SweetMuslimah.com

Wednesday, April 20, 2016

Wet World Air Panas Pedas Resort | Berbaloi-Baloi

Wet World Air Panas Pedas Resort | Lepas habis Interview dekat Putrajaya, saja je call kakak nak jakikan dia yang kita cuti lama. Haha. Kemahen lagi nak bagi orang stress kerja bagitahu kita guling-guling siap kat rumah tak buat pape. Sekali kakak kata dia pun nak cuti Jumaat tu, nak balik rumah. Nak bawa 2 anak dara dia jalan-jalan. 

Fikir-fikir, cari tempat yang dekat dengan rumah, tapi sesuai untuk budak kecik dan affordable dengan condition poket tengah bulan ni. Almaklumlah, tengah bulan poket dah start rabak sikit, tehehehe. So, solution dia kita pergi Wet World Air Panas Pedas Resort je. Dekat dengan rumah kakak dan lagi best berendam dalam air keadaan El-Nino panas gontang ni.

WET WORLD AIR PANAS PEDAS RESORT

Ini kiranya first time datang sini. Even kakak yang rumah dia area Senawang ni pun tak pernah tahu pun kewujudan wet world ni. Haha. Kebetulan ter'tahu' sebab ada sekali tu lalu jalan lama ni nak ke Melaka tidoq Homestay Kontena D' Alai Kontena Houz tu. Lalu depan ni, siap kakak kata "Eh, ada Wet World kat sini?". Padahal jarak rumah dia dari sini 20 minit je kut perjalanan. Ekekekeke. So, jum bawa anak dara 2 orang tu berendam dalam air. Yeyyyyyy..

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Air Panas Pedas ini telah dibuka kepada pengunjung bermula tahun 1999 lagi. Dah lama, tapi kebersihan dan kemudahan yang disediakan masih dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijadikan sebagai antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.

Masa kami datang ni hari Jumaat. Mungkin disebabkan faktor hari bekerja, sunyi je tempat ni. Tapi kakak kata hari minggu ramai orang. Tapi yang selesanya, tempat parking kereta besar dan luas. Datang dengan family senang je nanti.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Air Panas Pedas Resort dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 1.00 petang hingga 6.30 petang. Kalau hari minggu dan hari cuti, buka awal sikit bermula 10.00 pagi hingga 6.30 petang. 

Bayaran masuk untuk pemegang myKad adalah RM15.00 seorang dewasa dan RM12.00 untuk kanak-kanak melebihi 85cm. Nak tahu lebih ke tak 85cm tu, depa siap ada board pengukur tinggi tu lagi. Oleh sebab Khayra nampak macam tinggi, kenalah pergi ukur. Nasib tak sampai 85cm lagi. Jimat duit nenek belanja tiket masuk. TQ nenek, hehe.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Anak dara no. 2 mood baik nak mandi kolam. Tersengih-sengih je sepanjang jalan.

Ada banyak carousel tapi tak hidup pun. Rasanya carousel best main malam-malam sebab baru nampak lampu dia kelip-kelip cantik. Tapi nak main waktu malam celah mana pulak. Waktu operasi pun sampai 6.30 petang je.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Ada 3 kolam besar yang lengkap ada gelongsor semua tu. Kiranya macam playground tapi dalam air. Keliling kolam tu semua ada macam Terusan Suez tu. Haha. Hah, yang tu bukan untuk mandi berenang rasanya sebab aku nampak ada bot pelampung besar boleh sewa kalau rasa nak berkayuh fefeling sungai kat situ. Sewa tak sure sebab tak tanya pun.

Masa nak balik tu, Sarah siap terjulur kepala ingat nak terjun main air lagi dari atas jambatan ni. Haish budak kecik ni.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Kolam Spring Valley ni kami tak masuk pun. Celup-celup kaki nak rasa kut-kut ayaq panaih ka. Tak dak panas pun. Sama je suhu dia macam air biasa. Spring Valley ni air dalam sikit. Sebelah Spring Valley tu sesuai untuk budak kecik. Air paras betis je.

Lepas lalu kolam Spring Valley ni, boleh pergi kolam belah kiri atau belah kanan. Yang belah kanan tu, nampak macam besar kolam dia, siap ada hut yang memancar-mancar air dari atas bumbung. Tak pergi sebab nampak macam ramai orang. Kitorang pergi kolam yang sebelah kiri. 

Wet World Resort Air Panas Pedas

Sebab ada gelongsor ! Yey.
Air kat sini paras-paras peha je. Kira kalau duduk pun okay lah. Yang dewasa tak tenggelam. Memang sesuai Wet World ni aim budak-budak and family dengan adanya gelongsor bagai gini. Haha.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wet World Resort Air Panas Pedas

Garang nau muka ko dik !
Nak masuk kolam tu masuk je lah.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Okay mak, Aya masuk mandi dulu ye.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Dah masukkkk !
Sarah ni sebenarnya pantang jumpa air. Suka gila jumpa air nak berendam je keje. Mula-mula masuk kolam tu kemahen asyik panggil mak dia. Aku yang tukang bawak pun dia tolak. Tapi 5 minit je lah panggil mak. Lepas tu dah heboh nak berjalan sendiri dalam kolam. 

Sebab paras air kolam ni agak rendah, berdiri kompem air paras peha je, tu yang aku dengan kakak duduk-duduk. Si Sarah ni tak padan dengan pendek, nak ikut orang duduk konon. Bila dia duduk je, tenggelam terus! Haha. Tu pun nak jek-jek cuba juga duduk lagi.

Tapi Khayra takut air. Means air banyak macam ni. Sebelum ni bawak mandi laut dah terlolong menangis. Bila bawak datang sini pun menangis takut jugak. Pening kepala mak depa cemana nak bagi Khayra ni tak fobia air. 

Wet World Resort Air Panas Pedas

Amboi, eksaitednya awak. Nak berenang ke Aya? =D

Wet World Resort Air Panas Pedas

Ada juga Kolam Reflexologi berdekatan dengan tandas. Tapi tak cuba pun. Malas nak basahkan baju lagi sebab aku tak bawak baju ganti sebenarnya. Suka hati je terjun main air padahal tak bawak baju ganti. Tunggu lah sekejap agak-agak baju dah tak menitik air baru masuk kereta.

Korang dah tahu nak datang tempat macam ni, jangan buat perangai tak bawak baju ganti pulak. Jangan buat hal ye nak basahkan seat kereta. Tapi kalau lupa juga, lapik le seat dengan plastik, macam aku. Hahaha.

Wet World Resort Air Panas Pedas

Inilah dia Anak Dara No. 1 yang takut air tu.

Dah nak balik, baju pun dah tukar. Bila panggil nak tangkap gambar pandai posing terus. Budak-budak zaman sekarang, laju je bila mengadap kamera. Acik ko jugak yang jadi photographer tak rasmi korang.

Overall, Wet World Air Panas Pedas Resort ni okaylah sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga. Toilet okay, ada disediakan tempat duduk menunggu beserta meja ala-ala berkelah dan ada juga locker untuk tempat penyimpanan barangan. Cuma yang ralat sikit, tak sempat nak explore habis kat sini. Sebenarnya Wet World ni kawasannya lebih luas, kolam sebelah sana ala-ala Sunway Lagoon dan kolam air panas tu pun tak sempat terjah lagi. 

Hm. Tak puas hati ni. Nampak gayanya mungkin akan berulang kembali ke sini nak bawak anak dara ni, especially Khayra supaya tak fobia air lagi. Orang-orang sekitar Pedas dan Senawang, kalau tak tahu kemana nak bawa anak-anak korang beriadah, boleh masukkan Wet World Air Panas Pedas Resort ni dalam list korang ! 

LOKASI WET WORLD AIR PANAS PEDAS RESORT

Nak ke sini mudah saja. Hanya ambil masa 15 minit perjalanan dari susur keluar Highway Lekas Senawang.


Wet World Air Panas Pedas Resort | Berbaloi-Baloi
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

8 comments

Tulis comments
avatar
April 21, 2016 at 10:21 PM

Dulu penah duk melaka ,tapi ada jugak sekali nak singgah sini , takde rezeki plak nak jejalan sini..huhu

Reply
avatar
April 21, 2016 at 10:35 PM

Takpe, ada rezeki sampailah. Tapi ada je Wet World kat tempat lain. Sama je kut? :D

Reply
avatar
April 22, 2016 at 12:28 AM

Nampak mcm best... Boleh pergi nnti...hihi

Reply
avatar
April 24, 2016 at 10:49 PM

one of my fav place untuk mandi air panas :D

Reply
avatar
April 25, 2016 at 2:30 PM

alaaaa.. daripada hari tu teringin nak gi Wet World Air Panas ni tapi asyik tertangguh je.. huwaaaaa.. :)

Reply
avatar
April 29, 2016 at 3:59 PM

Itu ah. Tak jumpa lagi kolam air panas dia. Memang kena datang balik sini.

Reply
avatar
April 29, 2016 at 4:00 PM

Huwaaa tapi emoticon smile. Acaner tu? Haha :D

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+