SweetMuslimah.com

Monday, May 9, 2016

[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki

Hari Sabtu lepas perasan paip singki bocor. Dah habis pusing kepala paip pun air mengalir keluar lagi. Kalau setakat keluar setitik-setitik tak apa lagi. Boleh juga aku buat derk sampai minggu depan. Ini bila pusing habis ketat pun, air mengalir laju juga. Dah serupa tak tutup paip.

Terfikir nak mintak tolong orang. Ye ah, duduk rumah bujang semua perempuan. Tak ada yang pandai repair paip kut. Tapi cancel kan niat. Sebab sebelum ni pernah panggil orang datang betulkan paip. Tukar kepala paip. Siap pakej mintak tukarkan mentol lampu dengan kipas sebab tinggi sangat. Naik atas tangga pun tangan tak sampai nak capai. 

Sekali bila keluar bil, kena bayar dalam RM300++ jugak. Pitam nak membayar. Padahal sebelum ni tuan rumah pernah pesan kalau ada yang rosak, bagitahu dia. Kos maintenance and repair ni dah termasuk dalam sewa rumah. Tapi bila bagitahu, dia suruh kita cari sendiri pulak. Lepas tu suruh bayar guna duit sendiri dulu. Huwaaaaa. Dulu janji lain. La nih janji lain. 

So kali ni paip bocor, rasanya boleh buat sendiri kut. 

Bila google, senang je rupanya. Hahaha. Okay, boleh buat sendiri. Terus keluar pergi kedai beli kepala paip baru. Beli yang murah-murah je. Bila beli sendiri boleh decide nak mahal ke murah. Kan.

[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki

Cari adjustable wrench kat bengkel tak jumpa. Ambik je benda alah warna biru tu. Tapi tak guna pun.
Kepala paip berharga RM4.50. 
Pita putih PTFE RM2.00.
Kos yang dikeluarkan baru RM6.50.

Tak payah claim dengan tuan rumahlah gini kan? Murah sangat. Lagipun pandai pakai paip sampai bocor, pandailah buat sendiri. Ekekekeke :D

[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki

Mula-mula pusing lawan jam kepala paip. Kalau boleh guna tangan guna je tangan. Kalau ketat sangat guna adjustable wrench atau benda alah biru tu. Playar ke. Tak kisahlah. Asalkan kepala paip tu terpusing keluar. Aku adik Hulk. Pusing guna tangan je, ekekeke.

Lepas tu lilit hujung paip dengan pita putih PTFE. Gambar tak ambik. Tapi lebih kurang macam ni. Ketebalan agak-agak. Try masukkan ke batang paip tu, kalau longgar, lilit lagi.

[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki

Pinjam gambar kitatauke.blogspot.com.
Lilit Pita PTFE tu macam pada anak panah tu. Lepas tu masukkan pada batang paip. Pusingkan arah jam sampai habis.


[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki

Dah siap tukar kepala paip baru.
Sebelum ni ada juga paip yang bocor dekat bilik air. Tapi kitorang buat derk. Tetiba bulan tu bil air mencanak-canak naik sampai RM80 sebulan. Bulan depan pun lebih kurang sama. Berbulan-bulan juga jadi macam tu. Hadoi. Tak memasal je. Itu yang kali ni bila jadi je paip bocor, terus nak tukar. 

Yang duduk rumah sewa, ataupun duduk menyewa semua perempuan pun, rasanya kena tahu tukar sendiri paip bila bocor. Tukar lampu sendiri. Sebab bila jadi macam rumah aku ni, serba tak tahu. Lepas tu melopong. Panggil orang betulkan, bukannya free, ye tak? Jadi solution dia, selagi boleh buat sendiri, buatlah. Tak boleh buat. Baru mintak tolong orang.


[DIY] Tukar Kepala Paip Air di Sinki
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
May 9, 2016 at 11:50 PM

kemahiran asas camni kena amik tau juga... sebab kadang2 waktu kritikal
kita boleh handle sendiri... boleh jimat kos dan elak kena cas tinggi..
padahal kalau tgk kos buat sndri beza jauh kan... :D

Reply
avatar
May 10, 2016 at 10:34 AM

Betul tu. Dah duduk rumah sewa ni, baru pandai sikit-sikit buat maintenance sendiri. Sebelum ni kalau nak tukar lampu kalimantang tu pun mintak abah buatkan, haha :D

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:47 PM

kt umah sy ni kepala paip dia spesel sket. mmg kn pggl plumber utk buat kn....kira cm tiap2 thn kn tkr...mmg kopak tp nk wat cm ne...terpaksa ;-)

Reply
avatar
June 9, 2016 at 8:53 AM

Kalau spesel tak boleh nak ape jugak kan? Kopak tapi hati senang sebab rumah ok, ok kut :)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+