SweetMuslimah.com

Tuesday, April 5, 2016

Beautycode MD Refining Laser Serum | Serum Terbaik Untuk Parut Jerawat

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD | Kalau sesiapa yang kenal aku start dari zaman belajar dulu, mesti tahu yang betapa aku sangat berperang bertempur maha dahsyat dengan jerawat. Masa dulu, memang benci gila dengan jerawat (sekarang masih benci juga :D), siap malas nak tengok muka sendiri dalam cermin. Sebab apa?

Sebab akan dihadapkan dengan benjol-benjol merah dekat muka yang pandai beranak pinak. Satu mati, dua muncul. Euuuwwwhhh. Jahat !

Tapi seiring dengan peningkatan usia, semakin tebal poket, semakin pandai surf internet, baru masalah jerawat berjaya diatasi. Tak adalah hilang terus POOF! macam tu, kira terkawal. Dan sekarang, masalah utama adalah nak hilangkan parut-parut di muka.

Sebelum nak pakai apa-apa dekat muka, berpuluh kali orang pesan, kenali dulu kulit muka korang. Cari, kenalpasti type of skin, jangan main taram je pakai macam-macam. Kalau jenis kulit tak sensitif takpa, kalau jenis yang sensitif macam Kak Sha. Sengsara okay. Overly sensitif sampai kalau salah pakai je, terus bersin, muka merah, terus naik jerawat ketul-ketul sebijik dua nak bagitahu "Hello, u tak boleh pakai produk ni girl"

Tapi, akibat terpengaruh dengan kuasa pengiklanan di Instagram, Kak Sha terbeli 1 serum. Refining Laser Serum with Argan and Marula Oil dari Beautycode MD.

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Ini packaging lama. First bottle dapat yang jenis clear macam ni. Masa mula-mula beli skeptikal kekwat tau kita. Nak pakai takut tak sesuai. Tak pakai rugi pulak dah beli. Jadi Refining Laser Serum ni duduk atas meja solek untuk quite sometime jugak. 

Selepas sebulan beli, baru aku berani nak tonyoh kat muka.

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Bahan utama dalam Refining Laser Serum with Argan and Marula Oil | Beautycode MD Skincare
Orang kata lendir lidah buaya bagus untuk kulit yang berparut. Tapi aku tak boleh pakai lendir lidah buaya. Gatal kulit, jadi rashes. Sama juga dengan serum atau krim Vit C. Pun gatal dan membuatkan kulit bertambah berminyak. Pening juga sebab utama pakai serum / krim-krim tu nak hilangkan parut. Jadi kena cari solution lain kalau nak pakai serum.

RLS ni 100% natural ingerients, ada Marula Oil yang tinggi dengan antioxidant. Argan Oil pun selalu dah cukup power effect dia pada kulit, tambah Marula Oil terus kababoom ! Hahaha. Okay. Propa sangat ayat. Lepas tu ada fungsi pemutihan sebab ada glutathione (Kak Sha addicted to whitening, muehehehe). Pulak tu boleh pakai untuk dark circle. Terus terpengaruh beli. 

Untuk ringkasan, RLS merawat:-
- Semua jenis parut termasuk parut berlubang
- Kulit kering dan terlalu berminyak
- Jeragat
- Jerawat kronik
- Resdung
- Ekzema dan kulit sensitif
- Kedutan
- Oil seed / kolesterol
- Sunburn
- Tona kulit tidak sekata
- Blackhead / whitehead
- Sesuai dijadikan alas makeup

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Ini packaging baru untuk RLS. Second time beli dapat yang macam ni. Tapi lagi suka design lama. Botol kaca see thru nampak berapa balance serum. Yang ni teleng-teleng kepala kita nak tengok balance serum balik kertas tu.

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Ini rutin harian sekarang. 3 step sahaja and off u go !=)
1) Toner
2) Refining Laser Serum with Argan and Marula Oil
3) Foundation / BB Cream
4) Bedak

Eh, dah jadi 4 step pulak ! 

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Kesan setelah pemakaian Refining Laser Serum selama sebulan setengah (1 botol)

Perasan sangat bila ada jerawat baru naik, sama ada sebab tak cukup tidur ke, sebab nak period ke, kecelaruan hormon sebab bizi kerja mesti cepat je jerawat tu surut bila kita tenyeh serum ni. Tak sempat nak merah menyala macam lampu isyarat tu, terus surut. Suka betul =)

Lepas tu perasan lagi, yang parut-parut lama jerawat tu dah makin hilang. Parut yang kaler-kaler tu. Parut baru pun makin pudar. Tinggal parut kawah-kawah hasil gatal tangan picit jerawat. Agak susah nak hilang sebab dah jadi kawah kan. Tu yang gigih lagi beli 2 botol nak cukupkan 3 botol nak tengok boleh rata tak kawah jerawat dengan Refining Laser Serum ni. 

Yang best juga, muka less oily dan kulit rasa lebih licin. Serius tak tipu. Best betul. Kalau sebelum ni setiap kali amali, setengah jam je muka dah berlengas berpeluh segala peluh jantan dengan minyak keluar. La nih, bertahan juga muka lambat sikit keluar minyak. Kalau ada pun, lap-lap sikit okay dah. 

Suka sangat. Serius. 
Sekarang gigih tepek bawah mata dekat eyebag Coach tu. Garisan-garisan halus yang jelas ada masa senyum tu dah makin kurang. Eyebag pun makin kempis. Gigih tepek lagi malam-malam ni =)

Hilangkan parut jerawat dengan Refining Laser Serum dari Beautycode MD

Tu dia eyebag Coach tu. Tebal tak? Haha.
Itu pun dah kurang. Sebelum ni lagi gemuk. Overall, memang puas hati pakai RLS. Sebelum ni pernah terfikir nak buat rawatan laser untuk jerawat dan parut-parut ni semua. Tapi harga rawatan pun dah buat kita menggigil tangan, haha. Sebelum ni pernah juga buat Chemical Peeling, pun bagus juga. Tapi last buat masa zaman belajar. Dan harga pun boleh tahan. Kita siap buat installment tau dulu sebab nak buat Peeling tu semua. Fuhhh. 

Sekarang ni dah tak sempat nak cari masa pergi pusat rawatan segala. Nasib teknologi makin maju. Ada dah Laser Serum, tepek-tepek je dah ok. Baru-baru ni beli pulak Safya Skincare, gabungan untuk RLS ni. Tapi baru pakai sunblock. Krim malam dengan sabun dia belum pakai lagi. Nanti lepas pakai baru update lagi yang baru.

Parut still ada lagi, dan jerawat pun kadang-kadang keluar ikut suka hati dia. Tapi yang penting, sekarang dah rasa makin yakin nak bergambar. Dah tak ade benjol-benjol besar jerawat yang menakutkan tu. Alhamdulillah.

I am a happy lady now ! =)



Beautycode MD Refining Laser Serum | Serum Terbaik Untuk Parut Jerawat
4/ 5
Oleh

Share

Entry Pilihan

7 comments

Tulis comments
avatar
April 5, 2016 at 11:52 PM

semakin cantik nampaknya

Reply
avatar
April 6, 2016 at 12:06 AM

ow,, mmg ada yg gatal2 bila guna lendir lidah buaya ea, sy ingat kulit sy je yg pelik,,haha

Reply
avatar
April 6, 2016 at 8:30 AM

wah, byk gk boleh eh.resdung,eyes bag..rse terpengaruh dah ni..huhu

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:32 AM

Untunglah kalau makin cantik, haha :D

Reply
avatar
April 12, 2016 at 12:33 AM

Aah, resdung denga eyebag tu yang paling nampak. Tu yang terpengaruh masa mula-mula dulu, hehe :D

Reply
avatar
July 16, 2016 at 10:57 PM

Sy ada mslah mcm awak..blh bgi detail no tel..mudah nk tya pndpt mlalui wasap atau bgi alamat fb

Reply

Hai. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Kak Sha will get back to you sooner =)

Followers

Google+