SweetMuslimah.com

Wednesday, May 18, 2016

Resepi Brownies Kedut Guna 7 Bahan Je !

Resepi Brownies Kedut Simple Tapi Sedap | Hari-hari terakhir kat sini sempat lagi nak jadi urusetia kursus pendek. Rugi lepaskan sebab kalau jadi urusetia kursus yang dibuat pada weekend (bukan waktu bekerja kita), ada cuti menanti. Sapa nak bagi oii? Haha.

Kak Sha kursus kecantikan. Depa buat start dari cara nak cuci muka, step by step beauty routine, pakai mask, scrub muka, tangan. Semualah. Lepas habis cuci ajar cara nak mekap pulak. Light make up untuk office wear. Best tengok tapi iols tak berapa berkenan. Seksa pulak dressing peserta yang datang. Naik juling mata hakak okay :D. Jadi, banyak masa duduk kat bawah, sambil meronda lokasi kursus masakan. Tu yang termasuk kursus Brownies Kedut ni. Masuk-masuk je Ya Allah......... Sedapnya bau! Menjejes air liur okay. Menyesal tak jadi urursetia kursus ni. Ekekekeke. Tapi yang bestnya, dapatlah juga rasa sepotong dua, dan resepi nak buat senang nak pengsan. Guna 7 bahan asas je! Senang je. Jom buat sebelum puasa ni! Haha.

RESEPI BROWNIES KEDUT WITH NUTELLA KITKAT

Bahan-bahan:-
BAHAN A:
225g Dark Chocolate
135g butter 

BAHAN B:
3 Biji Telur Gred A
225g Gula

BAHAN C (Ayak dulu)
220g Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
35g Koko

CARA BUAT:-
1) Cairkan Bahan A menggunakan kaedah double boil.
2) Pukul Bahan B dalam bekas lain hingga kembang.
3) Masukkan Bahan A ke dalam bekas Bahan B. Gaul rata.
4) Kemudian masukkan Bahan C yang telah diayak. Gaul rata menggunakan mixer atau guna spatula pun boleh. Kuap balik sampai semua bahan sebati.
5) Kalau guna mixer, jangan lama sangat mix. Brownies ni teksture dia bukan macam kek. Kak Sha lagi suka dia kasar sikit, tak berderai. Better kuap balik guna spatula je.
6) Bakar selama 30 minit pada suhu 160 darjah.

Resepi Brownies Kedut Simple Tapi Sedap

Bila dah masak, biarkan brownies berada atas redai dalam oven tu seketika dalam keadaan pintu oven terbuka. Ini akan menghasilkan tekstur berkedut di permukaan brownies. Sejukkan dalam beberapa jam. Selepas itu, potong kecil. Saiz ikut suka korang.

Hiaskan dengan potongan kitkat dan Nutella. 

Resepi Brownies Kedut Simple Tapi Sedap

Dah serupa kotak telur pulak ambil gambar dari angle ni, haha. Tapi yang pasti guna resepi ni, brownies yang dihasilkan tak terlalu manis dan tekstur brownies just nice tak berderai. Bahan pun sikit je. 

Brownies tahan selama 4 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tapi ini, sekali buat terus habis kut. Tak sampai sehari, ekekeke.

Antara resepi lain yang best untuk puasa ni:
Biskut lidah kucing / Rainbow cookies
Tartlet : Cheese & Fruit Tart



Resepi Brownies Kedut Guna 7 Bahan Je !
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
May 18, 2016 at 11:34 AM

ok boleh cuba nanti.. hehehe

Reply
avatar
May 18, 2016 at 11:30 PM

hahah, macam2 nama orang gelar sekarang ek..
brownies kedut pon ada? (ke dah lama?)

Reply
avatar
June 2, 2016 at 1:35 PM

Lama dah brownies kedut ni. Cuma sekarang je terfemes balik sebab kedutan tu, haha.

Reply
avatar
June 2, 2016 at 1:50 PM

Ya Rabbi, dugaan tengok brownies sedap macam ni. Haha

Reply
avatar
June 3, 2016 at 2:45 PM

dapnya..terasa kecoklatannya..heheheh

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:24 PM

Tambah-tambah tengok masa tengah puasa macam ni. Adoiiiii. Pejam mata sat :D

Reply
avatar
June 7, 2016 at 12:26 PM

Aah, penuh rasa coklat brownies ni KG. Pengsannn :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+