Wednesday, May 18, 2016

# Lifestyle

Dah Terkena !

Semalam aku ada post pasal sewa rumah sewa aku. Pasal deposit rumah sewa sebenarnya. Aku tanya tuan rumah pasal deposit sebab hujung bulan ni last duduk situ. Nak transfer balik dah. So whatsapp tanya boleh tak waive duit sewa rumah bulan ni. Kira tuan rumah tak payah pulangkan deposit, kitorang tak payah bayar sewa. Senang dua-dua pihak.

Tapi tetiba tuan rumah kata kami tak bayar deposit langsung. Kiranya masuk rumah tu cuci kaki langsung tak bayar apa-apa. Eh. Kau biar betul? Mana ada orang nak bagi sewa RUMAH tak ada deposit kut? Alangkan sewa bilik pun depo selalu 2+1. Musykil aku dengan kenyataan tuan rumah ni. Sebab masa mula-mula masuk bukan aku yang deal bayar semua. Aku cuma tahu, bila housemate aku kata "Weh korang, bayar sewa rumah". Bayar. Done.

Tapi seingat kepala aku memang ada kitorang bayar. Dalam sebulan macam tu. Tanya yang lain memang kata ada. Yang silapnya adalah:

- Tak ada agreement mengatakan sewa berapa bulan, depo berapa.
- Bayar depo cash. Better jangan buat gini. Online transfer lagi selamat.
- Bayar cash, tapi tak mintak resit bukti pembayaran.

Dah terkena bila tuan rumah buat-buat lupa. Kita penyewa nak argue, tapi tak ada bukti bayar. Harapkan ingatan yang jelas. Huhuhuhuhu. Memang jadi pengajaran betul. Lepas ni, kalau tak ada sign agreement sewa, make sure dapatkan resit bukti pembayaran. Dan kalau menyewa, tapi bukan korang yang uruskan payment sewa, jangan buat loklak tak tau bila tarikh bayar sewa, dengan siapa bayar sewa, guna kaedah apa bayar sewa. Mana tau ada lagi tuan rumah yang guna kaedah tradisional lagi. Tetiap bulan meronda rumah mintak sewa sambil buat spot check ala-ala cerita Doremi. Jangan lupa mintak resitttttt. Hehe. Nanti tetiba esok datang meronda lagi mintak sewa. Matikkkkkk.

Kesilapan penyewa semasa mebuat pembayaran deposit sewa rumah
Seksi tuan rumah. Seram ai :D

Menangis tepi bucu katil pun tak berguna lagi.. Jangan diulang kesilapan lampau itu. Kalau tak. Senasiblah kita bagi free deposit sewa rumah.

Huhuhuhuhu berjemaahlah kita sekarang.

14 comments:

  1. kesian sha.. xbaik la gtu kan..mengainaya org da kalau gtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hari last hari tu, tetiba tuan rumah sebut pasal depo tu. Dia kata nak tolak duit bersihkan rumah & repair semua tu. Hurm. Apa-apa je lah diorang ni.

      Delete
  2. Akak tgh risau gak ni...agreement head housemate ngan owner rumah end by next month..masuk ari tu byr sewa je terus xde deposit...buatnya dihalaunya kita satu hal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih kak, habis tu macam mana bulan ni? Ok tak?

      Delete
  3. uish xpatutnye owner wat camtu.xde ke mesej2 ke ape mase deal dengan owner tu?
    xpun xkanlah owner tu xingat dengan siapa dia amek duit dlu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda dah 3 tahun lepas. Ada whatsapp pun dah clear conversation T_T
      Tapi takpelah. Learnt from mistake.

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah. Macam-macam ragam kita ni :D

      Delete
  5. Pengalaman tu boleh jadi guru terbaik masa akan datang,
    emm... kadang2 memang ada yang jenis amik kesempatan di atas kelekaan...
    takpe, kita doa yang baik2 je untuk mana2 pihak pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah. Kitorang pun belajar dari kesilapan. Dan untuk tuan rumah tu, last day haritu ada jugak dia sebut pasal deposit tu nak akan dipulangkan baki lepas tolak duit repair semua. Ada rupanya depo tu. Hmm.

      Delete
  6. Replies
    1. Tabahlah juga. Nasib depo sebulan je kongsi 3. Kalau sorang. Memamng pucat jugak :D

      Delete
  7. sy dulu msk rumah sewa skrg x de deposit...siyes...hjg bln br byr mcm biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jumpa tuan rumah yang baik hati macam tu :)
      Yg tuan rumah kami ni, last day masa pulang kunci baru dia ckp ada deposit. Padahal sebelum ni tanya, sungguh-sungguh kata tak de.

      Delete

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Follow Us @soratemplates

Followers

Google+