nak kena tekan kat mesin ni?" First time isi minyak, "Abah, nak guna minyak kaler hijau ke kuning? RON 95 ke 97?" Ekekeke. Nampak jahil nau.

Bateri kereta kong? Aish. Pernah kut. Masa study dulu, pernah je kereta tak mau hidup sebab bateri kong. Pusing-pusing kunci, grrrrrggrrrrrgrrrr je yg keluar bunyi. Dah serupa bunyi naga bersin je. Haha. Tapi kereta tak nak hidup. Dah lah sorang-sorang pg shopping time tu. Tersadailah aku tepi jalan sambil terkebil-kebil. 

Dah kerja ni, dah kena hadap jem segala. Dah lah lepas ni perlu berulang Kajang - Kelana Jaya. Jauh dan jem teruk. Kalau tetiba bateri kong tengah jalan, nak panggil siapa pulak? Hah. Mari aku perkenalkan Bateriku.com.


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

Bateriku.com adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri kereta on-site. 


Perkhidmatan penghantaran, pemasangan dan pemeriksaan bateri kereta kong di Kajang

Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong Dengan Bateriku.com

>Menyediakan khidmat Penghantaran - Pemeriksaan - Pemasangan PERCUMA kepada pelanggan.
>Terdapat semua jenis bateri untuk semua jenis kenderaan. Kiranya tak payah pening kepala nk cari di luar.
>Harga yang murah untuk sebarang pembelian bateri.


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

>TIDAK AKAN CHARGE sebarang bayaran sekiranya selepas pemeriksaan, krew Bateriku.com dapati bateri lama masih elok dan tiada keperluan untuk membeli bateri baru pada masa tersebut.
>Pemeriksaan dilakukan dengan teliti pada alternator dan starter untuk memastikan masalah benar berpunca dari bateri.


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

>Boleh hubungi Bateriku.com secara phone call mahupun Whatsapp dan Bateriku.com akan datang untuk membantu. Mudah dan pantas.

PERBEZAAN BATERIKU.COM DAN PERKHIDMATAN BATERI KERETA LAIN.

>Harga lebih murah berbanding dengan harga bateri kereta yang dijual di kedai.


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

>Delivery service ke tempat kereta kita bermasalah. Tak perlu lagi keluar mencari di kawasan sekitar.
>Sekiranya masalah kereta bukan berpunca dari bateri, khidmat pemeriksaan dari staf Bateriku.com adalah PERCUMA. Yes. FREE.


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

>Tak ada cash nak bayar pembelian Bateriku.com? Dont worry. Boleh gunakan kad kredit / debit.
>Paling best, selain pemeriksaan bateri, Bateriku.com juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan komponen mekanikal dan elektrikal kereta at no extra cost! No hidden cost!


Penyelesaian Pantas Bateri Kereta Kong di Kajang Dengan Bateriku.com

Untuk warga Kajang dan sekitarnya.
Sekiranya ada masalah bateri, mahupun masalah kereta yang lain, jangan lupa hubungi Bateriku.com! 

PANGGIL BATERIKU.COM UNTUK PEMERIKSAAN PERCUMA !
Hotline: 1-800-22-2324 
Whatsapp: 012-245-8027 


Baca selengkapnya

Best Ways to Get a House Price Down

Best Ways to Get a House Price Down

The housing market can be up and it can be down depending on where you are looking to move. However, when you consider the fact that people tend to get starry eyed when they find the perfect property, it only makes sense why some houses are able to command a bit more money. Instead of just throwing more money than you would like (which could be thousands if not tens of thousands of dollars at a house, why not try some of the most proven tricks to see if you can get the cost down just a bit before you buy?

Tips dan cara untuk mengurangkan harga rumah

Point Out Flaws
This can be a very tricky area because you don’t want to walk into a place where people have lived for years and tell them all of the things wrong. However, you also don’t need to tiptoe through a potential buy and act like everything is perfect. It isn’t. If the house was perfect, then the person wouldn’t be leaving.

What you can do is be honest with both yourself and the other party about what needs to be done. If the roof needs to be replaced or the flooring is going to need to have work done to it, then point all of them out and allow the other party to know you would like a discount because you are going to need to fix those items in addition to buying the property. If done gracefully then they won’t be offended and the worst that will happen is they can ignore you but it might give you some wiggle room in the bidding process.

Come in Low
Another common mistake buyers will make is to offer list price or not to at least haggle a little bit. If asking someone for a slight discount is uncomfortable, just remember they don’t set the final price; it’s what you both agree on that counts. By having the ability to bid on the house at a decreased amount then even if they counter they will still be closer than you started off at and you have probably shaved thousands of dollars off of the cost of the home just because you asked. It’s an insane idea that doesn’t work in many other forms of business, but if you just ask for a cheaper price then you can possibly get it down quickly.

Appeal to Their Kinder Side
One idea some people have is to ask for money off because you need help. It may not always be used and it may not always work, but if you can explain your situation (be it just starting a family, just getting a first time home, bringing a little one into the house, etc.), then you might be able to appeal to the seller’s kinder side and have some money off. It isn’t hard to just ask and you could see some fruitful results.

Have a Convenient Offer
While you want to save money on a given property and potential home buy, you can still present an offer that is more beneficial to the seller than others may be able (or willing) to do. For example, coming in with a cash offer means the deal will be closed quickly. Having no conditions could be a risky move, but if you are confident in the building then you could make the process much quicker. And even if you are preapproved, then you could absolutely be someone that the seller wants to work with. Remember that they do want to sell the house for a reason and the last thing that they want to do is sit around and let the house stay on the market. Anything you can do to show them you are serious and will close the deal quickly could have them drop the price.

Old Fashioned Negotiation
While pitting potential sellers and their homes against each other is a bold strategy, there are some individuals who try it. Without fully offering a formal bid on a home, you could conceivably find a few houses that you like pretty equally and then tell the sellers that you need a discount. If they are motivated sellers, then they could drop the price for fear of you going to the other house you like. And, even if they tell you to go away, you could continue to find an additional house for sale with PropertyGuru Malaysia and start the process all over again until you find the right home at the right price.

When it is all said and done there really isn’t a perfect house out there. The key is to find the house that brings you the most happiness, and to make sure that you don’t overpay for it either. After all, how can you truly be happy in a house if you are spending more money on it than it is worth or than you should have to?


Baca selengkapnya

Followers

Google+