SweetMuslimah.com

Saturday, May 21, 2016

Tinggi sangat sarcasm mu bang

I am following page Kisah Rumah.Tangga, KRT. Saja je follow, even rumah Kak Sha masih tidak bertangga. Haha. Sebab tajuk page macam best, kut-kut dapat ilmu rumah tangga in advance buat simpanan masa hadapan :D

Tapi baru-baru ni, baca apa yg depa post, kekadang klakar. Dah kenapa ko tanya soklan-soklan gaya gini? Aduhai. 


Kesian anak dia, expectation omak eh tinggi melangit. Risau anak baru 4 tahun tak kenal abc, 123, alif ba ta. Baru umur 4 tahun kut.

Tapi tak boleh juga salahkan omak eh. Zaman sekarang ni kuat benar perbandingan. Kejap-kejap kena banding dengan anak orang depan, anak sedara sendiri, sepupu sendiri. Anak awak dapat no berapa? UPSR berapa A? Mana omak tak stress. Cumanya itulah. Nak bersaing boleh, nak risau boleh. Tapi biarlah bertempat. 

Dulu adik bongsu Kak Sha, sampai Darjah 6, mengeja pun tersekat-sekat. Ini cerita betul tau. Setiap kali berita kan ada berita kecik yang laju lalu bawah tv tu kan? Tak pun subtitle cerita. Bila suruh adik baca, boleh dengar lagi dia mengeja perkataan. Masa tu umur dia 12 tahun kut. Iols sebagai kakak rasa sangat loser masa tu. Akak eh blaja 10 tingkat, adik eh membaca pun merangkak-rangkak lagi :(

Mak risau sangat masa tu. Macam mana anak aku nk jawab exam kalau baca soalan pun x pandai? Kan? Setiap hari kena paksa baca paper. Tapi cenggitulah. Kena paksa, takmau jugak pandai. Entah nk brainwash cemana lagi tak tahulah. Si kakak yg perasan loser ni pun punyalah duduk tepi dia paksa baca subtitle cerita. Tapi selalunya subtitle terlepas, dia baru baca separuh ayat. Laaaagi akak rasa loserr yakmat :(

Tapi Alhamdulillah, lepas abah belikan handphone cokia xde internet, tapi boleh mesej untuk adik. Lepas tu dia improve. Sebab apa boleh improve? Sebab dia nk mesej kawan-kawan dia. Akak dia. Kalau x pandai baca, cemana nak mesej, ye tak?

His first mesej sampai sekarang Kak Sha ingat. "Akak buat apa"

Ayat baku dan perkataan penuh. No short form okay :D. 2,3 hari lepas tu pun ulang ayat yg sama nk mula mesej. Dah aku fikir buang tebiat ke adik aku ni? Hahaha. Tapi bila kita balas panjang sikit, dia tak balas pulak. Taktau eja lettew T_T

But now, dah ok. Alhamdulillah. Beberapa bulan lepas belajar menaip dari handphone, lancar dah membaca. Tak kata cara ni adalah the best method, tapi cara setiap orang utk improve berbeza. Dan tak digalakkan pun sebenarnya bagi handphone kat anak dari kecik lagi.

Sekarang dah habis belajar, dah kerja pun adik bongsu Kak Sha tu. Alhamdulillah  :)

Tak salah nak risau, but plissss risau pada tempatnya. Mungkin cara omak tu kena lebih creative & innovative sesuai dengan umur anak. Taaaaappiii... Jawapan sarcastic brader tu I loike, ekekeke. Tinggi sangat sarcasm mu bang. 




Tinggi sangat sarcasm mu bang
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

6 comments

Tulis comments
avatar
May 23, 2016 at 2:53 AM

kadang2 jadi macam tekanan plak anak2 tu.. memanglah taknak anak ketinggalan
tapi 4 tahun kot? biarla diorang bermain dengan dunia diorang dulu.. yang penting pantau...

Reply
avatar
June 2, 2016 at 1:47 PM

Nani ada baca jugak pasal ni kak Sha. Alahai baru empat tahun kot tak beragak langsung. Taksabaaar nak hantar anak belajar oversea mungkin tu suruh belajar awal awal. Ekekeke :p

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:04 PM

kdg2 sy x fhm dgn perangai mak bapak zaman skrg...

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:07 PM

Betul tu. Kesian anak-anak tu tak dapat rasa zaman permainan. Dari kecik dah distresskan dengan belajar. Hurm.

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:08 PM

Ekekeke. Awai nau persediaan nak pergi oversea. Tapi ye lah. Expectation setiap orang ni lain.

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:31 PM

Entahlah. Sebab terlalu ikutkan sangat persaingan agaknya sampai jadi macam ni.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+