SweetMuslimah.com

Monday, May 9, 2016

Ikan Goreng TNT Tawau

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau | Nak share lagi menu yang mesti korang rasa bila singgah Tawau. Kalau perasan, kebanyakan yang Kak Sha share, makanan Tawau ni, simple-simple je kan? Hehe. Itu lah. Mula-mula dulu tak berapa perasan, lama-lama baru Kak Sha perasan. Kebanyakan menu sini simple, boleh kata senang nak buat. Selain kebanyakan kedai menyajikan style masakan Indo, restoren yang menyajikan menu bergoreng atau sup banyak juga. Tapi yang slek sikit nak dapat ikan bakaq susah betul. Ada beberapa buah kedai je.

Dia tak macam kat Sungai Besar atau Bagan Lalang nun, ikan bakaq kemahen menjejes ayaq liur, sebab mostly sini kalau seafood, no ikan bakaq. Yang lauk lain udang butter, sotong goreng tepung ada. Itu semua. Delicious. 

Tapi kali ni Kak Sha share satu restoren yang menyajikan menu ikan sebagai menu utama. Restoren Ikan Goreng TNT Bandar Fajar Tawau. Adalah 4,5 kali jugak datang makan sini, haha. 

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau

Ambik gambar dari jauh sebab ai is malu nak tangkap gambar dalam kedai. Haha. Tapi kedai dia yang signboard coklat, kerusi merah tu. Betul-betul berdepan dengan Indocafe yang famous dengan sanggar cheese yang paling sedap gilos tu. Hehe.

Datang lepas Maghrib. Kedai lengang lagi.

Datang-datang terus pilih ikan. Harga ikan semua ada terpampang dalam tempat ikan tu. Biasanya ada pilihan ikan ketambak, arut, kerisi, bawal putih atau bahulu. Nama ikan pelik tak? Ekekekeke. Lepas tu bagitahu nak pilih masak apa ikan tu. Kalau tak bagitahu apa-apa, diorang assume ikan tu digoreng. If not, boleh pilih sama ada nak dibakar atau kukus.

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau

Kak Sha adik Hulk punya :D
Ikan ketambak goreng pedas. Tapi sambal atas ikan tak pedas pun. Propa je lebih.
Yang sambal hitam tu baru podehhhhhh. Menangis makan ikan sambil cicah sambal kicap tu. Hihihi. 1 set ikan datang sekali dengan refillable rice dan sayur bening.

Ikan Goreng Restoren TNT Bandar Fajar Tawau

Dila makan set ikan bahulu yang dibuang tulang. Actually ikan bahulu tu kalau kat semenanjung panggil ikan susu. Ikan bahulu RM9.00/set dan ikan ketambak RM13.00/set. Nak lagi jimat, beli 1 je ikan. Nasi boleh refill. Selain goreng atau bakar atau kukus, ada juga Kak Sha nampak menu lain like ikan pari masak lemak, pisang telemek dan beronko yang merupakan signature dish Tawau. Rasanya makanan kaum Bugis. Rasanyalah. Nak tahu rasa dia, kenalah datang rasa sendiri okayy :D

Yang kureng sikit sini adalah, bila kita order tu, dari masa nak goreng sampailah ikan dihantar ke kita, agak lambat. Lama sebab bila kita pilih ikan, baru diorang goreng baru. Ikan fresh. So, agak lambat dan kalau korang datang dengan perut kosong menggagau nak makan, faham-fahamlah ye, sabarrrrrrrr lek lu lek lu dulu. P/s: Maybe boss TNT boleh improve dengan hire lebih ramai tukang masak?

Kak Sha setakat duduk sini 4 tahun, baru tahun ni je dapat rasa pisang telemek tu. Peh, manis berkrim wehhhh. Makan banyak pengsan kencing manis, ekekekeke. Dan nampak tak, menu pun senang-senang dan simple kat sini. Tapi sedap. Dapat orang tak berkira makan cuma tolak batu kayu macam Kak Sha ni, haih. Laju je makan. Tu pasal ai gumukssss duduk sini. T_T 

Nak datang sini boleh ke area Bandar Fajar Tawau. Restoren ini berhadapan dengan Indocafe. 


P/s: Search label food untuk pilihan kedai seafood yang best ada di Tawau ni.


Ikan Goreng TNT Tawau
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
May 10, 2016 at 11:47 AM

jauh plak kalau nak pegi..aiyok

Reply
avatar
May 20, 2016 at 4:07 PM

Haha. Takpe, mana tahu esok-esok menyelam kat Semporna, boleh singgah Tawau cuba Tawaurian punya food :)

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:42 PM

1st time dgr nama ikan tuu

Reply
avatar
June 9, 2016 at 8:54 AM

Ikan yang mana? Ikan ketambak ke ikan bahulu? Ke dua-dua?

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+