SweetMuslimah.com

Tuesday, May 17, 2016

Hantar Kereta Balik! Weeeehuuuuu..

3 Dokumen Untuk Hantar Kereta ke Semenanjung dari Sabah | Uih, penat betul. Petang ni, as in sekarang ni baru Kak Sha dapat duduk balik dekat kerusi Office sambil selak-selak kertas ujian student. Tadi pagi berkejar nak habiskan Ujian Amali. Dah last part, Part 3. Tinggal Amali yang senang je lah. Senang jugak hati ai, dah habis semua PB, boleh terus key in dalam excel, submit teruih pada pengganti subjek, lepas tu duduk goyang kaki sambil tunggu masa nak balik. Hahaha. Senangnya hidup kalau macam tu.

Tapi rupanya tidak ! Hampeh betul. Tak sempat pun nak habis turn semua orang. Siap terlajak ambik masa orang lain. Dah datang next lecturer mengaum sebelah telinga Kak Sha. Ekekekeke. Ampunnnnnnnn. :D

Habis kelas berkejar pulak jumpa shipping company, nak hantar kereta balik Semenanjung. And yes. Finally, rayuan pindah berjaya. Alhamdulilllah. Syukur syukur syukur. Jadi orang KL balik ler kita, dan paling best, puasa kali ke-5 yang sepatutnya di bumi Tawau, jadi puasa bersama keluarga di bumi KL. Thats the best thing ever for this upcoming Ramadhan. Alhamdulillah :)

3 Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Hantar Kereta Balik Semenanjung

And Alhamdulillah again, jumpa shipping company yang ok. Boleh kata telus & jujur. Diorang terangkan satu persatu the steps, apa yang kita nak kena sediakan, berapa banyak, bila nak hantar, blablablabla. Banyak jugak lah. Tapi result dia kereta sampai sana rupa macam mana tak tahulah pulak. Hahaha. Haruslah kita tunggu dan lihat hasilnya. Mintak-mintak okay lah kan.

Sebelum ni Kak Sha pernah call shipping company lain. Tapi yang specialist untuk penghantaran kereta sahaja. Sama ada dari Semenanjung ke Borneo atau Borneo ke Semenanjung. Mana-mana arahlah. Yang company ini pun okay. Tak banyak cekadak. Yang banyak cekadaknya Kak Sha. Ekekekeke. Kalau nak hantar kereta sahaja, ada 3 dokumen yang perlu disediakan. Which is:-

   - Salinan IC depan belakang
   - Geran kereta original
   - Surat pelepasan penghantaran kereta dari bank (untuk kereta yang belum habis bayar)

Sikit je kan? Sonang yo sebenarnya. Cuma kadang-kadang tak tahu cara, tu yang buat nampak susah nak mati. Tak cukup masa lah. Apa lah. Esok-esok korang terpaksa transfer atau nak hantar kereta, ingat untuk sediakan 3 dokumen tersebut ya!

Bai !




Hantar Kereta Balik! Weeeehuuuuu..
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

4 comments

Tulis comments
avatar
May 18, 2016 at 11:28 PM

Wah, ada berita baik nampaknya ni ya?
Bertukar tapi profession yang sama?

Reply
avatar
June 7, 2016 at 11:11 AM

Bertukar kolej je. Profesion still sama. :)

Reply
avatar
June 7, 2016 at 1:37 PM

Ye, mudah je. Cuma nak kena mintak geran & surat pelepasan dari bank.

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+