Tuesday, May 10, 2016

# Hiburan # Movie

Captain America: Civil War | Sinopsis & Review

Konon nak buat review Captain America: Civil War ni dari minggu lepas lagi. Tapi asyik tertangguh-tangguh. Kebetulan pulak dalam facebook dah ada bloopers sinopsis Captain America: Civil War ni. Lagilah jadi malas nak bagi sinopsis dengan review. Korang dah baca dan tengok kut. Hehe.

Tapi apa aku peduli, ekekeke. So, keluarlah entry hari ini, Review & Sinopsis Captain America: Civil War dari perspektif Kak Sha. Silakan baca sampai habis ye. Kali ni bagi pendek-pendek je sebab review 10 Cloverfield Lane ada orang kata panjang sangat. Heh. Sukati Kak Sha lah nak panjang ke pendek review. Grrrrrrrr. 

SINOPSIS CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR

Captain America: Civil War | Sinopsis & Review

Dengan tagline "United We Stand, Divided We Fall" Captain America: Civil War bermula dengan perselisihan pendapat antara Steve Rogers / Captain America dan Tony Stark sama ada hendak menandatangani Persetiaan Sokovia atau tidak. Tony Stark bersetuju dengan idea dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya anggota Avengers dipantau untuk mengelakkan sebarang kemusnahan dan kacau-bilau seperti yang pernah terjadi sebelum ini dibeberapa buah negara.

Stark bersetuju untuk menandatangani Persetiaan tersebut berpunca daripada perasaan bersalahnya yang menyebabkan ribuan mati ketika di Sokovia dahulu. Tetapi idea tersebut ditentang oleh Captain America yang beranggapan Avengers ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa perlu campur tangan dari pihak luar.

Perselisihan pendapat tersebut membawa kepada perpecahan Avengers. Ada yang berpihak dengan Captain America (Scarlet Witch, Hawkeye, Ant-Man, Falcon) dan sebilangannya (Black Widow, Vision, Spiderman) berpihak kepada Tony Stark. 

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Raja Wakanda, pemerintah Sokovia mati disebabkan pengeboman bangunan tempat Persetiaan Sokovia akan ditandatangani. Dan suspek utama adalah Winter Soldier / Bucky, kawan lama Steve Rogers. Avengers telah ditugaskan untuk menangkap Winter Soldiers, tetapi telah dihalang oleh Captain America. Kejadian tersebut menyebabkan Captain America dan kumpulannya dilabel sebagai pembelot.

Captain America: Civil War | Sinopsis & Review

Pertelingkahan diteruskan sehingga membawa kepada penemuan base lama Hydra. Tengah bergaduh-gaduh tu, rupanya Avengers ni telah diperkotak-katikkan dan ditipu untuk berpecah-belah oleh seseorang yang ingin membalas dendam diatas kematian seluruh ahli keluarganya semasa di Sokovia dulu. Ye ah, nak berperang tak ada super power, jalan penyelesaian paling baik, buat Avengers berperang sesama sendiri. Pandai.

Cerita ini berakhir dengan Captain America hantar surat mintak maaf sebab tak pernah bagitahu yang dia tahu Bucky bunuh parents Tony Stark. Dan dia juga kata mereka akan sentiasa ada dan menyokong Avengers apabila diperlukan.

REVIEW CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR

Captain America: Civil War | Sinopsis & Review

1) Kalau yang tak tengok francais Captain America atau Avengers sebelum ni, mesti agak lost sepanjang cerita. Haha. Sebab Captaian America: Civil War ini bersambung dari movie Captain America: The Winter Soldier dan Avengers: Age of Ultron. Tapi yang cepat faham tak ada masalah rasanya. Carry on dude, tehehehe :D

2) Watak Spiderman dan Ant-Man dalam ni memang sebagai penambah perisa atau bahasa paling simple, unsur humor. Dialog pun quite funny dan bila Ant-Man bertukar dari sekecil-kecil semut ke sebesar-besar Godzila, dialog dan perwatakan masih kelakar. Sebab ini francais Marvel, dah agak dah ada unsur humor sikit. Bolehlah.

3) Filem ini mengajar erti kesetiaan dan semangat setiakawan. Sebab tu depa guna tagline "United We Stand, Divided We Fall". Apabila Avengers dah berpecah belah, kekuatan Avengers pun berkurangan dan musuh dapat memusnahkan mereka sekejap je.

4) Last sekali, rasanya movie ni tak patut dinamakan sebagai Captain America. They should change it to Avengers: Civil War. Dah majoriti watak marvel diorang keluarkan. Hulk dengan Thor busy entah sesat kat mana :p. Pada aku, the whole movie, lebih banyak kepada Tony Stark dan kisah silam dia sebenarnya. Tapi the production must know better!

Piirah sesuka hati je nak tukar cerita orang ! Haha.

So, korang yang belum tengok, silakan ke panggung wayang. Peminat dan follower Marvel dan movie genre action mesti minat sokmo sebab masa aku tengok pun, second day tayangan. Orang beratur beli tiket sampai ke tangga okay! Gila ingat dah datang awal pukul 12.30 tu. Rupanya berjuta lagi awal. Fuhh T_T. Ada beberapa francais Marvel yang akan ditayangkan tahun ini dan tahun depan. Antaranya:

- Doctor Strange (2016)
- Guardians of teh Galaxy vol. 2 (2017)
- Spiderman: Homecoming (2017)
- Thor: Ragnarok (2017)
- Black Panther (2018)
- Avengers: Infinity War - Part 1 (2018)
- Ant-Man and the Wasp (2018)
- Captain Marvel (2019)
- Avengers: Infinity War - Part 2 (2019)

Panjang senarai sampai 2019 ! Harap bertabah :D



12 comments:

  1. Oh rasa macam lebih kurang plot batman vs superman je cerita nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Rencah utama, perbezaan pendapat & fight each other. Mostly movie sekarang genre macam tu.

      Delete
  2. lepas ni infinity war pulak, suka benar war war

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa war, hidup tidak bermakna, ekeke :D

      Delete
  3. Tak sempat tengok lagi. Baru ni gi tengok AADC 2 Hehehe !

    ReplyDelete
  4. sofar, movie of the year! hehe

    excited tunggu dr strange :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited jugak tunggu Mr. Strange. Nasib keluar tahun ni jugak. Kalau tak, pengsannnn :D

      Delete
  5. x sempat lagi nak layan ceta ni.. hihiih.. bz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Cik En, dahulukan kerja dulu. Movie-movie ni boleh tengok kemudian. :)

      Delete
  6. igt kn dpt tix free aritu rupanya x waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih, sapa yg berani tak bagi tix tuuuuu?

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+