SweetMuslimah.com

Wednesday, April 6, 2016

Yang penting kita enjoy

Minggu depan kena terbang balik semenanjung sebab nak attend interview untuk course baru untuk kolej baru. Tiket dah siap, cuti pun dah nak apply sebab alang-alang balik semenanjung, kita sambungggglah cuti demi bersama keluarga pulak. Kan? Haha.

Tapi yang tak bestnya itulah. Nak bercuti best, tiket free best, tapi interviewnya TAK BEST! Huhuhu. Ingatkan zaman-zaman dah kerja ni dah tak hadap interview semua ni dah. Alih-alih kena interview lagi. Mencik betul T_T

Masa mula-mula apply nak join kursus baru ni, tak tahu pun ada interview. Main hantam mintak sebab katanya nanti dihantar posting ke Kelana  Jaya. 

Balik semenanjung, balik KL weyyyy. Siapa tak nak. Terus angkat tangan. "Ye, saya nak!". 

Punya eksaited tawar diri siap Ketua Program tanya 2 kali "Betul Sha nak pergi ni?". Kenapa entah tak percaya dengan Kak Sha yang super eksaited nak cuba bidang baru ni T_T. Inilah masanya nak teroka bidang baru, nak cabar tahap kebolehan diri sendiri, bla bla bla. Kira semangat macam nak berjuang dimedan perang gitu. Bila text dengan moderator kursus di HQ pun tanya soalan yang lebih kurang sama "Betul puan nak mohon? Puan sedia tahu kan yang kursus ni agak lama?"

Kursus lama pun gaji jalan jugak kan? Tak kisahlah, bhahahaha :D. Even kursus tu langsung tak related dengan core knowledge expertise aku. Kira zero knowledge lah. Punyalah obses terlampau dengan setiap chance yang ada untuk balik semenanjung punya pasal. Ye ah, mintak transfer tak dapat-dapat. Siapa entah yang potong queue. Aku dapat aku bako kau ! Geram cheq.

Sekali ada interview.


So hari ni kemain gigih study. Surf pasal company. Tapi baru baca sikit dah blur. Baru baca first paragraph pun ambik masa 10 minit. Apa taknya, baca sikit, google translatenya banyak! Kahkahkah. Auspicious pun nak kena google. Manage pun google. Entah kenapa benak sangat kepala aku petang tu. 

Maybe sebab hari dah petang, atau sebab otak dah tepu atau dah menggelabah ayam punya pasal. Adoi. Matiklah. Haha. Rasanya segala yang aku baca tu, langsung tak register masuk otak. Entah macam mana cita-cita konon nak sambung Master. Alangkan baca history company pun ke laut, Master thesis terus ke Jurang Mariana agaknya. T_T

Dah. Nak study dulu sambil tengok Korea. Haha. Life must go on bebeh. Dapat atau tak dapat, yang penting kita enjoyyyyyyyyyyyy. =)


Yang penting kita enjoy
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

10 comments

Tulis comments
avatar
April 6, 2016 at 10:36 PM

Goodluck untuk interview. Buat elok2. In sha Allah, harap2 dapat! :)

Reply
avatar
April 8, 2016 at 5:07 AM

semoga berjaya yer.. company ape tu??

Reply
avatar
April 8, 2016 at 9:49 AM

Bidang apa pulak yang dipohon tu?

Reply
avatar
April 10, 2016 at 11:39 PM

semoga dapat kerja tu.. all the best sha :)

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:40 AM

InsyaAllah, If Allah will, it will be =)

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:41 AM

Company yang arrange sponsorship, atau company kerja sekarang?
Kalau company sekarang, Kerajaan Malaysia, hehe.

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:42 AM

Railway. Bidang lama automotive. Nak terjun bidang baru pulak. Konon nak cabar diri le konon, haha.

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:43 AM

Kalau dapat kena hantar g China. Kalau dapat la, hehe

Reply
avatar
April 12, 2016 at 11:59 PM

bagus tu... sentiasa berkembang... tak duduk tempat sama je bertahun2

Reply
avatar
April 20, 2016 at 12:20 PM

Ada setengah orang suka perubahan, tak senang sentiasa berada di tempat yg sama. Ada orang selesa dengan keadaan tersebut. Tepuk dada tanya hati =)

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+